Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts

Saturday, 14 June 2014

Meal Shakes Shaklee untuk kanak-kanak cerewet.

Teks: Hafez the Great.

Kanak-kanak cerewet pilih makanan.

Siapa yang ada anak, mesti tahu yang anak-anak ni memang ada yang cerewet memilih makanan. Nak bagi sayur atau buah mesti tolak. Nasi makan tak habis sepinggan. Separuh je luak. Sebab tak nak anak lapar, layan la selera anak dengan snek-snek dan makanan segera. 
Pernah tak terfikir, sama ada anak-anak yang memilih makanan ni, cukup atau tidak nutrisi dalam diet mereka? Dah sah-sah la tak seimbang. 
Bila kita belek-belek majalah kesihatan, selalu terpampang cerita kesan anak-anak yang tak cukup zat. Penyakit itu datang, penyakit ini menyerang. Kesian tengok anak-anak kita ni kekurangan zat.
Kadang kadang, kita belika vitamin untuk anak. Tapi anak tak nak makan sebab betul tablet. Dimuntahkan balik. Alahai... Nak buat macam mana ni?


Menangis kerana sembelit.

Terbaru ni saya mendengar cerita seorang kawan tentang anak lelaki kesayangannya sembelit. Menangis merengek dalam jamban sebab sakit bila nak berak. Ni semua gara-gara tak suka makan sayur. Tak cukup serat dalam diet harian. Puas lah kawan saya sorokkan sayur dalam makanan (blend, potong kecik-kecik, hias jadi comel), semuanya tak berkesan. Bila ditegur kenapa tak makan sayur, terus merajuk, tak jadi makan semua dalam pinggan tu, termasuklah nasi dan lauk ayam yang sedap. 

Perisa French Vanilla yang sedap, membuka
selera bukan sahaja anak-anak tetapi ibu bapa.
Harga hanya RM113.75 untuk 544 gram.

Supplemen yang sedap untuk kanak-kanak.

Bagi saya lah, senang je nak selesaikan masalah kanak-kanak yang tak cukup nutrien ni. Cuba kita fikir kenapa kanak-kanak tak nak makan sayur? Tak nak makan tablet vitamin? Sebab semuanya tak sedap! Cuba kita beri supplemen makanan yang sedap. Hmmm saya gerenti anak tak tolak.

Meal Shakes Shaklee ialah supplemen yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang nutrisi atau yang sedang mengawal berat badan. Rasanya enak, dengan perisa "French Vanilla", mak bapak pun boleh terliur tengok bancuhan Meal Shakes ni.

Manfaat Meal Shake Shaklee.

Di sini saya senaraikan beberapa kebaikan meminum Meal Shakes Shaklee:
Meal Shakes Shaklee sangat versatile.
 
Boleh dicampurkan dengan apa sahaja
yang sihat, untuk menjadikan minuman
yang pelbagai.
  1. Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Menambah selera makan anak yang sangat memilih makanan.
  3. Sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  4. Anak tak mudah jatuh sakit. Jikalau minum waktu demam, akan cepat sihat.
  5. Sesuai untuk diminum waktu sahur. Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak (atau mak bapak) yang berpuasa.
  6. Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak.
  7. Sebagai cara untuk menambah berat badan anak yang terlalu kurus.
  8. Kaya dengan kalsium untuk perkembangan tulang yang sihat.
  9. Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana teksturnya seperti susu tepung.
  10. Rasa "french vanilla" enak menjadi kegemaran kanak-kanak, tanpa pewarna dan gula tiruan.
  11. Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti.
  12. Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama.
  13. Supplemen yang baik untuk perkembangan minda dan IQ kanak-kanak kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein.
  14. Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
  15. Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
  16. Snek menarik yang senang dihidangkan bila-bila masa. Mudah disediakan, menjimatkan masa lebih-lebih lagi waktu sibuk menyediakan sarapan sebelum sekolah.
  17. Sangat versatile - pelbagai guna, sesuai dicampurkan ke dalam pelbagai resepi minuman dan juga manisan seperti agar-agar dan puding). Boleh dicampur dalam yogurt dan dibekukan menjadi frozen yogurt.
  18. Rendah kolestrol, lemak dan sodium. Minuman snek yang sihat bagi memantau berat anak yang obes.
  19. Harganya sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh seisi keluarga.
Haaa.. Ambik kau, hampir 20 manfaat meminum Meal Shakes Shaklee. Kalau sayangkan anak-anak dan seisi keluarga, bolehlah hadiahkan produk ni untuk diorang.

Harganya tak mahal. Hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram).

