Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Showing posts with label Obesiti. Show all posts
Showing posts with label Obesiti. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Alfalfa buat lelaki tumbuh buah dada?

Macam ni la agaknya wajah saya yang terkejut
bila dengar kenyataan tu.
Teks: Hafez the Great.

Semalam, seperti biasa, saya menaip blog sambil duduk melayan pertanyaan customers berkenaan produk Shaklee dan macam mana nak jadi ahli. Tiba-tiba seorang kawan lama Whatsapp bertanya tentang tentang set Shape Up. Nak dapatkan berat badan seperti dulu katanya. Biasalah sindrom selepas berumah tangga, badan si suami majoritinya akan naik. Bahagia le katakan. Makan cukup dan tepat pada waktunya. Tambahan lagi ada orang teman makan, hmmm makin menjadi selera. 
Sedang berWhatsapp dengan dia tentang Lecithin, Herb-Lax tetiba keluar ayat lebih kurang macam ni:
"Hafez, aku dulu takut nak ambil Alfalfa Complex, ingatkan hormon perempuan."
Rasa nak terkentut bila baca ayat tu.
Rasa nak karate je orang yang mengajar dia macam tu. Katanya SID yang cakap gitu. Aku jadi tak senang duduk. Maaf ye, bukan nak memburukkan distributor lain tapi, informasi biarlah sahih. Jangan hentam kromo. Kesian dengan pelanggan.

Jangan risau. Bukan gambar lucah.
Actually bukan dia seorang yang takut nak makan Alfalfa.
Selalu juga customers lelaki dan kawan-kawan lelaki bertanya kat saya, "tumbuh buah dada tak, kalau makan Alfalfa Complex?"
Kadang-kadang saya tergelak, kadang-kadang saya confuse kenapa alfalfa sering dikaitkan dengan hormon perempuan. Mungkin sebab Alfalfa Complex selalu dikaitkan dengan set ibu menyusu. Maka kaum Adam jadi takut kalau-kalau makan alfalfa akan buat mereka keluar susu!

Alfalfa Complex sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Sebenarnya saya tak setuju dengan tohmahan supplemen alfalfa sesuai untuk wanita sahaja. Lelaki dan wanita, dua dua boleh makan alfalfa. Dan jangan lah risau, alfalfa tak ada hormon perempuan. Shaklee tak tambah hormon dalam supplemen lah!
Saya memang selalu cadangkan agar anda mengambil Alfalfa Complex semasa proses turunkan berat badan. Memakan supplemen alfalfa berterusan dalam jangka masa panjang akan menurunkan paras kolestrol dan menyingkirkan lemak. Ini telah dibuktikan melalui beberapa ujikaji klinikal. Bukannya janji manis tau! Paras kolestrol yang sihat dan lemak yang rendah akan menghindarkan kita daripada serangan jantung dan strok.

Di luar sana banyak produk kurus yang memberikan testimoni boleh kurus dalam tempoh yang amat luar biasa cepat. Akan tetapi, biasanya ia disertai dengan pakej kesan buruk. Apa guna badan kurus, tetapi tak sihat? Ini amat bertentangan konsep dan etika Shaklee. Kami nak kesihatan tubuh anda meningkat sejajar dengan penurunan berat badan. 

Alfalfa Complex Shaklee banyak manfaat.

Selain daripada untuk kurus badan, alfalfa ni ada banyak manfaat yang lain. Ini bermakna, bukan saja berat anda susut, tetapi menjadi tubuh badan anda semakin. Antara manfaat lain Alfalfa Complex Shaklee ialah:



Haa, ambik kau, banyak tak kebaikan alfalfa ni? Itu pun ada yang saya tak masukkan dalam list tu.

Kesimpulannya, jangan la ragu-ragu dengan manfaat Alfalfa Complex. Bagi lelaki, anda boleh makan dengan yakin kerana Alfalfa Complex tak ada hormon perempuan!


Comel je botol alfalfa ni.
Saiz kecil RM53.75
Saiz besar RM97.50
Harga Alfalfa Complex tak mahal. Makan kat fastfood restoran kadang-kadang lagi mahal.
Ada dua saiz botol. Botol kecil untuk kegunaan individu, botol besar boleh pakai seisi keluarga.
  • Botol kecil, 330 tablet alfalfa berharga RM53.75
  • Botol besar, 700 tablet alfalfa RM97.50
Kalau anda berminat nak beli Alfalfa Complex Shaklee, atau sekadar nak bertanya soalan, jangan segan dan jangan malu, silalah hubungi saya. Whatsapp atau hantar mesej. Call pun boleh, di talian:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067
Saya menanti panggilan anda!

