Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Showing posts with label Let's Membebel. Show all posts
Showing posts with label Let's Membebel. Show all posts

Saturday, 14 June 2014

Susahnya nak pantau cara anak makan

Saya boleh jamin lah, zaman moden ni majoriti ibu-bapa susah nak jaga pemakanan anak-beranak. Saya ambik contoh senang lah - waktu sarapan pagi. Saya pasti ramai mak bapak yang goreng makanan sejuk beku untuk anak-anak yang nak ke sekolah. Hujung minggu bawak anak-anak keluar berjalan, makan la fastfood - Kentucky Fried Ayam, Mek Donalds, Pizza Hak dan macam macam lagi makanan yang tinggi lemak, tinggi bahan pengawet.
Tak usah berasa malu andai kita tak cukup masa melayan rumahtangga dan karier. Itu norma masyarakat moden. Saya ni nak menjaga kucing kat rumah tu pun kadang-kadang stress. Sehari 4 kali makan.
Makanan sejuk beku atau makanan segera yang kita hidangkan untuk anak-beranak ni sebenarnya tak seimbang. Korang pasti ke makanan ni cukup zat dan nutrisi? Lemak yang menimbun tu macam mana pulak? Saya pernah terbaca artikel tentang penyediaan makanan sejuk beku (macam kentang goreng, pau goreng, etc), makanan ni digoreng terlebih dahulu sebelum dibekukan. Di rumah, didapur, korang goreng semula. Wau! Berkhasiat?
Isu seterusnya ialah anak-anak yang memilih makanan. Kita dah masak makanan berkhasiat dan lengkap, tapi bila diorang tengok sayur tu terus tak selera. Tapi kalau nampak jajan, cekelat, cekedis, terus terkam. Mak bapak pun join sekali. Macam mana nak buat ni?

Semai tabiat makan yang sihat.

Ni kalau mak bapak pon sama perangai
dengan anak, susah le...
Sebagai mak ayah, apa yang boleh kita buat untuk pastikan pemakanan anak sihat? Biar anak berlapar? Paksa anak makan sayur 24 jam? Buat buku log?
Sebagai parents, banyak yang korang boleh buat untuk mengajar anak makan secara sihat. Apa yang kita masak kat rumah akan mempengaruhi tabiat makan anak. Tak perlu lah nak masak bombastik sangat ala ala restoran Itali (lepas tu tangkap gambar, Instagram dan perasan chef antarabangsa). Cukuplah memasak makanan yang sihat dan seimbang.
Kiah, Jemah, Cik Pora oiii, korang lah yang perlu tentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga korang. Kalau tak pandai masak, maid yang masakkan, korang pantau apa yang dia masak. Kalau keluar berjalan-jalan dengan keluarga, pilihlah restoran yang banyak pilihan makanan yang sihat. Kalau nak beri anak jajan, pilihlah  buah-buahan atau biskut. Bukan tak boleh makan cekedis atau cekelat, tapi kurang-kurangkan lah kuantiti dalam seminggu.
Anda yang kena tentukan semua ni sebab andalah yang paling kuat pengaruh dalam kehidupan anak-anak, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.  Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut.
Semua ni akan mempengaruhi anak-anak semasa mereka memilih makanan apabila mereka semakin dewasa. 

Didik anak bijak memilih makanan.

Susun setiap keropok kat setiap jari ala-ala cincin.
Masih ingatkah anda saat itu?
Sangat penting untuk didik anak-anak jadi bijak pilih makanan. Kalau anak kita bijak pilih makanan, takkan ada masalah kalau anak-anak bercampur dengan kawan-kawan kat sekolah. Di sekolah, pemilihan makanan adalah terhad. Ye la, kita mana tau kat sekolah diorang mencekik makan yang bukan-bukan, makanan kantin belum tentu seimbang, ada vending machine lagi. Minuman begini, kandungan gula, pewarna dan pengawet tinggi gila. Aku masih ingat zaman sekolah rendah dulu, makan cikedis SuperRing berbungkus bungkus. Rasanya 6 bungkus sekali hadap. Sedap... Tapi tak tau yang benda tu penuh dengan toksin daripada pewarna dan pengawet. Janji sedap kan? 
Apabila anak kita bijak memilih makanan, mereka akan tahu apa yang baik untuk diri mereka, makanan mana yang tak sihat, makanan mana yang boleh makan banyak dan makanan mana yang perlu dimakan berpada-pada.
Keimpulannya, kita sebagai ibu dan bapa patut terapkan amalan pemakanan yang sihat di rumah. Usaha ini adalah sebagai mencegah obesiti daripada berlaku dalam keluarga. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Bukan sahaja memantau makanan anak-anak, tetapi mak bapak pun sepatutnya makan secara sihat jugak. Bukannya, anak kita beri makan sayur dan buah bagai tapi kita melantak pizza, cekelat dan burger tiap hari. Kalau anda buat macam ni, anda sangat hampeh.
Tapi sebenarnya, dalam zaman moden ni, agak susah nak memastikan anak anda menerima makanan yang seimbang. Tambahan pula, ibu-bapa agak sibuk untuk memilih makanan yang sihat untuk anak-anak kesayangan mereka. 

