Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Showing posts with label almari supplemen. Show all posts
Showing posts with label almari supplemen. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Alfalfa buat lelaki tumbuh buah dada?

Macam ni la agaknya wajah saya yang terkejut
bila dengar kenyataan tu.
Teks: Hafez the Great.

Semalam, seperti biasa, saya menaip blog sambil duduk melayan pertanyaan customers berkenaan produk Shaklee dan macam mana nak jadi ahli. Tiba-tiba seorang kawan lama Whatsapp bertanya tentang tentang set Shape Up. Nak dapatkan berat badan seperti dulu katanya. Biasalah sindrom selepas berumah tangga, badan si suami majoritinya akan naik. Bahagia le katakan. Makan cukup dan tepat pada waktunya. Tambahan lagi ada orang teman makan, hmmm makin menjadi selera. 
Sedang berWhatsapp dengan dia tentang Lecithin, Herb-Lax tetiba keluar ayat lebih kurang macam ni:
"Hafez, aku dulu takut nak ambil Alfalfa Complex, ingatkan hormon perempuan."
Rasa nak terkentut bila baca ayat tu.
Rasa nak karate je orang yang mengajar dia macam tu. Katanya SID yang cakap gitu. Aku jadi tak senang duduk. Maaf ye, bukan nak memburukkan distributor lain tapi, informasi biarlah sahih. Jangan hentam kromo. Kesian dengan pelanggan.

Jangan risau. Bukan gambar lucah.
Actually bukan dia seorang yang takut nak makan Alfalfa.
Selalu juga customers lelaki dan kawan-kawan lelaki bertanya kat saya, "tumbuh buah dada tak, kalau makan Alfalfa Complex?"
Kadang-kadang saya tergelak, kadang-kadang saya confuse kenapa alfalfa sering dikaitkan dengan hormon perempuan. Mungkin sebab Alfalfa Complex selalu dikaitkan dengan set ibu menyusu. Maka kaum Adam jadi takut kalau-kalau makan alfalfa akan buat mereka keluar susu!

Alfalfa Complex sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Sebenarnya saya tak setuju dengan tohmahan supplemen alfalfa sesuai untuk wanita sahaja. Lelaki dan wanita, dua dua boleh makan alfalfa. Dan jangan lah risau, alfalfa tak ada hormon perempuan. Shaklee tak tambah hormon dalam supplemen lah!
Saya memang selalu cadangkan agar anda mengambil Alfalfa Complex semasa proses turunkan berat badan. Memakan supplemen alfalfa berterusan dalam jangka masa panjang akan menurunkan paras kolestrol dan menyingkirkan lemak. Ini telah dibuktikan melalui beberapa ujikaji klinikal. Bukannya janji manis tau! Paras kolestrol yang sihat dan lemak yang rendah akan menghindarkan kita daripada serangan jantung dan strok.

Di luar sana banyak produk kurus yang memberikan testimoni boleh kurus dalam tempoh yang amat luar biasa cepat. Akan tetapi, biasanya ia disertai dengan pakej kesan buruk. Apa guna badan kurus, tetapi tak sihat? Ini amat bertentangan konsep dan etika Shaklee. Kami nak kesihatan tubuh anda meningkat sejajar dengan penurunan berat badan. 

Alfalfa Complex Shaklee banyak manfaat.

Selain daripada untuk kurus badan, alfalfa ni ada banyak manfaat yang lain. Ini bermakna, bukan saja berat anda susut, tetapi menjadi tubuh badan anda semakin. Antara manfaat lain Alfalfa Complex Shaklee ialah:



Haa, ambik kau, banyak tak kebaikan alfalfa ni? Itu pun ada yang saya tak masukkan dalam list tu.

Kesimpulannya, jangan la ragu-ragu dengan manfaat Alfalfa Complex. Bagi lelaki, anda boleh makan dengan yakin kerana Alfalfa Complex tak ada hormon perempuan!