Kalau anda berminat nak beli, atau ingin bertanya berkenaan Mealshakes ni, sila telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

Susahnya nak pantau cara anak makan

Saya boleh jamin lah, zaman moden ni majoriti ibu-bapa susah nak jaga pemakanan anak-beranak. Saya ambik contoh senang lah - waktu sarapan pagi. Saya pasti ramai mak bapak yang goreng makanan sejuk beku untuk anak-anak yang nak ke sekolah. Hujung minggu bawak anak-anak keluar berjalan, makan la fastfood - Kentucky Fried Ayam, Mek Donalds, Pizza Hak dan macam macam lagi makanan yang tinggi lemak, tinggi bahan pengawet.
Tak usah berasa malu andai kita tak cukup masa melayan rumahtangga dan karier. Itu norma masyarakat moden. Saya ni nak menjaga kucing kat rumah tu pun kadang-kadang stress. Sehari 4 kali makan.
Makanan sejuk beku atau makanan segera yang kita hidangkan untuk anak-beranak ni sebenarnya tak seimbang. Korang pasti ke makanan ni cukup zat dan nutrisi? Lemak yang menimbun tu macam mana pulak? Saya pernah terbaca artikel tentang penyediaan makanan sejuk beku (macam kentang goreng, pau goreng, etc), makanan ni digoreng terlebih dahulu sebelum dibekukan. Di rumah, didapur, korang goreng semula. Wau! Berkhasiat?
Isu seterusnya ialah anak-anak yang memilih makanan. Kita dah masak makanan berkhasiat dan lengkap, tapi bila diorang tengok sayur tu terus tak selera. Tapi kalau nampak jajan, cekelat, cekedis, terus terkam. Mak bapak pun join sekali. Macam mana nak buat ni?

Semai tabiat makan yang sihat.

Ni kalau mak bapak pon sama perangai
dengan anak, susah le...
Sebagai mak ayah, apa yang boleh kita buat untuk pastikan pemakanan anak sihat? Biar anak berlapar? Paksa anak makan sayur 24 jam? Buat buku log?
Sebagai parents, banyak yang korang boleh buat untuk mengajar anak makan secara sihat. Apa yang kita masak kat rumah akan mempengaruhi tabiat makan anak. Tak perlu lah nak masak bombastik sangat ala ala restoran Itali (lepas tu tangkap gambar, Instagram dan perasan chef antarabangsa). Cukuplah memasak makanan yang sihat dan seimbang.
Kiah, Jemah, Cik Pora oiii, korang lah yang perlu tentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga korang. Kalau tak pandai masak, maid yang masakkan, korang pantau apa yang dia masak. Kalau keluar berjalan-jalan dengan keluarga, pilihlah restoran yang banyak pilihan makanan yang sihat. Kalau nak beri anak jajan, pilihlah  buah-buahan atau biskut. Bukan tak boleh makan cekedis atau cekelat, tapi kurang-kurangkan lah kuantiti dalam seminggu.
Anda yang kena tentukan semua ni sebab andalah yang paling kuat pengaruh dalam kehidupan anak-anak, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.  Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut.
Semua ni akan mempengaruhi anak-anak semasa mereka memilih makanan apabila mereka semakin dewasa. 

Didik anak bijak memilih makanan.

Susun setiap keropok kat setiap jari ala-ala cincin.
Masih ingatkah anda saat itu?
Sangat penting untuk didik anak-anak jadi bijak pilih makanan. Kalau anak kita bijak pilih makanan, takkan ada masalah kalau anak-anak bercampur dengan kawan-kawan kat sekolah. Di sekolah, pemilihan makanan adalah terhad. Ye la, kita mana tau kat sekolah diorang mencekik makan yang bukan-bukan, makanan kantin belum tentu seimbang, ada vending machine lagi. Minuman begini, kandungan gula, pewarna dan pengawet tinggi gila. Aku masih ingat zaman sekolah rendah dulu, makan cikedis SuperRing berbungkus bungkus. Rasanya 6 bungkus sekali hadap. Sedap... Tapi tak tau yang benda tu penuh dengan toksin daripada pewarna dan pengawet. Janji sedap kan? 
Apabila anak kita bijak memilih makanan, mereka akan tahu apa yang baik untuk diri mereka, makanan mana yang tak sihat, makanan mana yang boleh makan banyak dan makanan mana yang perlu dimakan berpada-pada.
Keimpulannya, kita sebagai ibu dan bapa patut terapkan amalan pemakanan yang sihat di rumah. Usaha ini adalah sebagai mencegah obesiti daripada berlaku dalam keluarga. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Bukan sahaja memantau makanan anak-anak, tetapi mak bapak pun sepatutnya makan secara sihat jugak. Bukannya, anak kita beri makan sayur dan buah bagai tapi kita melantak pizza, cekelat dan burger tiap hari. Kalau anda buat macam ni, anda sangat hampeh.
Tapi sebenarnya, dalam zaman moden ni, agak susah nak memastikan anak anda menerima makanan yang seimbang. Tambahan pula, ibu-bapa agak sibuk untuk memilih makanan yang sihat untuk anak-anak kesayangan mereka. 