Makanan segera tanpa rasa curiga.

RM113.75 untuk satu bekas Shaklee Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee merupakan formula makanan segera yang baik untuk anak anda dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik. Dengan Meal Shakes Shaklee, anda dah tak perlu risau samada anak anda ni cukup makan ke tidak, atau makanan seimbang atau tak. Antara kebaikan Meal Shakes ialah:
  1. Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  3. Kaya dengan sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yang rendah.
Kalau korang nak tau, Meal Shakes sangat versatile. Maknanya boleh dicampur dalam pelbagai makanan atau diolah menjadi snek snek yang lazat dan penuh khasiat untuk anak-anak. Sebagai contoh, campur je dengan buah strawberry. masuk dalam blender. Dah jadi strawberry milkshake! Sedap kan? Silap-silap korang pun join minum sekali. 
Dengan Meal Shakes ni, diharap dapat menudahkan ibu-bapa untuk memantau pemakanan anak-anak demi mencegah masalah pemakanan - bukan sahaja obesiti tetapi masalah tak cukup zat.

Jika berminat nak beli Meal Shakes Shaklee, atau sekadar bertanya atau konsultasi, jangan malu-malu, hubungi saya:
  • SMS atau Whatsapp di 016-6651 067
Insya Allah saya akan sedaya upaya membantu.

Adakah anda menternak gergasi?

Teks: Hafez the Great.
Sejak kecil, saya memang seorang yang gempal (tapi comel). Mana taknya, kalau kanak-kanak lain makan sepinggan nasi, saya makan 2 pinggan. Pada umur 6 tahun, baju pun boleh kongsi dengan ayah. Waktu tu arwah ayah masih kurus, kebanyakan t-shirt lamanya diperturunkan kepada saya. Jimat. Tak payah beli baju baru untuk anak. Takde la Osh Kosh Bgosh atau Guess for Kids. Dan parents saya tak minat nak snap gambar anak memakai baju mahal. Life is simpler at that time.

Berjalan kaki demi aiskrim.

Saya seorang yang berdikari seawal umur tadika, berjalan kaki seorang diri selama 20 minit dari rumah ke McDonalds semata-mata untuk membeli aiskrim vanilla. Anak-anak korang mampu ke berjalan jauh semata-mata nak makan aiskrim? Ye lah waktu tu Malaysia ni aman lagi, budak kecik boleh merayau seorang diri tanpa penjaga. Sekarang ni kalau anak kita buat macam tu, meracau la mak bapak. 
Umur 6 tahun saya dah pandai menggoreng daging burger di dapur seawal pukul 6 pagi untuk dijadikan snek menonton pita video Mickey Mouse (dulu tak ada CD). Saya boleh membakar roti sendiri, menyapu susu pekat, menabur serbuk Milo, membuat sandwich Milo 5 tingkat. Budak sekarang ni, nak masak telur goreng pun tak tahu. 
Eh, kenapa pulak aku ni membebel tentang ni?
Sebenarnya nak mengisahkan yang saya dari kecil dah tentulah tak bersaiz model. Tabiat pemakanan yang buruk telah diterapkan sejak kecil lagi. Saya bukannya nak menyalahkan parents saya. Yang sudah berlaku tu jadikan lah pengajaran. Tapi kita yang dah tahu ni, kena la cegah sebelum terlambat. Ini ha, saya nak berceloteh tentang obesiti di kalangan kanak-kanak yang membawa kepada umur dewasa.

Ibu-bapa punca anak gemuk?

