Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

Air rebusan daun kering jadi feveret maharaja.

Aunty yang menjadi pujaan hatiku.
Hari ni hari malas sedunia. Menaip blog ni pun depan TV. Tadi baru je habis tengok filem "Kung Fu Hustle" lakonan Stephen Chow. Kali terakhir tonton filem ni berbulan-bulan lepas, sekali sekala dapat tonton semula pun best jugak. Tapi... terus terang saya katakan, saya tonton filem ni bukan sebab pelakon utamanya, tapi sebab pelakon wanita yang menawan kalbu - watak makcik ketua flet yang garang tu.

Lepas menonton filem Cina, saya rasa nak bercerita tentang satu lagenda di China. 

Daripada daun kering, terus
ugrade jadi minuman
feveret maharaja.
Alkisah 5,000 tahun dahulu, seorang maharaja merantau hingga ke kawasan kampung. Penat berjalan maharaja rasa haus dan nak minum air. Lepas lepak tepi sungai, baginda pun cedok air nak hilangkan dahaga. Tapi punyalah frust sebab air sungai ni tak bersih untuk diminum. Lalu baginda maharaja pun suruh la khadam masak air supaya lebih selamat untuk diminum. 
Tak semena-mena, angin bertiup kencang, dan beberapa keping daun masuk ke dalam periuk jerang air tadi. Maharaja rasa air rebusan daun kering tadi sedap dan terus minta cawan kedua. Air rebusan daun kering ni dah jadi feveret maharaja. Lalu lahirlah teh yang pertama di China. Gitu.

Kalau nak saya bercerita tentang teh ni, memang tak akan habis. Tambahan pula ada bermacam-macam jenis teh kat dunia ni. 
Salah satu teh yang mahal sejak zaman dahulu lagi ialah teh putih, hinggakan dijadikan hadiah kepada maharaja dek khasiatnya yang sangat banyak.

Radikal bebas merosakkan DNA kita. Heee takut!
Seperti teh hijau, teh putih pun ada banyak antioksida. Antioksida ni membantu badan kita dengan menyerang radikal-radikal bebas yang akan menyebabkan sel-sel kita musnah (atau bahasa sainsnya, teroksida). Radical bebas ni suka buat kacau dalam badan kita menjadikan DNA rosak, sel barah terhasil dan juga tua sebelum umur. Antioksida yang ada dalam teh ni akan meneutralkan radika-radikal bebas yang tak guna ni.

Selain itu, teh putih ialah pilihan baik untuk korang yang nak kuruskan badan.


Cinch Energy Tea Mix keluaran Shaklee penuh dengan ekstrak teh putih eksotik. Kalau anda minum Cinch Tea ni, anda akan dapat semua kebaikan teh putih. Tak hairanlah ia menjadi pilihan ramai pelanggan Shaklee yang ingin menurunkan berat badan.
CinchTea MUDAH untuk disediakan. Tuang serbuk Cinch Tea dalam cawan atau gelas dan bancuh. Nak guna air suam atau air sejuk, terpulang kepada selera korang.

Berapa harganya sekotak? Tak mahal. Kos makan kat restoran fastfood lagi tinggi.

Harga sekotak Shaklee Cinch Energy Tea Mix amat berpatutan.
RM131 untuk sekotak. Dalam sekotak ada 28 paket.
Kalau korang berminat untuk membeli Cinch Energy Tea Mix ni, bolehlah telefon, hantar mesej atau Whatsapp je number saya:

Hafez Zahruddin
016-6651 067

Oklah, saya nak sambung tonton TV ni sambil sambil tunggu panggilan atau Whatsapp dari anda!

Saturday, 21 June 2014

Oshin, budaya teh hijau dan orang Jepun yang ramping.

