Tuesday 31 March 2015

PENTING! 16 Tanda-tanda awal serangan jantung yang anda perlu tahu.

Pada masa kini, penyakit jantung semakin menular di kalangan kita. Bukan saja orang berumur yang berisiko untuk mendapat serangan, tetapi golongan muda juga tidak terkecuali. Cara pemakanan yang tinggi lemak dan kolestrol, gaya hidup yang tidak aktif dan kurang bersukan menjadi penyumbang kepada penyakit jantung di kalangan penduduk dunia, Malah, penyakit jantung telah dianggap sebagai pembunuh nombor satu, bukan saja di peringkat Malaysia, tetapi di peringkat dunia!

Serangan jantung berlaku dengan pantas dan risiko maut adalah tinggi. Pengetahuan mengenai tanda-tanda awal untuk terkena serangan jantung dapat membantu anda untuk menyelamatkan diri atau orang lain.

16 tanda-tanda awal sebelum anda terkena serangan jantung ialah:

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.Waktu ini, anda mengalami pertuturan yang tak jelas.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (pada ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit bahagian dada, rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, leher, belakang, abdomen dan rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


Setiap individu mempunyai simptom yang berbeza, ada yang rasa sakit di dada dan ada yang rasa sakit di tempat lain. Walau apa pun, dinasihatkan agar anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kardiovaskular. Cegah serangan jantung dengan menjalani kehidupan yang lebih aktif, serta mengamalkan diet yang lebih sihat.

0 comments:

Post a Comment