Subhanallah... Sabar je la.
Kanak-kanak montel mungkin nampak comel di mata sesetengah ibu bapa, tapi tahukah korang, kemontelan tu boleh berterusan sampai dewasa? Kita kadang-kadang cepat rasa kesian kalau anak nak makan junkfood atau fastfood; atau makan lebih daripada sepatutnya. Sampai 3 pinggan tambah. Alasannya, kesian... Alah, budak nak membesar. 
Sebagai orang dewasa, kita mampu mengawal tabiat pemakanan anak-anak agar tidak berkembang menjadi tabiat yang tidak sihat. Di sini, ingin diingatkan, saya tidak mengatakan kita kena buat anak berlapar. Saya cuba menyampaikan, kita sebagai orang dewasa sepatutnya arif dengan sukatan makanan yang cukup untuk anak kita. Janganlah sampai anak kita jadi obese. Tambahan lagi sekarang ni, penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dah tak kenal usia. Kanak-kanak pun boleh kena!
Saya masih ingat semasa saya berumur 7 tahun, ayah selalu membawa pulang ke rumah ayam panggang 2 ekor. Isi rumah kami 4 orang saja, tetapi kenapa sampai 2 ekor ayam? Alasannya, kesian nanti saya tak cukup makan. Memang, saya mengaku, walaupun masih dalam darjah 1, saya boleh menghabiskan seekor ayam seorang diri. Tetapi, bila difikir semula, tidakkah sekeping dua paha ayam sudah mencukupi untuk nutrisi seorang kanak-kanak berumur 7 tahun? Saya pasti di luar sana ramai lagi ibu-bapa yang suka tengok anak-anak makan banyak. Alahai... comelnya keletah anak aku sorang ni, makan lahap! Ala tomey, tomey...
Eh, kejap-kejap. Korang ni menternak gergasi ke?
Malaysia paling gemuk! Yippeee~! At least kita menang sesuatu lah kan?


Membentuk generasi gemuk dan berpenyakit.

Maka tak la laser sangat mulut saya ni kalau saya kata masyarakat kita sekarang sedang membentuk generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang. 
"Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 ke atas 21,000 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun menunjukkan 5.4 peratus alami masalah berlebihan berat badan."  
Kalau anak kesayangan korang termasuk dalam golongan montel, sila berasa takut ye sebab kajian terbaru oleh penyelidik Kanada mendapati:
"salur darah kanak-kanak obes lebih cepat mengalami penuaan berbanding kanak-kanak dengan berat badan normal." 
Seram tak? Kajian ni melibatkan 63 kanak-kanak obes dan 55 kanak-kanak normal dengan purata umur 13 tahun. Kajian ni dilakukan ke atas jantung dan salur darah mereka, dan bertujuan untuk mengukur kelajuan aliran darah dalam badan diorang.
Keputusannya? Kanak-kanak obes menunjukkan keputusan tak normal semasa ujian ini. 
So, kalau anak-anak korang gemuk atau obes, maknanya keputusan ujian mereka pun akan tidak normal.
Takut kan?
Maka mak ayah tolong bertindak agar anak anda tidak tergolong dalam kumpulan kanak-kanak obesiti. Mula-mula kena tengok diri sendiri, macam mana taibat pemakanan kita? Kalau buruk lantak, makan tak secara berhemah (maksudnya makanan tak seimbang, junkfood, banyak lemak), sudah tentu anak kita akan ikut cara yang sama. Bak kata orang tua, bagaimana acuan, begitulah kuihnya ye tak?
Hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram)
Bagi saya, langkah pertama yang kita, sebagai parents boleh buat ialah memastikan anak tidak memakan terlalu banyak jajan, atau cekedis, atau cekelat. Sebab apa? Bukan sahaja tak mengandungi zat-zat penting, malah tinggi pula lemak berbahaya, bahan pengawet dan pewarna yang tak sihat.
Tapi kanak-kanak, memang kebiasaannya suka makan snek. Macam mana nak buat ni?
Cadangan saya, korang boleh beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Meal Shakes Shaklee ialah supplemen yang sedap. Rasanya enak, dengan perisa "French Vanilla", mak bapak pun boleh teruja nak minum sama!
Meal Shakes Shaklee ialah alternatif bagi minuman milkshakes seperti di restoran-restoran barat. Yang baiknya, Meal Shakes Shaklee ni rendah lemak dan rendah glisemik. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang nutrisi atau yang sedang mengawal berat badan. Apa yang anda perlu tahu sekali imbas tentang Meal Shakes Shaklee ialah:

  1. Ia memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Ia merupakan sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  3. Kaya dengan sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yang rendah.
Macam mana nak sediakan? Mudah! Bancuh air sahaja. Yang seronoknya, Meal Shakes Shaklee ni versatile. Kalau nak ada kelainan, boleh tambah buah-buahan atau rencah-rencah yang sihat. Harganya tak mahal. Baju dan mainan anak-anak kita kadang-kadang lebih mahal.
  • Harganya hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram).
Kalau anda berminat nak beli, atau ingin bertanya berkenaan Mealshakes ni, sila telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

Friday, 13 June 2014

Berak darah, kelemumur dan janji manismu.