Saya lahir pada 20 Julai 1982. Waktu persekolahan, makanan di kantin murah - 50 sen boleh dapat nasi lemak dan air oren bancuh. Kawan-kawan selalu perabiskan duit main tikam-tikam untuk dapat hadiah. Tapi saya lebih suka kumpul duit beli Ding Dang. Dalam kotak tu ada hadiah mainan.
Siapa masih ingat cerita Oshin yang ada
beratus-ratus episod ni?
Saya dibesarkan dengan intisari rancangan pada pukul 4 petang sebelum bermula apa-apa pun siaran TV. Saya dihiburkan dengan rancangan kartun Masked Rider, Jet-man, Transformers, Thundercats, Ultraman, Chipmunks and Mickey Mouse, Ninja Turtles, PowerRangers,Tomatoman dan Voltron. Saya juga selalu berebut TV dengan pembantu rumah, Cik Yang kerana dia nak tengok cerita telenovela Jepun, Oshin dan Akantare yang saban petang akan muncul di kaca TV.
Walaupun saya selalu mengeluh Cik Yang selalu menang semasa pergelutan berebut TV, saya tetap terpesona dengan budaya masyarakat Jepun. Salah satu rencah dalam kebudayaan mereka ialah majlis meminum teh. Saya selalu membayangkan apa agaknya rasa teh hijau yang diorang selalu hirup. Nampak nikmat sangat lah.
Model dan pelakon Jepun, Takuya Kimura.
Dulu saya memang jeles dengan mamat ni.
Rambut lebat, badan kurus. Jeles, jeles...
Fenomena budaya teh hijau melanda lagi apabila saya dah dewasa. Wanita dan jejaka Jepun selalu ditonjolkan sebagai cantik, hensem dan badan mereka memang meletop. Selalu minum teh hijau gamaknya. Ingat lagi tak Ayumi Hamasaki, Utada Hikaru, Takeshi Kaneshiro? Salah sorang artis Jepun yang buat saya cemburu dengan penampilannya ialah Takuya Kimura. Rambut Takuya lebat dan boleh dibuat macam-macam gaya. Badannya pun kemas kalau memakai tak kira apa fesyen pakaian. Pendek kata, waktu tu saya nak jadi macam dia. Walaupun muka kau terang-terangan Jawa. Rambut saya waktu tu? Kejung. Jarang-jarang. 
Kalau kita kat Malaysia ni, suka sangat mengeteh minuman manis - bergelas gelas teh tarik, milo, kopi susu, tapi orang Jepun ada pilihan teh hijau. Teh hijau yang mereka selalu minum tak kira lah dalam majlis atau sewaktu bersantai sebenarnya kaya dengan antioksida dan bagus untuk kesihatan badan dan kecantikan wajah. Kolestrol kurang, kulit jadi cantik, risiko kanser dapat dielakkan.


Untuk kebaikan menurunkan berat badan, teh hijau matcha dapat membantu korang kerana:
  1. Membantu menyingkirkan lemak - teh hijau kaya dengan antioksida polyphenol yang meningkatkan kadar penyingkiran lemak dalam badan. Ia juga mempercepatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
  2. Meningkatkan tenaga - Menurut Kevin Zahri, teh hijau sesuai diminum sebelum bersenam. Ini kerana teh hijau dapat meningkatkan tenaga dan korang akan bersenam dengan lebih lama.
  3. Kolestrol - teh hijau juga dapat merendahkan paras kolestrol jahat di dalam darah. Ini bermakna ia sesuai dijadikan rutin oleh mereka yang tinggi paras kolestrol di dalam darah.
  4. Meningkatkan metabolisma - dengan kadar metabolisma yang tinggi, badan akan dapat membakar lemak dengan lebih pantas. Dengan meminum dengan kerap, korang akan kekal terhidrat. Ia merupakan cara untuk mengekalkan kadar metabolik yang sihat.
Cinch Energy Tea Mix keluaran Shaklee penuh dengan ekstrak teh hijau matcha. Ini bermakna dengan meminum Cinch Tea ni, anda akan mendapat semua kebaikan teh hijau. Lebih-lebih lagi kebanyakan kita ni nak turunkan berat badan, kan? Nasihat saya, kurang-kurangkanlah minum manis-manis ni. Beli Cinch Tea ni, berganda lebih sihat, penuh khasiat dan MUDAH untuk disediakan. Tuang serbuk Cinch Tea dalam cawan atau gelas dan bancuh. Terpulanglah nak air suam atau air sejuk. Ikut selera korang.

Berapa harganya sekotak? Tak mahal. Kos anda nak beli baju baru (sebab baju lama tak muat) lagi tinggi.