Tuesday, 17 June 2014

Alfalfa boleh buat ulam dan urap. Hebat tak?

Hoi, gemuknya aku waktu ni!
Bersama Zizan Nin dan Shaharuddin Tamby shooting
drama di restoran lama saya Cupcake Chapter.
Sekarang bukan milik saya lagi. Sorry.
Teks: Hafez the Great.
Sebelum saya join Shaklee, saya pernah mengusahakan sebuah restoran makanan barat di Kuala Lumpur. Kalau korang nak check sahih ke tak, restoran tu namanya Cupcake Chapter, terletak di Taman Melawati, berdekatan dengan Zoo Negara. Tapi sedihnya, restoran telah bertukar pemilik sebelum saya berhijrah ke Johor Bahru. Takpe lah, mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Apa yang saya nak kongsi di sini bukanlah kisah suka duka menjadi tuan punya restoran tetapi saya nak bercerita tentang rencah-rencah masakan di dapur chef. Majoriti makanan dalam menu Cupcake Chapter adalah makanan kegemaran saya - daripada pasta, steak, sandwich, hinggalah ke pemanis mulut. (Maaf, tak ada jual roti canai dan nasi ye, ini kedai orang putih). Semuanya mengikut acuan kreativiti saya, hinggakan garnishing (atau bahasa kampungnya, hiasan) pun ikut kepala saya. Salah satu sayuran yang menjadi kegemaran saya untuk dijadikan solekan sajian ialah alfalfa. Jangan memain. Sayur orang putih ni.
Walaupun nampak macam lalang dikepit dengan roti,
rasanya amat sedap, ok?
Sayur istimewa ni senang untuk didapati di pusat membeli belah, senang disediakan dan rasanya tidak menggangu rasa asli rencah masakan. Cekup, basuh, campak. 
Bila ayam dah empuk, angkat masakan, hidang atas pinggan, letak sejemput alfalfa di atasnya. Ah, senang dan pantas bukan? Alfalfa ni juga digunakan di dalam sajian sandwich dan amat diminati oleh pelanggan. Sedap kalau digandingkan dengan hirisan avokado dan tomato.

Ulam dan urap alfalfa.

Sebenarnya, cambahan alfalfa (sprouts) ni boleh jugak dibuat ulam makan dengan nasi. Makan dengan sambal belacan atau buat urap alfalfa letak udang kering tumbuk, amboi, terangkat! Sedap sangat sampai boleh rosak program diet sebab makan nasi bertambah. Dah bertahun-tahun saya mencekik sayur alfalfa, baru lah tahu Shaklee ada supplemen berasaskan alfalfa. Selama ni tak tahu pulak alfalfa ni banyak manfaat. 
Ini namanya alfalfa sprouts. Sedap dibuat salad! Tapi ia
tak le sehebat Alfalfa Complex Shaklee!

Senarai faedah alfalfa ni panjang, tak kuasa aku nak tulis semua sekali dalam ni. Pitam korang baca nanti. Hehehe.
Sebab masing-masing nak jaga berat badan, apa kata kita berbual tentang kebaikan alfalfa dalam program menurunkan berat badan? Kebaikan yang lain, biar saya bebel dalam posting blog yang lain. Kalau semua nak tulis hari ni, nanti jadi novel pulak. 
Sebenarnya alfalfa ni ada banyak gred. Gred alfalfa ditentukan oleh waktu alfalfa dituai, cara pengeringan dan teknologi pemprosesan. (Alfalfa Shaklee berkualiti tinggi).  Nasib baik la Shaklee dah buat Alfalfa Complex ni. Daun-daun alfalfa dikeringkan dalam udara semulajadi supaya nutrisi yang ada tak rosak. Lepas tu dikompres jadi tablet. Korang telan je. Jadi tak perlu la nak cincang daun alfalfa, nak blend kasi hancur, mengotorkan dapur korang je.
Ringkas, padat dengan khasiat terbaik dalam tablet-tablet alfalfa yang kiut miut.

Alfalfa untuk penurunan berat badan.