Teks: Hafez the Great.
Kalau anda rapat dan kenal siapa saya, anda akan tahu suatu masa dahulu,saya memang anti ubat-ubat atau supplemen yang dijual melalui "direct selling". Saya sangat le nyampah dengan orang-orang yang selalu datang mempromote , lebih-lebih lagi masa tu saya tengah makan atau tengah nak feeling feeling layan perasaan seorang diri. Kalu tengah makan tu, terbayang-bayang je nak lumur sambal ke muka orang tu.
Saya bukan jahat dan saya bukan kejam. Dah banyak produk kesihatan yang saya cuba - untuk langsing, untuk jadi putih, untuk kulit chantek - ye la muka kalau dah macam tapak kasut, tetap tapak kasut, tapi sekurang-kurangnya kalau kulit cantik, jadi la special sikit... tapak kasut Louboutin, bukannya tapak kasut Bata. Hahaha.

Cik Kiah Najihah dan agendanya.

Nak dijadikan cerita, waktu tu kawan saya daripada zaman matrikulasi hantar mesej, punya la saspen, ingatkan ada gossip hangat. Sekali, huh. Nak promote Shaklee rupanya. Ei... Ni yang aku allergic ni. Emm, layan je la, walaupun dalam hati tak kuase nak melayan.
Kebetulan masa tu badan saya dah mula seperti anak gajah, berat melebihi 100kg. Kalau naik basikal gerenti tayar jadi nombor 8. kalau naik kapal terbang mesti kena beli tiket untuk tempat duduk 2 orang. Risau gak kalau kalau pergi zoo, orang ingat aku ni haiwan pameran.
Kalau tak kerana Najihah ni kawan lama, dah confirm la kena carut. Tapi sebab dia baik dan cool masa di matrikulasi, dan selalu beri saya copy jawapan eksperimen makmal, maka saya pun beralah dan dengar penerangan dia. Hati berat jugak masa nak beli tu. Ye lah... orang lelaki, baik guna duit tu beli komik ke... game Playstation2 ke... Tapi, bila mengenangkan baju yang dah serupa balut nangka, beli la jugak produk Shaklee.

Menyampah dengan Shaklee.

Biar saya cerita kenapa waktu tu saya menyampah sangat dengan produk Shaklee.
Sebabnya sebelum tu saya dah try 3 jenis ubat kurus, semuanya beri kesan sampingan yang teruk. Saya berak berdarah, kulit kusam, kelemumur dah serupa salji dan macam macam lagi la. Kurus memang kurus, tapi lepas tu naik balik dua kali ganda. kalau tadi aku takut orang ingat aku haiwan, kali ni aku takut Otromen tumbuk aku sebab ingat aku resaksa.
Saya sebenarnya serik untuk cuba lagi ubat-ubat kurus ni. Dah serik nak alami kesan sampingan. Korang tahu tak, waktu pertama kali tengok berak berdarah tu, saya confuse kejap. Eh, aku period ke? Jamban ni berhantu ke? Aku nak mati dah ke? Haiyo... Pengalaman buruk lah! So the very dangerous!

Jatuh cinta 

Tapi saya percaya Najihah nak tolong saya. Dia kawan saya, takkan la dia nak tipu? Maka saya pun ambil la produk Shaklee. Saya beli set Shape Up. Kalau tak silap, dalam set tu ada Alfalfa Complex, Lecithin, Herb-Lax, Cinch Energy Tea dan Cinch Shake. Masa tu siap berfikir lagi, "kalau tak kurus, siap kau Jiha!"
Selepas 2 minggu makan Shaklee, saya rasa best lah pulak! Berat badan mula turun, perut selesa, badan dah tak lesu. Wah! Tadi mengutuk, sekarang suka pulak kan? Hahaha. Memang lah jilat ludah sendiri gitu...
Saya pun mula faham apa itu Shaklee. Rupanya bukan ubat, tetapi supplemen nutrisi tambahan. Saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee. Si Najihah ni pun pandai, tanpa berlengah dia offer saya untuk jadi ahli. Jadi ahli lagi banyak la saya dapat benefit. Best tau!
Terima kasih la Najihah sebab paksa aku beli Shaklee, tarik aku join Shaklee.
Kalau tak, agaknya aku ni masih resaksa.
Dah la, tak boleh puji si Najihah ni banyak sangat. Nanti dia lupa diri.