Harga sekotak Shaklee Cinch Energy Tea Mix amat berpatutan.
RM131 untuk sekotak. Dalam sekotak ada 28 paket.
Kalau korang berminat untuk membeli Cinch Energy Tea Mix ni, bolehlah telefon, hantar mesej atau Whatsapp je number saya:

Hafez Zahruddin
016-6651 067

Oi, jom mengeteh!

Wah, dengar je ajak mengeteh laju je korang bersiap kan? Cuba kalau aku ajak bersihkan longkang sekeliling balai raya, mesti buat-buat tak dengar.
Konsep mengeteh ni sangat meluas - daripada penoreh getah ke mak Leha jual emas, daripada pekerja office boy hingga la ke eksekutif syarikat, semua suka melepak kat warung, mengeteh dengan kawan-kawan. Yang penting mesti ada elemen gossip menggossip, lepak melepak dan sesi kaunseling antara kawan-kawan (walaupun kawan tu pakar kaunselor tak bertauliah).
Tambahan lagi sekarang ni musim bola sepak, lagi la ramai orang lepak kat warung mengeteh. 
Ngeteh tak semestinya minum teh. Minum kopi, milo, limau ais atau horlicks pon dikira mengeteh jugak. Satu ketika dahulu, saya suka minum milo ais. Rasa sejuk lemak manis dengan aroma coklat dan malt. Emmm sedapnya!  Apa minuman kegemaran korang sewaktu mengeteh?



Hahaha. nampak tak permainannya di situ? Punya banyak kalori oiii! Milo ais feveret aku tu melebihi 200 kalori! Macam mana nak turunkan berat badan? Pengsan la kalau timbang berat tiap bulan gerenti naik naik naik dan naik! Nasib baik dah stop minum. Boleh sambung minum bila dah turun ke 68kg nanti. 

Daripada korang mengeteh benda-benda manis ni baik la minum Shaklee Energy Cinch Tea (lepas ni saya sebut Cinch Tea je). Antara kandungan Cinch Tea ialah:
  • ekstrak teh putih eksotik
  • ekstrak teh hijau matcha
  • ekstrak teh merah
Ketiga-tiga teh ni kaya dengan anti-oksida. Selain untuk menurunkan berat badan, khasiatnya untuk tubuh badan kita sangat banyak. Mungkin saya akan bebel tentang ni kat posting yang lain.

Harga Cinch Energy Tea Mix amat berpatutan. RM131 untuk sekotak, iaitu 28 paket.


Kenapa orang mengeteh?
  • "Mengantuk. Nak kasi segar sikit," kata Leman
Minum lah Cinch Tea. Ia akan buat korang segar semula, lebih bertenaga untuk sambung tugas.

  • "Rasa macam nak benda yang manis," terang Kiah Ronggeng kepada saya.
Minum Cinch Tea akan membantu korang kawal selera makan. Maksudnya akan mengurangkan rasa ketagih untuk makan atau minum benda manis yang tak sihat.

  • "Saya diet. Minum je, tak makan apa apa pon," kata Fatimah, atau nama manjanya Fatty.
Salah kalau tak makan langsung semata mata untuk turunkan berat badan. Tak sihat. Minum Cinch tea akan bantu penurunan berat badan, membantutkan sel lemak daripada semakin tebal. Ia juga meningkatkan metabolisma kita supaya lebih banyak kalori dan lemak terbakar.

  • "Saya ni suka tukar selera. Teh aje, boring la," kata Nabil sambil menggaru kepala.
Cinch Energy Tea Mix sangat versatile atau pelbagai guna. Boleh dicampurkan dengan buah-buahan, biji selasih, cincau dan macam macam lagi untuk mendapatkan kelainan.

Kat bawah ni saya terjumpa testimoni pelanggan Shaklee yang menggunakan Cinch Tea. Well? Masih tak percaya?


Harga Cinch Energy Tea Mix amat berpatutan. RM131 untuk sekotak. Dalam sekotak ada 28 paket.
Kalau korang berminat untuk membeli Cinch Energy Tea Mix ni, bolehlah telefon, hantar mesej atau Whatsapp je number saya:

Hafez Zahruddin
016-6651 067