Comel je botol alfalfa ni.
Saiz kecil RM53.75
Saiz besar RM97.50
Harga Alfalfa Complex tak mahal. Makan kat fastfood restoran kadang-kadang lagi mahal.
Ada dua saiz botol. Botol kecil untuk kegunaan individu, botol besar boleh pakai seisi keluarga.
  • Botol kecil, 330 tablet alfalfa berharga RM53.75
  • Botol besar, 700 tablet alfalfa RM97.50
Kalau anda berminat nak beli Alfalfa Complex Shaklee, atau sekadar nak bertanya soalan, jangan segan dan jangan malu, silalah hubungi saya. Whatsapp atau hantar mesej. Call pun boleh, di talian:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067
Saya menanti panggilan anda!

Tuesday, 17 June 2014

Alfalfa boleh buat ulam dan urap. Hebat tak?

Hoi, gemuknya aku waktu ni!
Bersama Zizan Nin dan Shaharuddin Tamby shooting
drama di restoran lama saya Cupcake Chapter.
Sekarang bukan milik saya lagi. Sorry.
Teks: Hafez the Great.
Sebelum saya join Shaklee, saya pernah mengusahakan sebuah restoran makanan barat di Kuala Lumpur. Kalau korang nak check sahih ke tak, restoran tu namanya Cupcake Chapter, terletak di Taman Melawati, berdekatan dengan Zoo Negara. Tapi sedihnya, restoran telah bertukar pemilik sebelum saya berhijrah ke Johor Bahru. Takpe lah, mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Apa yang saya nak kongsi di sini bukanlah kisah suka duka menjadi tuan punya restoran tetapi saya nak bercerita tentang rencah-rencah masakan di dapur chef. Majoriti makanan dalam menu Cupcake Chapter adalah makanan kegemaran saya - daripada pasta, steak, sandwich, hinggalah ke pemanis mulut. (Maaf, tak ada jual roti canai dan nasi ye, ini kedai orang putih). Semuanya mengikut acuan kreativiti saya, hinggakan garnishing (atau bahasa kampungnya, hiasan) pun ikut kepala saya. Salah satu sayuran yang menjadi kegemaran saya untuk dijadikan solekan sajian ialah alfalfa. Jangan memain. Sayur orang putih ni.
Walaupun nampak macam lalang dikepit dengan roti,
rasanya amat sedap, ok?
Sayur istimewa ni senang untuk didapati di pusat membeli belah, senang disediakan dan rasanya tidak menggangu rasa asli rencah masakan. Cekup, basuh, campak. 
Bila ayam dah empuk, angkat masakan, hidang atas pinggan, letak sejemput alfalfa di atasnya. Ah, senang dan pantas bukan? Alfalfa ni juga digunakan di dalam sajian sandwich dan amat diminati oleh pelanggan. Sedap kalau digandingkan dengan hirisan avokado dan tomato.

Ulam dan urap alfalfa.

Sebenarnya, cambahan alfalfa (sprouts) ni boleh jugak dibuat ulam makan dengan nasi. Makan dengan sambal belacan atau buat urap alfalfa letak udang kering tumbuk, amboi, terangkat! Sedap sangat sampai boleh rosak program diet sebab makan nasi bertambah. Dah bertahun-tahun saya mencekik sayur alfalfa, baru lah tahu Shaklee ada supplemen berasaskan alfalfa. Selama ni tak tahu pulak alfalfa ni banyak manfaat. 
Ini namanya alfalfa sprouts. Sedap dibuat salad! Tapi ia
tak le sehebat Alfalfa Complex Shaklee!

