Tahap kolestrol yang tinggi selalu saja dikaitkan dengan jantung serangan jantung. Kita selalu dinasihatkan agar memilih makanan yang rendah lemak bagi memastikan tahap kolestrol dalam badan tidak melonjak naik. Maka, semakin ramai yang kawal apa yang masuk ke dalam pinggan mereka untuk mengelakkan maut akibat kegagalan jantung.
Tapi, tahukan anda bagaimana kolestrol boleh mengakibatkan serangan jantung?
Secara umumnya, kolestrol bukanlah semata-mata berbahaya kepada kita. Ia membantu badan anda membina sel-sel baru, melindungi saraf, dan penghasilan hormon. Selalunya, hati kita membina kolesterol iaitu hanya pada jumlah yang diperlukan oleh badan. Akan tetapi kolesterol juga memasuki badan anda daripada makanan, kebiasaannya makanan yang berasaskan haiwan seperti: susu, telur, dan daging.
Jika terlalu banyak kolesterol dalam badan, risiko untuk anda menerima serangan jantung adalah sangat tinggi. Apabila kolesterol terlalu banyak dalam darah anda, ia terkumpul di dinding arteri, menyebabkan proses yang dipanggil aterosklerosis. Arteri menjadi sempit dan aliran darah ke otot jantung diperlahankan atau disekat. Jika darah yang teroksigen tidak dapat sampai ke jantung anda, anda akan mula mengalami sakit dada. Jika bekalan darah ke sebahagian jantung sepenuhnya terputus oleh tersumbat, maka anda akan mengalami serangan jantung.
Kolestrol boleh menyebabkan arteri tersumbat. |
Anak panah menunjukkan salur darah tersumbat. Kawasan yang biru sudah putus bekalan darah. |
Akan tetapi bukan semua kolestrol di dalam badan kita ni jahat.Terdapat dua jenis kolesterol iaitu: Low Density Lipoprotein (LDL, atau kolestrol "jahat") dan High Density Liprotein ini ( HDL atau kolesterol "baik").
LDL adalah sumber utama pembinaan plak si dalam arteri dan menyebabkannya tersumbat. HDL pula berfungsi untuk membersihkan kolesterol dalam darah.
Oleh yang demikian, pengambilan makanan yang menggalakkan paras koelstrol HDL yang sihat dapat membantu pengurangan kolestrol LDL pada tahap yang drastik.