Makanan segera tanpa rasa curiga.

RM113.75 untuk satu bekas Shaklee Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee merupakan formula makanan segera yang baik untuk anak anda dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik. Dengan Meal Shakes Shaklee, anda dah tak perlu risau samada anak anda ni cukup makan ke tidak, atau makanan seimbang atau tak. Antara kebaikan Meal Shakes ialah:
  1. Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  3. Kaya dengan sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yang rendah.
Kalau korang nak tau, Meal Shakes sangat versatile. Maknanya boleh dicampur dalam pelbagai makanan atau diolah menjadi snek snek yang lazat dan penuh khasiat untuk anak-anak. Sebagai contoh, campur je dengan buah strawberry. masuk dalam blender. Dah jadi strawberry milkshake! Sedap kan? Silap-silap korang pun join minum sekali. 
Dengan Meal Shakes ni, diharap dapat menudahkan ibu-bapa untuk memantau pemakanan anak-anak demi mencegah masalah pemakanan - bukan sahaja obesiti tetapi masalah tak cukup zat.

Jika berminat nak beli Meal Shakes Shaklee, atau sekadar bertanya atau konsultasi, jangan malu-malu, hubungi saya:
  • SMS atau Whatsapp di 016-6651 067
Insya Allah saya akan sedaya upaya membantu.

Adakah anda menternak gergasi?

Teks: Hafez the Great.
Sejak kecil, saya memang seorang yang gempal (tapi comel). Mana taknya, kalau kanak-kanak lain makan sepinggan nasi, saya makan 2 pinggan. Pada umur 6 tahun, baju pun boleh kongsi dengan ayah. Waktu tu arwah ayah masih kurus, kebanyakan t-shirt lamanya diperturunkan kepada saya. Jimat. Tak payah beli baju baru untuk anak. Takde la Osh Kosh Bgosh atau Guess for Kids. Dan parents saya tak minat nak snap gambar anak memakai baju mahal. Life is simpler at that time.

Berjalan kaki demi aiskrim.

Saya seorang yang berdikari seawal umur tadika, berjalan kaki seorang diri selama 20 minit dari rumah ke McDonalds semata-mata untuk membeli aiskrim vanilla. Anak-anak korang mampu ke berjalan jauh semata-mata nak makan aiskrim? Ye lah waktu tu Malaysia ni aman lagi, budak kecik boleh merayau seorang diri tanpa penjaga. Sekarang ni kalau anak kita buat macam tu, meracau la mak bapak. 
Umur 6 tahun saya dah pandai menggoreng daging burger di dapur seawal pukul 6 pagi untuk dijadikan snek menonton pita video Mickey Mouse (dulu tak ada CD). Saya boleh membakar roti sendiri, menyapu susu pekat, menabur serbuk Milo, membuat sandwich Milo 5 tingkat. Budak sekarang ni, nak masak telur goreng pun tak tahu. 
Eh, kenapa pulak aku ni membebel tentang ni?
Sebenarnya nak mengisahkan yang saya dari kecil dah tentulah tak bersaiz model. Tabiat pemakanan yang buruk telah diterapkan sejak kecil lagi. Saya bukannya nak menyalahkan parents saya. Yang sudah berlaku tu jadikan lah pengajaran. Tapi kita yang dah tahu ni, kena la cegah sebelum terlambat. Ini ha, saya nak berceloteh tentang obesiti di kalangan kanak-kanak yang membawa kepada umur dewasa.

Ibu-bapa punca anak gemuk?