Senarai faedah alfalfa ni panjang, tak kuasa aku nak tulis semua sekali dalam ni. Pitam korang baca nanti. Hehehe.
Sebab masing-masing nak jaga berat badan, apa kata kita berbual tentang kebaikan alfalfa dalam program menurunkan berat badan? Kebaikan yang lain, biar saya bebel dalam posting blog yang lain. Kalau semua nak tulis hari ni, nanti jadi novel pulak. 
Sebenarnya alfalfa ni ada banyak gred. Gred alfalfa ditentukan oleh waktu alfalfa dituai, cara pengeringan dan teknologi pemprosesan. (Alfalfa Shaklee berkualiti tinggi).  Nasib baik la Shaklee dah buat Alfalfa Complex ni. Daun-daun alfalfa dikeringkan dalam udara semulajadi supaya nutrisi yang ada tak rosak. Lepas tu dikompres jadi tablet. Korang telan je. Jadi tak perlu la nak cincang daun alfalfa, nak blend kasi hancur, mengotorkan dapur korang je.
Ringkas, padat dengan khasiat terbaik dalam tablet-tablet alfalfa yang kiut miut.

Alfalfa untuk penurunan berat badan.

Alfalfa Complex Shaklee ni salah satu komponen supplemen yang patut disertakan dalam set Shape Up. Kebanyakan pengedar Shaklee kata tak payah alfalfa, tapi saya menegaskan alfalfa itu perlu. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa pengambilan alfalfa dalam jangka masa panjang akan merendahkan kolestrol dan menghapuskan lemak. Ini sekaligus akan membantu mencegah sakit jantung, strok dan darah tinggi. Hebat ke tak hebat alfalfa ni? Ini kerana alfalfa secara eksklusifnya ada "saponin", sejenis serat yang tugasnya macam span untuk serap kolestrol.

Bertungkus-lumus tau saya buat poster ni demi anda.. Betapa ambil beratnya saya tentang ada semua. :-)

Sebenarnya, banyak lagi manfaat Alfalfa Complex selain daripada untuk penurunan berat badan. Antaranya ialah untuk detoks badan. Kalau nak tahu lebih banyak tentang proses detoks atau buang toksin badan, boleh la singgah blog kawan saya, Najihah Sudi. Dia banyak cerita tentang isu detoks ni. (Najihah, aku promote blog kau, baik tak baik aku ni?)

Comel je botol alfalfa ni.
Saiz kecil RM53.75
Saiz besar RM97.50
Maka dengan kelebihan memakan alfalfa seperti yang saya senaraikan di atas, amat berbaloi lah dengan harga yang diberikan oleh Shaklee.
Ada dua saiz botol. Botol kecil untuk kegunaan individu, botol besar boleh pakai seisi keluarga.
  • Botol kecil, 330 tablet alfalfa berharga RM53.75
  • Botol besar, 700 tablet alfalfa RM97.50
Kalau anda berminat nak beli Alfalfa Complex Shaklee, atau sekadar nak bertanya soalan, jangan segan dan jangan malu, silalah hubungi saya. Whatsapp atau hantar mesej. Call pun boleh, di talian:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067
Saya menanti panggilan anda.

Sunday, 15 June 2014

Siapa kata Cinch Shake tak sesuai untuk pesakit diabetes?

Saya terkesima sekejap untuk menjawab soalan ni.
Teks: Hafez the Great
Kisahnya macam ni. Saya sering jugak mempromote Cinch Shake untuk mereka yang nak kawal pengambilan kalori mereka. Ye lah, semasa sedang jaga berat badan, tak boleh terlebih ambil kalori. Dengan Cinch Shake, kita boleh kawal kalori senang-senang je.
Tapi ada juga yang menolak apabila saya cadangkan Cinch Shake untuk mereka. Katanya Cinch Shake ni tak sesuai untuk diorang. Sebab apa? Sebab mereka penghidap kencing manis. 

Soalan saya: Siapa kata Cinch Shake Shaklee tak sesuai untuk penghidap diabetes?

Saya faham, reaksi untuk reject supplemen yang baru ni memang normal. Ye lah, benda baru, takkan nak suka-suka je makan. Lebih-lebih lagi kalau kita ada sakit kencing manis. Makan kuih-muih dari gerai boleh pula. Makan serimuka, kuih tepung pelita boleh pula. Tapi Cinch Shake tak boleh makan. Takut naik gula dalam darah katanya. Takpe, saya faham. Benda baru. Kita takut.
Tapi kan... kadang-kadang saya pun tak faham dengan attitude orang kita. Belum tahu maklumat sebenar terus cop kata benda tu tak elok dan tak sesuai untuk kita. Saya tak marah, saya cuma hairan. Maaf kalau biadap sangat bunyinya.

