Tuesday 31 March 2015

Bagaimana masyarakat Eskimo pastikan paras kolestrol mereka rendah?

Sekumpulan masyarakat eskimo di Greenland telah menjadi testimoni bergerak apabila kandungan kolestrol dalam darah mereka adalah rendah dan mereka jarang diserang penyakit jantung walaupun mereka makan makanan yang tinggi lemak. Pemerhatian lanjut mendapati bahawa lemak dan minyak tersebut adalah daripada ikan.
Ini menunjukkan bahawa minyak ikan mampu membantu mengawal kolestrol tidak sihat dan menghalang berlakunya penyakit jantung koronari.

 Minyak ikan tidak sama dengan minyak atau lemak daripada haiwan lain. Minyak ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang biasanya terdapat dalam fitoplankton di dalam air. Ikan makan fitoplankton dan kebaikan Omega-3 tersimpat di dalam lemak mereka.

Bukan semua ikan mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi. Biasanya ikan yang mempunyai lemak yang banyak adalah tinggi kandungan Omega-3, dan ikan-ikan ini biasanya terdapat pada kawasan yang sejuk seperti laut dalam atau negara berhawa sejuk.

Omega-3 merupakan asid lemak penting yang dapat membantu mencegah penyakit berkenaan saluran darah dan strok. DHA dan EPA di dalam Omega-3 dapat menentang thrombosis, menurunkan tekanan darah, menurunkan kepekatan darah, serta melancarkan saluran darah. Oleh sebab itu, ia efektif dalam membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala.
Omega-3 juga dapat membantu mengurangkan kolestrol, mengawal masalah obesiti atau mengurangkan risiko penyakit jantung.


Pada zaman serba sibuk ini, untuk memastikan hidangan ikan yang cukup setiap hari adalah sangat mustahil. Oleh itu, terdapat banyak pilihan supplemen kesihatan untuk membekalkan khasiat minyak ikan kepada anda. Pastikan anda memilih supplemen yang benar-benar unggul, yang menggunakan minyak ikan dan BUKAN lemak ikan. Ini kerana kualiti nutrisi lemak ikan adalah rendah berbanding minyak ikan.

0 comments:

Post a Comment