Alfalfa Complex Shaklee ni salah satu komponen supplemen yang patut disertakan dalam set Shape Up. Kebanyakan pengedar Shaklee kata tak payah alfalfa, tapi saya menegaskan alfalfa itu perlu. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa pengambilan alfalfa dalam jangka masa panjang akan merendahkan kolestrol dan menghapuskan lemak. Ini sekaligus akan membantu mencegah sakit jantung, strok dan darah tinggi. Hebat ke tak hebat alfalfa ni? Ini kerana alfalfa secara eksklusifnya ada "saponin", sejenis serat yang tugasnya macam span untuk serap kolestrol.

Bertungkus-lumus tau saya buat poster ni demi anda.. Betapa ambil beratnya saya tentang ada semua. :-)

Sebenarnya, banyak lagi manfaat Alfalfa Complex selain daripada untuk penurunan berat badan. Antaranya ialah untuk detoks badan. Kalau nak tahu lebih banyak tentang proses detoks atau buang toksin badan, boleh la singgah blog kawan saya, Najihah Sudi. Dia banyak cerita tentang isu detoks ni. (Najihah, aku promote blog kau, baik tak baik aku ni?)

Comel je botol alfalfa ni.
Saiz kecil RM53.75
Saiz besar RM97.50
Maka dengan kelebihan memakan alfalfa seperti yang saya senaraikan di atas, amat berbaloi lah dengan harga yang diberikan oleh Shaklee.
Ada dua saiz botol. Botol kecil untuk kegunaan individu, botol besar boleh pakai seisi keluarga.
  • Botol kecil, 330 tablet alfalfa berharga RM53.75
  • Botol besar, 700 tablet alfalfa RM97.50
Kalau anda berminat nak beli Alfalfa Complex Shaklee, atau sekadar nak bertanya soalan, jangan segan dan jangan malu, silalah hubungi saya. Whatsapp atau hantar mesej. Call pun boleh, di talian:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067
Saya menanti panggilan anda.

Sunday, 15 June 2014

Susah sangat ke nak kawal kalori?

Teks: Hafez the Great.

Jangan le korang menakutkan meja sekeliling dengan
kelakuan hampeh seperti ini.
Hari ni perut sakit sikit. Bukan sakit sebab salah makan, tapi sebab semalam sit up 80 kali. Kesian... 80 kali sit up pun dah sakit. Hehehehe. At least dapat dah buat sit up. Dulu langsung tak boleh.
Hari ni sebenarnya nak bercerita tentang pengambilan kalori sebab sempena Hari Bapa ni, saya tahu ramai yang akan keluar bersama family. Lepas tu mesti makan kat luar kan? Ye la, nak celebrate gitu. Tapi amaran kepada clients saya yang nak turunkan berat badan - jangan makan yang bukan bukan.

Amat penting untuk kawal kalori harian.

Salah satu tips penting saya selalu beritahu client yang beli set Shape Up, sekiranya mereka betul betul serius nak mengurangkan berat badan ialah mengawal pengambilan kalori. Jangan la korang nak kurus, makan supplemen tapi melantak macam tak ingat. nasi membukit, ayam 3 ketul, lepas tu ulang lagi makan sepinggan. Beli lagi pulak chendol kononnya pencuci mulut. lepas tu cakap: "Jangan risau, I dah makan supplemen kurus tadi." Adoi! Salah tu!
Macam tu punya cara mentekedarah melantak memang la tak akan berjaya nak turunkan berat badan. 
Mengawal pengambilan kalori sangat penting bagi memastikan jumlah pengambilan kalori harian kita kurang daripada jumlah kalori yang diperlukan. Ini akan memaksa badan untuk menggunakan kalori terkumpul dalam badan.

Jom sama-sama tengok contoh:
Had kalori harian saya ialah 1200-1300 kalori. Ini bermakna, kekurangan kalori harian (daily calorie deficit) ialah sekitar 1050 kalori. Ini membantu untuk mengurangkan berat badan. Di tambah pulak dengan set Shape Up. Lagi la cepat.

Tapi, cabaran yang biasa kita hadapi ialah susah nak kawal kalori, betul tak? Ye lah, 2 biji karipap je dah 240 kalori. Satu hidangan nasi lemak dengan ayam goreng lebih kurang 500 kalori. Makanan yang lain berapa kalori pulak?
Mungkin kita akan fikir dengan tak makan nasi kita dah kurangkan kalori. Jangan tersilap! Mihun, mi laksa semua tu diperbuat daripada beras!
Habis tu nak makan apa ni? Lapar, nak makan tapi takut terlebih kalori pulak.

