Saya lahir pada 20 Julai 1982. Waktu persekolahan, makanan di kantin murah - 50 sen boleh dapat nasi lemak dan air oren bancuh. Kawan-kawan selalu perabiskan duit main tikam-tikam untuk dapat hadiah. Tapi saya lebih suka kumpul duit beli Ding Dang. Dalam kotak tu ada hadiah mainan.
![]() |
Siapa masih ingat cerita Oshin yang ada beratus-ratus episod ni? |
Saya dibesarkan dengan intisari rancangan pada pukul 4 petang sebelum bermula apa-apa pun siaran TV. Saya dihiburkan dengan rancangan kartun Masked Rider, Jet-man, Transformers, Thundercats, Ultraman, Chipmunks and Mickey Mouse, Ninja Turtles, PowerRangers,Tomatoman dan Voltron. Saya juga selalu berebut TV dengan pembantu rumah, Cik Yang kerana dia nak tengok cerita telenovela Jepun, Oshin dan Akantare yang saban petang akan muncul di kaca TV.
Walaupun saya selalu mengeluh Cik Yang selalu menang semasa pergelutan berebut TV, saya tetap terpesona dengan budaya masyarakat Jepun. Salah satu rencah dalam kebudayaan mereka ialah majlis meminum teh. Saya selalu membayangkan apa agaknya rasa teh hijau yang diorang selalu hirup. Nampak nikmat sangat lah.
![]() |
Model dan pelakon Jepun, Takuya Kimura. Dulu saya memang jeles dengan mamat ni. Rambut lebat, badan kurus. Jeles, jeles... |
Fenomena budaya teh hijau melanda lagi apabila saya dah dewasa. Wanita dan jejaka Jepun selalu ditonjolkan sebagai cantik, hensem dan badan mereka memang meletop. Selalu minum teh hijau gamaknya. Ingat lagi tak Ayumi Hamasaki, Utada Hikaru, Takeshi Kaneshiro? Salah sorang artis Jepun yang buat saya cemburu dengan penampilannya ialah Takuya Kimura. Rambut Takuya lebat dan boleh dibuat macam-macam gaya. Badannya pun kemas kalau memakai tak kira apa fesyen pakaian. Pendek kata, waktu tu saya nak jadi macam dia. Walaupun muka kau terang-terangan Jawa. Rambut saya waktu tu? Kejung. Jarang-jarang.
Kalau kita kat Malaysia ni, suka sangat mengeteh minuman manis - bergelas gelas teh tarik, milo, kopi susu, tapi orang Jepun ada pilihan teh hijau. Teh hijau yang mereka selalu minum tak kira lah dalam majlis atau sewaktu bersantai sebenarnya kaya dengan antioksida dan bagus untuk kesihatan badan dan kecantikan wajah. Kolestrol kurang, kulit jadi cantik, risiko kanser dapat dielakkan.
Untuk kebaikan menurunkan berat badan, teh hijau matcha dapat membantu korang kerana:
- Membantu menyingkirkan lemak - teh hijau kaya dengan antioksida polyphenol yang meningkatkan kadar penyingkiran lemak dalam badan. Ia juga mempercepatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
- Meningkatkan tenaga - Menurut Kevin Zahri, teh hijau sesuai diminum sebelum bersenam. Ini kerana teh hijau dapat meningkatkan tenaga dan korang akan bersenam dengan lebih lama.
- Kolestrol - teh hijau juga dapat merendahkan paras kolestrol jahat di dalam darah. Ini bermakna ia sesuai dijadikan rutin oleh mereka yang tinggi paras kolestrol di dalam darah.
- Meningkatkan metabolisma - dengan kadar metabolisma yang tinggi, badan akan dapat membakar lemak dengan lebih pantas. Dengan meminum dengan kerap, korang akan kekal terhidrat. Ia merupakan cara untuk mengekalkan kadar metabolik yang sihat.
Berapa harganya sekotak? Tak mahal. Kos anda nak beli baju baru (sebab baju lama tak muat) lagi tinggi.
0 comments:
Post a Comment