Ini jawapan saya bagi mereka yang ada kencing manis tapi takut nak makan Cinch Shake atas sebab kesihatan: 
Jangan risau, jangan takut. Cinch Shake Shaklee sesuai diambil oleh pesakit diabetes.
Ini kerana Cinch Shake Shaklee mengandungi Indeks Glisemik sekitar 16-27 bermakna ia amat sesuai untuk pengidap kencing manis. Indek glisemiknya adalah rendah bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
Tapi sebelum tu, baik kita cuba fahamkan apa kebendanya Indeks Glisemik ni?

Apa itu Indeks Gliksemik?

Indeks Glisemik makanan (Glycemic Index) ialah perangkaan yang diberikan kepada makanan untuk menunjukkan tahap peningkatan gula dalam darah. Indeks ini dapat membantu kita merancang pemakanan dengan lebih sihat. Semakin rendah nilai Indeks Glisemik makanan, semakin lama masa peningkatan gula dalam darah.

Satu canister Cinch Shake Mix Shaklee hanya RM173 sahaja!

Cinch Shake Shaklee rendah glisemik.

Nilai Indeks Glisemik Cinch Shake Shaklee adalah berbeza mengikut perisa, dalam lingkungan 16-27. Nilainya adalah rendah, bermakna gula dilepaskan ke dalam darah secara perlahan. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah adalah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Oleh sebab ini, Cinch Shake Shaklee memang sesuai untuk pesakit kencing manis dan juga bagi mereka yang hendak menangani obesiti.
Apa yang best ialah, makanan dengan Indeks Gliksemik rendah membuat kita rasa lebih puas dan bertahan lebih lama. 

Harap-harap ini dah menjawab soalan boleh tak pesakit diabetes ambil Cinch Shake Shaklee.

Kalau berminat untuk beli Cinch Shake Shaklee, atau bertanyakan soalan jangan malu-malu tau! Satu bekas Cinch Shake Mix hanya berharga RM173

Telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

Susah sangat ke nak kawal kalori?

Teks: Hafez the Great.

Jangan le korang menakutkan meja sekeliling dengan
kelakuan hampeh seperti ini.
Hari ni perut sakit sikit. Bukan sakit sebab salah makan, tapi sebab semalam sit up 80 kali. Kesian... 80 kali sit up pun dah sakit. Hehehehe. At least dapat dah buat sit up. Dulu langsung tak boleh.
Hari ni sebenarnya nak bercerita tentang pengambilan kalori sebab sempena Hari Bapa ni, saya tahu ramai yang akan keluar bersama family. Lepas tu mesti makan kat luar kan? Ye la, nak celebrate gitu. Tapi amaran kepada clients saya yang nak turunkan berat badan - jangan makan yang bukan bukan.

Amat penting untuk kawal kalori harian.

Salah satu tips penting saya selalu beritahu client yang beli set Shape Up, sekiranya mereka betul betul serius nak mengurangkan berat badan ialah mengawal pengambilan kalori. Jangan la korang nak kurus, makan supplemen tapi melantak macam tak ingat. nasi membukit, ayam 3 ketul, lepas tu ulang lagi makan sepinggan. Beli lagi pulak chendol kononnya pencuci mulut. lepas tu cakap: "Jangan risau, I dah makan supplemen kurus tadi." Adoi! Salah tu!
Macam tu punya cara mentekedarah melantak memang la tak akan berjaya nak turunkan berat badan. 
Mengawal pengambilan kalori sangat penting bagi memastikan jumlah pengambilan kalori harian kita kurang daripada jumlah kalori yang diperlukan. Ini akan memaksa badan untuk menggunakan kalori terkumpul dalam badan.