Kalau korang berminat nak beli Set Shape Up ni, atau sekadar bertanya atau konsultasi, jangan malu-malu, hubungi saya:
  • SMS atau Whatsapp di 016-6651 067
Insya Allah saya akan sedaya upaya membantu. Sampai bila nak menggajah ni kan?

Friday, 31 January 2014

Kisah gajah nak jadi artis Korea

Teks: Hafez the Great


Memang la takkan boleh baca keratan majalah kat atas tu. Motifnya nak show off apa yang saya beli dari kawan saya - Shaklee Shape Up set. Best kan? Walaupun nan ado je, makan seminggu sekali kalau teringat. 

Saya tak percaya Shaklee boleh bantu turun berat badan.

Kalau badan dah tahap kena pakai bra cup B,
lelaki mana tak risau? (bukan gambar saya)

Pada hujung 2012, saya telah membuat keputusan berhenti kerja untuk start bisnes restoran di Kuala Lumpur. Sejak menguruskan restoran tersebut, saya selalu tidur lewat dan kurang rehat. Stress dan waktu makan yang tak menentu membuatkan badan saya macam dipam-pam! Dari 70kg mendadak naik hingga lebih 100kg. 100kg ke atas! Bayangkan! Seluar baju saya yang cantik-cantik berjenama gitu, semuanya dah tak muat! Terpaksa pakai baju dari kedai XXXXXL, hamek kau!
Kawan lama saya (sejak dari zaman matrikulasi) membaca kisah saya di Facebook dan suruh saya untuk makan set Shape-Up Shaklee. Saya ragu-ragu sangat. Tak kuasa aku! Masa tu memang saya tak percaya langsung tentang Shaklee ni. Hey, boleh ke senang-senang nak kurus dengan makan ubat je? Ni ubat ajaib ke? Ah, mengarut lah! Nak bazirkan duit aku je ni semua. Bukan saya tak pernah makan ubat kurus. Kesannya kejap saja, lepas naik berat semula.

Tak mampu kawal nafsu.

Ini bukan saya, tapi lagaknya
saya makan macam ni la.
Tapi dek kerana berat badan saya waktu tu semakin lama semakin naik. pipi pun dah macam pau terlebih ragi, saya akur juga untuk berbelanja demi menjaga kesihatan. Melalui Najihah, saya beli set Shape-Up Shaklee. Tapi dalam masa yang sama, saya tetap tak disiplin dalam menjaga pemakanan. Ditambah pula dengan stress, saya mencari ketenangan melalui makanan. Beli burger sampai 3 keping sekali hadap. Saya tahu ia habit yang tak sihat. Tapi saya tak mampu nak kawal. Bekerja sehingga 2 pagi saban hari, dan bangun seawal 5 pagi, saya sentiasa rasa lapar. Berat badan saya menurun, tapi sikit je.

Berita buruk untuk saya.

Awal 2014, saya dapati saya senang jatuh demam. Lawatan yang kerap ke klinik menyebabkan doktor periksa glukosa dalam darah saya. Masya Allah! Saya hampir-hampir kena penyakit diabetes. (Dan kolestrol saya tinggi, berisiko kena sakit jantung). Doktor kata antara tanda-tanda glukosa dalam darah tinggi ialah demam yang lambat baik, cepat haus, dan mati pucuk. Haaa, semua ni saya ada tapi simptom yang terakhir tu of course la tidak. Pedang saya masih berfungsi, terima kasih.
Berangan ko kan, Hafez, nak jadi macam artis Korea.
Walaupun muka kau macam tapak kasut. Feeeeeeling retis sangat!
Tapi... Tapi... borderline diabetes tu!
Tak boleh jadi ni... Apa nak dibuat? Meratap? Termenung kenangkan nasib? No such thing dalam kamus saya.
Hari ni, eh tak, esok... (hai... bertangguh?) Saya nak serius dalam menjaga dan mengawal berat badan. Produk Shaklee yang saya beli daripada Najihah dah ada, tapi saya tak pakai betul- betul. Tersadai je dalam almari. Kita tengok result nanti macam mana. Adakah saya akan menjadi seperti artis Korea? Bolehkah saya pakai semula baju dan seluar lama saya? Mampukah Hafez menggapai title bintang harapan? Gitu... Berangan kejap.
Kalau baca testimoni pengguna Shape Up Shaklee ni, semuanya memang akan jadi kurus. Tak sabarlah!
Dan saya berazam nak capai berat badan unggul. Sekarang ni tak tau lah berat badan saya berapa. Tapi yang saya tahu dah melangkaui 100kg. Haiyo.. 3 digit tu. Kalau duit takpe lah jugak.

Esok nak timbang berat badan kat Giant. Harap mesin penimbang tu tak meletup.