Dengan Cinch Shake Shaklee, senang je nak kawal kalori.

Satu hidangan Cinch Shake 190-210 kalori je. Lepas tu kenyang lebih lama. Kurang la rasa nak makan merepek-repek. Kalau korang rasa nak makan jugak, itu bukannya lapar. Itu nafsu!

Cinch Shake Shaklee ialah minuman yang sedap dan berkhasiat untuk membantu korang memelihara otot penting dan membuat korang rasa sentiasa kenyang dan puas semasa proses kurangkan berat badan.
Cinch Shake Shaklee memang hebat.
Kenapa saya suka sangat kat Cinch Shake Shaklee? Sebabnya adalah:
  • Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan.
  • Diperkayakan dengan Leucine untuk pelihara otot. Biasanya orang yang diet ni, otot akan turut susut, lepas tu jadi geleber. Tapi Cinch Shake akan memastikan otot tidak musnah sewaktu proses pengurangan berat badan.
  • Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan, jadi anda akan rasa kenyang dan puas.
  • Kandungan serat yang tinggi, 6gram setiap hidangan.
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga .
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan.
  • Soya tidak diubahsuai kandungan genetik (bukan GMO).


  • Satu bekas Cinch Shake Mix hanya berharga RM173. 
Beratnya berbeza-beza ikut perisa. Chocolate (765gram), Vanilla (720gram) dan Cafe Latte (750 gram).

Kalau berminat, jangan malu-malu tau! Telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

Saturday, 14 June 2014

Adakah anda menternak gergasi?

Teks: Hafez the Great.
Sejak kecil, saya memang seorang yang gempal (tapi comel). Mana taknya, kalau kanak-kanak lain makan sepinggan nasi, saya makan 2 pinggan. Pada umur 6 tahun, baju pun boleh kongsi dengan ayah. Waktu tu arwah ayah masih kurus, kebanyakan t-shirt lamanya diperturunkan kepada saya. Jimat. Tak payah beli baju baru untuk anak. Takde la Osh Kosh Bgosh atau Guess for Kids. Dan parents saya tak minat nak snap gambar anak memakai baju mahal. Life is simpler at that time.

Berjalan kaki demi aiskrim.

Saya seorang yang berdikari seawal umur tadika, berjalan kaki seorang diri selama 20 minit dari rumah ke McDonalds semata-mata untuk membeli aiskrim vanilla. Anak-anak korang mampu ke berjalan jauh semata-mata nak makan aiskrim? Ye lah waktu tu Malaysia ni aman lagi, budak kecik boleh merayau seorang diri tanpa penjaga. Sekarang ni kalau anak kita buat macam tu, meracau la mak bapak. 
Umur 6 tahun saya dah pandai menggoreng daging burger di dapur seawal pukul 6 pagi untuk dijadikan snek menonton pita video Mickey Mouse (dulu tak ada CD). Saya boleh membakar roti sendiri, menyapu susu pekat, menabur serbuk Milo, membuat sandwich Milo 5 tingkat. Budak sekarang ni, nak masak telur goreng pun tak tahu. 
Eh, kenapa pulak aku ni membebel tentang ni?
Sebenarnya nak mengisahkan yang saya dari kecil dah tentulah tak bersaiz model. Tabiat pemakanan yang buruk telah diterapkan sejak kecil lagi. Saya bukannya nak menyalahkan parents saya. Yang sudah berlaku tu jadikan lah pengajaran. Tapi kita yang dah tahu ni, kena la cegah sebelum terlambat. Ini ha, saya nak berceloteh tentang obesiti di kalangan kanak-kanak yang membawa kepada umur dewasa.

Ibu-bapa punca anak gemuk?