Jom sama-sama tengok contoh:
Had kalori harian saya ialah 1200-1300 kalori. Ini bermakna, kekurangan kalori harian (daily calorie deficit) ialah sekitar 1050 kalori. Ini membantu untuk mengurangkan berat badan. Di tambah pulak dengan set Shape Up. Lagi la cepat.

Tapi, cabaran yang biasa kita hadapi ialah susah nak kawal kalori, betul tak? Ye lah, 2 biji karipap je dah 240 kalori. Satu hidangan nasi lemak dengan ayam goreng lebih kurang 500 kalori. Makanan yang lain berapa kalori pulak?
Mungkin kita akan fikir dengan tak makan nasi kita dah kurangkan kalori. Jangan tersilap! Mihun, mi laksa semua tu diperbuat daripada beras!
Habis tu nak makan apa ni? Lapar, nak makan tapi takut terlebih kalori pulak.

Dengan Cinch Shake Shaklee, senang je nak kawal kalori.

Satu hidangan Cinch Shake 190-210 kalori je. Lepas tu kenyang lebih lama. Kurang la rasa nak makan merepek-repek. Kalau korang rasa nak makan jugak, itu bukannya lapar. Itu nafsu!

Cinch Shake Shaklee ialah minuman yang sedap dan berkhasiat untuk membantu korang memelihara otot penting dan membuat korang rasa sentiasa kenyang dan puas semasa proses kurangkan berat badan.
Cinch Shake Shaklee memang hebat.
Kenapa saya suka sangat kat Cinch Shake Shaklee? Sebabnya adalah:
  • Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan.
  • Diperkayakan dengan Leucine untuk pelihara otot. Biasanya orang yang diet ni, otot akan turut susut, lepas tu jadi geleber. Tapi Cinch Shake akan memastikan otot tidak musnah sewaktu proses pengurangan berat badan.
  • Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan, jadi anda akan rasa kenyang dan puas.
  • Kandungan serat yang tinggi, 6gram setiap hidangan.
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga .
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan.
  • Soya tidak diubahsuai kandungan genetik (bukan GMO).


  • Satu bekas Cinch Shake Mix hanya berharga RM173. 
Beratnya berbeza-beza ikut perisa. Chocolate (765gram), Vanilla (720gram) dan Cafe Latte (750 gram).

Kalau berminat, jangan malu-malu tau! Telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

Saturday, 14 June 2014

Meal Shakes Shaklee untuk kanak-kanak cerewet.

Teks: Hafez the Great.

Kanak-kanak cerewet pilih makanan.

Siapa yang ada anak, mesti tahu yang anak-anak ni memang ada yang cerewet memilih makanan. Nak bagi sayur atau buah mesti tolak. Nasi makan tak habis sepinggan. Separuh je luak. Sebab tak nak anak lapar, layan la selera anak dengan snek-snek dan makanan segera. 
Pernah tak terfikir, sama ada anak-anak yang memilih makanan ni, cukup atau tidak nutrisi dalam diet mereka? Dah sah-sah la tak seimbang. 
Bila kita belek-belek majalah kesihatan, selalu terpampang cerita kesan anak-anak yang tak cukup zat. Penyakit itu datang, penyakit ini menyerang. Kesian tengok anak-anak kita ni kekurangan zat.
Kadang kadang, kita belika vitamin untuk anak. Tapi anak tak nak makan sebab betul tablet. Dimuntahkan balik. Alahai... Nak buat macam mana ni?


Menangis kerana sembelit.

Terbaru ni saya mendengar cerita seorang kawan tentang anak lelaki kesayangannya sembelit. Menangis merengek dalam jamban sebab sakit bila nak berak. Ni semua gara-gara tak suka makan sayur. Tak cukup serat dalam diet harian. Puas lah kawan saya sorokkan sayur dalam makanan (blend, potong kecik-kecik, hias jadi comel), semuanya tak berkesan. Bila ditegur kenapa tak makan sayur, terus merajuk, tak jadi makan semua dalam pinggan tu, termasuklah nasi dan lauk ayam yang sedap. 

Perisa French Vanilla yang sedap, membuka
selera bukan sahaja anak-anak tetapi ibu bapa.
Harga hanya RM113.75 untuk 544 gram.