Subhanallah... Sabar je la.
Kanak-kanak montel mungkin nampak comel di mata sesetengah ibu bapa, tapi tahukah korang, kemontelan tu boleh berterusan sampai dewasa? Kita kadang-kadang cepat rasa kesian kalau anak nak makan junkfood atau fastfood; atau makan lebih daripada sepatutnya. Sampai 3 pinggan tambah. Alasannya, kesian... Alah, budak nak membesar. 
Sebagai orang dewasa, kita mampu mengawal tabiat pemakanan anak-anak agar tidak berkembang menjadi tabiat yang tidak sihat. Di sini, ingin diingatkan, saya tidak mengatakan kita kena buat anak berlapar. Saya cuba menyampaikan, kita sebagai orang dewasa sepatutnya arif dengan sukatan makanan yang cukup untuk anak kita. Janganlah sampai anak kita jadi obese. Tambahan lagi sekarang ni, penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dah tak kenal usia. Kanak-kanak pun boleh kena!
Saya masih ingat semasa saya berumur 7 tahun, ayah selalu membawa pulang ke rumah ayam panggang 2 ekor. Isi rumah kami 4 orang saja, tetapi kenapa sampai 2 ekor ayam? Alasannya, kesian nanti saya tak cukup makan. Memang, saya mengaku, walaupun masih dalam darjah 1, saya boleh menghabiskan seekor ayam seorang diri. Tetapi, bila difikir semula, tidakkah sekeping dua paha ayam sudah mencukupi untuk nutrisi seorang kanak-kanak berumur 7 tahun? Saya pasti di luar sana ramai lagi ibu-bapa yang suka tengok anak-anak makan banyak. Alahai... comelnya keletah anak aku sorang ni, makan lahap! Ala tomey, tomey...
Eh, kejap-kejap. Korang ni menternak gergasi ke?
Malaysia paling gemuk! Yippeee~! At least kita menang sesuatu lah kan?


Membentuk generasi gemuk dan berpenyakit.

Maka tak la laser sangat mulut saya ni kalau saya kata masyarakat kita sekarang sedang membentuk generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang. 
"Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 ke atas 21,000 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun menunjukkan 5.4 peratus alami masalah berlebihan berat badan."  
Kalau anak kesayangan korang termasuk dalam golongan montel, sila berasa takut ye sebab kajian terbaru oleh penyelidik Kanada mendapati:
"salur darah kanak-kanak obes lebih cepat mengalami penuaan berbanding kanak-kanak dengan berat badan normal." 
Seram tak? Kajian ni melibatkan 63 kanak-kanak obes dan 55 kanak-kanak normal dengan purata umur 13 tahun. Kajian ni dilakukan ke atas jantung dan salur darah mereka, dan bertujuan untuk mengukur kelajuan aliran darah dalam badan diorang.
Keputusannya? Kanak-kanak obes menunjukkan keputusan tak normal semasa ujian ini. 
So, kalau anak-anak korang gemuk atau obes, maknanya keputusan ujian mereka pun akan tidak normal.
Takut kan?
Maka mak ayah tolong bertindak agar anak anda tidak tergolong dalam kumpulan kanak-kanak obesiti. Mula-mula kena tengok diri sendiri, macam mana taibat pemakanan kita? Kalau buruk lantak, makan tak secara berhemah (maksudnya makanan tak seimbang, junkfood, banyak lemak), sudah tentu anak kita akan ikut cara yang sama. Bak kata orang tua, bagaimana acuan, begitulah kuihnya ye tak?
Hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram)
Bagi saya, langkah pertama yang kita, sebagai parents boleh buat ialah memastikan anak tidak memakan terlalu banyak jajan, atau cekedis, atau cekelat. Sebab apa? Bukan sahaja tak mengandungi zat-zat penting, malah tinggi pula lemak berbahaya, bahan pengawet dan pewarna yang tak sihat.
Tapi kanak-kanak, memang kebiasaannya suka makan snek. Macam mana nak buat ni?
Cadangan saya, korang boleh beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Meal Shakes Shaklee ialah supplemen yang sedap. Rasanya enak, dengan perisa "French Vanilla", mak bapak pun boleh teruja nak minum sama!
Meal Shakes Shaklee ialah alternatif bagi minuman milkshakes seperti di restoran-restoran barat. Yang baiknya, Meal Shakes Shaklee ni rendah lemak dan rendah glisemik. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang nutrisi atau yang sedang mengawal berat badan. Apa yang anda perlu tahu sekali imbas tentang Meal Shakes Shaklee ialah:

  1. Ia memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Ia merupakan sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  3. Kaya dengan sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yang rendah.
Macam mana nak sediakan? Mudah! Bancuh air sahaja. Yang seronoknya, Meal Shakes Shaklee ni versatile. Kalau nak ada kelainan, boleh tambah buah-buahan atau rencah-rencah yang sihat. Harganya tak mahal. Baju dan mainan anak-anak kita kadang-kadang lebih mahal.
  • Harganya hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram).
Kalau anda berminat nak beli, atau ingin bertanya berkenaan Mealshakes ni, sila telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067