Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Saturday 4 April 2015

WAJIB TAHU! Bagaimana kolestrol menyebabkan serangan jantung?

Tahap kolestrol yang tinggi selalu saja dikaitkan dengan jantung serangan jantung. Kita selalu dinasihatkan agar memilih makanan yang rendah lemak bagi memastikan tahap kolestrol dalam badan tidak melonjak naik. Maka, semakin ramai yang kawal apa yang masuk ke dalam pinggan mereka untuk mengelakkan maut akibat kegagalan jantung.

Tapi, tahukan anda bagaimana kolestrol boleh mengakibatkan serangan jantung?

Secara umumnya, kolestrol bukanlah semata-mata berbahaya kepada kita. Ia membantu badan anda membina sel-sel baru, melindungi saraf, dan penghasilan hormon. Selalunya, hati kita membina kolesterol iaitu hanya pada jumlah yang diperlukan oleh badan. Akan tetapi kolesterol juga memasuki badan anda daripada makanan, kebiasaannya makanan yang berasaskan haiwan seperti: susu, telur, dan daging.
 
Jika terlalu banyak kolesterol dalam badan, risiko untuk anda menerima serangan jantung adalah sangat tinggi. Apabila kolesterol terlalu banyak dalam darah anda, ia terkumpul di dinding arteri, menyebabkan proses yang dipanggil aterosklerosis. Arteri menjadi sempit dan aliran darah ke otot jantung diperlahankan atau disekat. Jika darah yang teroksigen tidak dapat sampai ke jantung anda, anda akan mula mengalami sakit dada. Jika bekalan darah ke sebahagian jantung sepenuhnya terputus oleh tersumbat, maka anda akan mengalami serangan jantung.

Kolestrol boleh menyebabkan arteri tersumbat.

Anak panah menunjukkan salur darah tersumbat.
Kawasan yang biru sudah putus bekalan darah.
Akan tetapi bukan semua kolestrol di dalam badan kita ni jahat.Terdapat dua jenis kolesterol iaitu: Low Density Lipoprotein (LDL, atau kolestrol "jahat") dan High Density Liprotein ini ( HDL atau kolesterol "baik").
 
LDL adalah sumber utama pembinaan plak si dalam arteri dan menyebabkannya tersumbat. HDL pula berfungsi untuk membersihkan kolesterol dalam darah.
 
Oleh yang demikian, pengambilan makanan yang menggalakkan paras koelstrol HDL yang sihat dapat membantu pengurangan kolestrol LDL pada tahap yang drastik.

Wednesday 1 April 2015

TINGGINYA KOLESTROL! 5 makanan untuk turunkan bacaan anda.

Tahukah anda? 

Pemilihan makanan harian memainkan peranan penting dalam menurunkan kolesterol anda.

Berikut adalah lima makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah dan melindungi jantung anda.



  1. Ikan dan asid lemak Omega-3.

    Menambah ikan ke dalam diet anda juga dapat membantu jantung anda menjadi lebih sihat. Ikan mengandungi asid lemak Omega-3 yang baik untuk menurunkan tekanan darah dan pembekuan darah yang mungkin akan menyebabkan saluran darah tersumbat.
    Akan tetapi, bukan sebarangan ikan mengandungi jumlah asid lemak Omega-3 yang tinggi. Pilih ikan yang tinggi lemak dan hidup di kawasan sejuk atau air dalam seperti tuna, kembung, salmon dan sardin.

  2. Oatmeal, oat-bran dan makanan tinggi serat.

    Oat mengandungi serat larut yang dapat mengurangkan kolestrol jahat (LDL) di dalam badan anda.Serat larut boleh kurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah anda. 10 gram atau lebih serat larut setiap hari mengurangkan paras dan kolesterol LDL dalam darah.

  3. Makanan yang ditambah sterol atau stanol tumbuhan.

    Sekarang, terdapat banyak makanan atau minuman yang diperkayakan dengan sterol atau stanols tumbuhan,yang membantu menghalang penyerapan kolesterol, seterusnya mengurangkan kolesterol LDL sebanyak lebih daripada 10 peratus. Jumlah sterol tumbuhan harian diperlukan untuk keputusan adalah sekurang-kurangnya 2 gram.

  4. Badam, walnut dan kekacang lain.

    Walnut , badam dan kekacang lain boleh mengurangkan kolesterol darah . Ia kaya dengan asid lemak tak tepu , dan membantu menjaga saluran darah yang sihat. Cuma pastikan ia tidak masin atau disalut gula.

  5. Minyak zaitun.

    Minyak zaitun bersifat antioksida. Ia membantu mengurangkan kolestrol "jahat" LDL tanpa mengganggu kolestrol yang "baik" HDL.
    Keberkesanan minyak zaitun adalah lebih tinggi jika anda memilih minyak zaitun "extra virgin". Ia kurang terproses dan mengandungi lebih antioksidan yang baik untuk jantung.
Walaupun makanan yang disebut di atas dapat membantu anda menurunkan paras kolestrol, kunci sebenar untuk menanganinya ialah dengan menjaga pemakanan anda. Kurangkan makanan yang mengandungi kolestrol (bergoreng, berkeju, dan lain-lain) untuk memastikan paras kolestrol anda pada tahap yang sihat.