Supplemen yang sedap untuk kanak-kanak.

Bagi saya lah, senang je nak selesaikan masalah kanak-kanak yang tak cukup nutrien ni. Cuba kita fikir kenapa kanak-kanak tak nak makan sayur? Tak nak makan tablet vitamin? Sebab semuanya tak sedap! Cuba kita beri supplemen makanan yang sedap. Hmmm saya gerenti anak tak tolak.

Meal Shakes Shaklee ialah supplemen yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang nutrisi atau yang sedang mengawal berat badan. Rasanya enak, dengan perisa "French Vanilla", mak bapak pun boleh terliur tengok bancuhan Meal Shakes ni.

Manfaat Meal Shake Shaklee.

Di sini saya senaraikan beberapa kebaikan meminum Meal Shakes Shaklee:
Meal Shakes Shaklee sangat versatile.
 
Boleh dicampurkan dengan apa sahaja
yang sihat, untuk menjadikan minuman
yang pelbagai.
  1. Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Menambah selera makan anak yang sangat memilih makanan.
  3. Sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  4. Anak tak mudah jatuh sakit. Jikalau minum waktu demam, akan cepat sihat.
  5. Sesuai untuk diminum waktu sahur. Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak (atau mak bapak) yang berpuasa.
  6. Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak.
  7. Sebagai cara untuk menambah berat badan anak yang terlalu kurus.
  8. Kaya dengan kalsium untuk perkembangan tulang yang sihat.
  9. Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana teksturnya seperti susu tepung.
  10. Rasa "french vanilla" enak menjadi kegemaran kanak-kanak, tanpa pewarna dan gula tiruan.
  11. Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti.
  12. Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama.
  13. Supplemen yang baik untuk perkembangan minda dan IQ kanak-kanak kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein.
  14. Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
  15. Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
  16. Snek menarik yang senang dihidangkan bila-bila masa. Mudah disediakan, menjimatkan masa lebih-lebih lagi waktu sibuk menyediakan sarapan sebelum sekolah.
  17. Sangat versatile - pelbagai guna, sesuai dicampurkan ke dalam pelbagai resepi minuman dan juga manisan seperti agar-agar dan puding). Boleh dicampur dalam yogurt dan dibekukan menjadi frozen yogurt.
  18. Rendah kolestrol, lemak dan sodium. Minuman snek yang sihat bagi memantau berat anak yang obes.
  19. Harganya sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh seisi keluarga.
Haaa.. Ambik kau, hampir 20 manfaat meminum Meal Shakes Shaklee. Kalau sayangkan anak-anak dan seisi keluarga, bolehlah hadiahkan produk ni untuk diorang.

Harganya tak mahal. Hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram).

Kalau anda berminat nak beli, atau ingin bertanya berkenaan Mealshakes ni, sila telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

Saturday, 7 June 2014

Sakit Jantung Penyumbang Utama Kematian Rakyat Malaysia

Teks: Hafez the Great.

Sekarang ni, merata-rata orang kat area perumahan asyik bercerita pasal orang yang mati sebab sakit jantung. Dalam sebulan ni je dah 3 orang meninggal sebab serangan jantung atau strok.
Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia. Walaupun teks akhbar di sebelah ditulis pada 2006, tapi hakikatnya bilangan kematian akibat penyakit jantung di negara kita semakin lama semakin meningkat. 
Arwah ayah saya pesakit jantung . Dan berkemungkinan saya juga ada risiko untuk menghidap sakit jantung. Kerisauan saya mungkin berasaskan faktor genetik, tetapi kita ketahui ada beberapa faktor yang meninggikan risiko penyakit jantung.

Punca Utama Serangan Jantung.

Jika anda seorang perokok tegar, suka makan makanan yang tak sihat (berlemak), malas bersenam dan berbadan gemuk, anda berisiko tinggi untuk kena serangan jantung. 