Subhanallah... Sabar je la.
Kanak-kanak montel mungkin nampak comel di mata sesetengah ibu bapa, tapi tahukah korang, kemontelan tu boleh berterusan sampai dewasa? Kita kadang-kadang cepat rasa kesian kalau anak nak makan junkfood atau fastfood; atau makan lebih daripada sepatutnya. Sampai 3 pinggan tambah. Alasannya, kesian... Alah, budak nak membesar. 
Sebagai orang dewasa, kita mampu mengawal tabiat pemakanan anak-anak agar tidak berkembang menjadi tabiat yang tidak sihat. Di sini, ingin diingatkan, saya tidak mengatakan kita kena buat anak berlapar. Saya cuba menyampaikan, kita sebagai orang dewasa sepatutnya arif dengan sukatan makanan yang cukup untuk anak kita. Janganlah sampai anak kita jadi obese. Tambahan lagi sekarang ni, penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dah tak kenal usia. Kanak-kanak pun boleh kena!
Saya masih ingat semasa saya berumur 7 tahun, ayah selalu membawa pulang ke rumah ayam panggang 2 ekor. Isi rumah kami 4 orang saja, tetapi kenapa sampai 2 ekor ayam? Alasannya, kesian nanti saya tak cukup makan. Memang, saya mengaku, walaupun masih dalam darjah 1, saya boleh menghabiskan seekor ayam seorang diri. Tetapi, bila difikir semula, tidakkah sekeping dua paha ayam sudah mencukupi untuk nutrisi seorang kanak-kanak berumur 7 tahun? Saya pasti di luar sana ramai lagi ibu-bapa yang suka tengok anak-anak makan banyak. Alahai... comelnya keletah anak aku sorang ni, makan lahap! Ala tomey, tomey...
Eh, kejap-kejap. Korang ni menternak gergasi ke?
Malaysia paling gemuk! Yippeee~! At least kita menang sesuatu lah kan?


Membentuk generasi gemuk dan berpenyakit.

Maka tak la laser sangat mulut saya ni kalau saya kata masyarakat kita sekarang sedang membentuk generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang. 
"Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 ke atas 21,000 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun menunjukkan 5.4 peratus alami masalah berlebihan berat badan."  
Kalau anak kesayangan korang termasuk dalam golongan montel, sila berasa takut ye sebab kajian terbaru oleh penyelidik Kanada mendapati:
"salur darah kanak-kanak obes lebih cepat mengalami penuaan berbanding kanak-kanak dengan berat badan normal." 
Seram tak? Kajian ni melibatkan 63 kanak-kanak obes dan 55 kanak-kanak normal dengan purata umur 13 tahun. Kajian ni dilakukan ke atas jantung dan salur darah mereka, dan bertujuan untuk mengukur kelajuan aliran darah dalam badan diorang.
Keputusannya? Kanak-kanak obes menunjukkan keputusan tak normal semasa ujian ini. 
So, kalau anak-anak korang gemuk atau obes, maknanya keputusan ujian mereka pun akan tidak normal.
Takut kan?
Maka mak ayah tolong bertindak agar anak anda tidak tergolong dalam kumpulan kanak-kanak obesiti. Mula-mula kena tengok diri sendiri, macam mana taibat pemakanan kita? Kalau buruk lantak, makan tak secara berhemah (maksudnya makanan tak seimbang, junkfood, banyak lemak), sudah tentu anak kita akan ikut cara yang sama. Bak kata orang tua, bagaimana acuan, begitulah kuihnya ye tak?
Hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram)
Bagi saya, langkah pertama yang kita, sebagai parents boleh buat ialah memastikan anak tidak memakan terlalu banyak jajan, atau cekedis, atau cekelat. Sebab apa? Bukan sahaja tak mengandungi zat-zat penting, malah tinggi pula lemak berbahaya, bahan pengawet dan pewarna yang tak sihat.
Tapi kanak-kanak, memang kebiasaannya suka makan snek. Macam mana nak buat ni?
Cadangan saya, korang boleh beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Meal Shakes Shaklee ialah supplemen yang sedap. Rasanya enak, dengan perisa "French Vanilla", mak bapak pun boleh teruja nak minum sama!
Meal Shakes Shaklee ialah alternatif bagi minuman milkshakes seperti di restoran-restoran barat. Yang baiknya, Meal Shakes Shaklee ni rendah lemak dan rendah glisemik. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang nutrisi atau yang sedang mengawal berat badan. Apa yang anda perlu tahu sekali imbas tentang Meal Shakes Shaklee ialah:

  1. Ia memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Ia merupakan sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  3. Kaya dengan sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yang rendah.
Macam mana nak sediakan? Mudah! Bancuh air sahaja. Yang seronoknya, Meal Shakes Shaklee ni versatile. Kalau nak ada kelainan, boleh tambah buah-buahan atau rencah-rencah yang sihat. Harganya tak mahal. Baju dan mainan anak-anak kita kadang-kadang lebih mahal.
  • Harganya hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram).
Kalau anda berminat nak beli, atau ingin bertanya berkenaan Mealshakes ni, sila telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067