Stress yang melampau pun boleh jadi punca risiko tinggi untuk terkena searang jantung. Sekarang ni macam-macam boleh menyebabkan kita stress - kerja yang berlambak di office, terkejar-kejar nak ikut deadline, kesesakan lalu lintas, masalah ekonomi dan mungkin juga masalah rumahtangga di rumah.
Selalunya tak ada simptom awal yang ketara sebelum seseorang kena serangan jantung. Sebab itu ramai doktor yang mengatakan serangan jantung ialah pembunuh senyap. Pendek kata, tak ada siapa boleh jamin anda selamat daripada serangan jantung. Serangan jantung yang pertama bagi korang mungkin merupakan serangan yang terakhir. Ye lah, kalau dah mati, memang tak akan kena lagi lah.
Lebih baik jangan pertaruhkan nyawa dan cepat-cepat cari cara nak elak dari terkena serangan jantung.

CoQHealth Plus ialah supplemen daripada Shaklee yang merupakan jawapan untuk menjaga jantung, dan membantu untuk mendapatkan jantung yang sihat dan bertenaga. Kalau anda berminat nak baca lebih lanjut tentang supplemen ini, bolehlah klik di bawah:
Jika berminat untuk membuat pesanan, atau sekadar bertanya atau konsultasi, jangan malu-malu, hubungi saya:
  • SMS atau Whatsapp di 016-6651 067
Insya Allah saya akan sedaya upaya membantu.

Cara nak kasi jantung "power", bertenaga.

Teks: Hafez the Great

Peranan Co-Enzim Q10 Kepada Tubuh Badan.

Badan kita boleh hasilkan sejenis nutrien larut lemak yang dipanggil Co-Enzim Q10 (CoQ10). Ianya paling banyak didapati dalam organ yang menjalankan tugas penting seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
Peranan CoQ10 terhadap tubuh kita adalah:
  1. menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
  2. membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah yang menyalurkan darah ke jantung
  3. bertindak sebagai antioksida dengan cara melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL).
  4. melindungi arteri dari kolestrol tidak baik.

Kebaikan Co-Enzim Q10.

CoQ10 dapat membantu menangani serangan jantung. kalau kandungan CoQ10 rendah dalam sel-sel otot jantung, maka jantung kita berisiko untuk gagal berfungsi. kalau jantung dah tak berdegup, apa yang akan terjadi, kawan-kawan? Of course la kita akan mati.
Oke, ada lagi kebaikan CoQ10. Disebabkan CoQ10 dapat meningkatkan tenaga dalam otot jantung, ia mampu meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
CoQ10 juga dapat kurangkan masalah yang biasa dihadapi oleh pesakit jantung seperti susah nak tidur, sesak nafas, bengkak pada jantung.

CoQHealth Plus untuk Jantung Sihat Bertenaga.

Yang menyedihkan, semakin usia kita bertambah, CoQ10 semakin kurang dihasilkan oleh badan kita. Maka kita pun semakin berisiko terkena penyakit akibat kekurangan nutrien ini. Oleh sebab ini, kita digalakkan untuk menambil supplemen CoQ10, setara dengan bilangannya yang semakin menurun di dalam badan. CoQHealth Plus Shaklee ialah jawapan bagi mereka yang nak cari cara mengurangkan risiko serangan jantung. 
CoQHealth Plus ialah supplemen yang mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan lebih baik. 
Antara kebaikan supplemen ini ialah:
  1. Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung.
  2. Menggalak dan melindungi arteri sihat daripada pnegoksidaan LDL (kolestrol 'jahat').
  3. Meningkatkan peredaran darah.
  4. Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah yang berguna untuk organ-organ yang menjalankan tugas penting seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
Sebenarnya CoQHealth Plus bukan saja berguna untuk kesihatan jantung, ia ada banyak manfaat lain. Kalau anda berminat nak baca lebih lanjut tentang supplemen ini, bolehlah klik di sini CoQHealth Plus.

Jika berminat untuk membuat pesanan, atau sekadar bertanya atau konsultasi, hubungi saya:
Insya Allah saya akan sedaya upaya membantu.