Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Saturday 27 December 2014

Segar dengan buah-buahan: 4 kebaikan "Infused Water"

Setiap hari kita kena minum lebih kurang 2-3 liter air. Tapi, terus terang cakap, saya pun susah nak minum sampai 3 liter air kosong setiap hari. Oleh sebab dah terbiasa minum air manis saja, minum air kosong rasa macam tak sedap.
Nasib baik sekarang ni dah jumpa cara untuk buat rutin minum air kosong lebih mengujakan. Saya sudah mulakan minum infused water.


Apa sebenarnya infused water? 
Pemahaman saya, infused water ialah air kosong yang ada potongan buah-buahan atau daun herba yang dibiarkan terendam beberapa jam sebelum diminum. Tiada gula yang ditambahkan ke dalam air ni. Tapi kalau terasa nak sedikit manis, anda boleh tambahkan sedikit madu. Ada yang menggunakan ais dan membiarkannya cair perlahan lahan bersama potongan buah-buahan.



Ada beberapa kebaikan infused water kepada kesihatan kita. 3 kebaikannya ialah:

1. Memastikan kekal terhidrasi.
Dengan menjadikan air kosong lebih menyelerakan untuk diminum, sudah tentu kita akan lebih berdisiplin untuk memastikan 3 liter air diminum setiap hari. Badan yang cukup kandungan air akan berfungsi dengan lebih efektif. Segala nutrien dapat diagihkan dengan berkesan ke seluruh badan dan segala toksin dapat dibuang keluar dengan lebih pantas.
2. Membantu menaikkan metabolisma.
Badan kita memerlukan air yang cukup untuk memproses kalori. Semakin tinggi kalori dibakar, semakin mudah kita nak turunkan saiz dan berat badan. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun dan kalori akan dibakar sedikit sahaja. Oleh itu, pastikan badan sentiasa terhidrat untuk memastikan metabolisma badan pada kadar yang tinggi.

3. Detox badan. 
Badan kita menyahtoksin melalui air kencing, tahi dan melalui kulit. Air yang cukup akan memastikan proses perjalanan toksin ke luar badan menjadi lancar. Mereka yang tak cukup air selalu mengalami masalah sembelit atau kulit yang tidak sihat. Sembelit menghalang toksin dsingkirkan melalui najis dan membiarkan toksin berada dalam badan untuk tempoh yang panjang. Toksin yang perlu disingkar melalui kulit pula akan tersekat tanpa air dan cukup. ini menyebabkan kulit menjadi tak sihat.

4. Kebaikan nutrisi.
Setiap buah-buahan ada khasiatnya tersendiri. Ini kerana ia penuh dengan vitamin yang baik untuk tubuh anda. Selain itu, buah-buahan juga ada serat yang baik untuk sistem penghadaman ada.

Ada banyak cadangan resepi untuk infused water. Kegemaran saya ialah:
  • lemon, strawberry dan pudina.
  • tembikai, oren dan pudina.
  • timun, anggur dan strawberry.

Saya cabar anda untuk cuba buat infused water sendiri hari ini. Amat mudah!


Tuesday 23 December 2014

Suka minum kopi dan teh? Awasi kesan sampingan akibat terlalu banyak kafein dalam badan.

Siapa yang tak pernah minum kopi atau teh? Cuba tanya pengusaha kedai kopi, sehari berapa ribu cawan kopi dan teh yang terjual. Majoriti pelanggan akan memesan kopi atau teh berbanding minuman lain. Samada sejuk atau panas, ditambah susu atau tidak, kedua-dua minuman ini tetap ada kafein. Sejak dahulu lagi, kafein digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Kopi dan teh memang selalu jadi peneman para pelajar yang menyiapkan tugasan lewat malam, atau para jururawat yang kerja shift malam - pendek kata memang dah jadi sinonim kopi jadi penawar mengantuk.

Kafein yang terdapat dalam kopi, teh atau minuman bergas bertindak sebagai perangsang yang mampu mempercepatkan masa minda bertindak. Terdapat beberapa kajian yang mendapati kafein boleh memperbaiki fungsi kognitif dan menenangkan perasaan.
Akan tetapi, tetalu banyak kafein di dalam tubuh boleh meberi kesan yang buruk kepada kita. Sebab itulah wanita yang mengandung tidak digalakkan meminum minuman berkafein terlalu banyak.

Penyelidik daripada Denmark mendapati kafein yang berlebihan menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Kajian dilakukan ke atas wanita yang menjalani prosedur IVF (in virtro fertilisation, permanian beradas) dan mendapati peluang untuk hamil bagi wanita yang berlebihan kafein turun secara drastik sebanyak 50%.

Minum kopi atau teh terlalu banyak memberi kesan terhadap kesihatan kita. Mengambil kafein lebih daripada 300mg sehari akan membuatkan anda resah dan cepat panik. Ia boleh mebuatkan anda tidak cukup rehat, perasaan tidak selesa, resah dan cirit-birit.



Jadi, apa tindakan yang perlu kita ambil? Perlukah kita terus berhenti meminum kopi dan teh?

Jangan terburu-buru untuk berhenti minum kopi dan teh. Kalau anda berhenti mendadak, ketagihan kafein akan membuat anda sakit kepala, cepat marah, sakit-sakit sendi dan otot selama seminggu. Anda akan rasa malas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Apa yang perlu anda buat ialah mengurangkan pengambilan minuman berkafein secara berperingkat. Turunkan jumlah perlahan lahan sehingga anda kepada secawan sahaja sehari.

(Rujukan: Pakar nutrisi Shereen Lehman, About Health)

Monday 22 December 2014

Khas untuk si suami: kualiti air mani, masalah prostat dan mati pucuk.

Alahai cik abang, ada masalah dalam kelambu ke? Jangan risau, kerana ada 2 nutrien penting yang dapat membantu menyesaikan masalah seksual yang biasa dialami oleh kaum Adam pada zaman moden ni - kualiti air mani yang rendah yang menyebabkan kurang subur, masalah prostat dan yang paling hangat ialah masalah "senjata malu-malu dan layu".



Jawapannya ada pada 2 nutrien penting bagi perkembangan seks lelaki iaitu zink dan vitamin E.

Tahukah anda, prostat lelaki mengandungi 10 kali ganda paras zink berbanding organ lain? Zink memainkan peranan penting dalam orga seks lelaki.

Kekurangan zink di dalam diet lelaki akan mengakibatkan beberapa masalah reproduktif bagi lelaki, seperti:
  • organ seks lambat matang,
  • masalah mati pucuk,
  • perkembangan testikel terbantut,
  • kiraan sperma yang rendah,
  • kemerosotan prestasi di ranjang, dan
  • penuaan pramatang.

Oleh yang demikian, zink ialah nutrien yang diperlukan oleh badan daripada remaja hinggalah ke usia tua.

Zink dapat mengurangkan risiko masalah prostat yang sering dialami oleh lelaki berusia 35 tahun ke atas. Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat kira-kira 70%.

Pengambilan zink yang konsisten untuk jangka masa yang lama mampu memperbaiki kemampuan seksual lelaki serta mengurangkan simptom mati pucuk. Ia juga boleh membantu penghasilan sperma dengan aktif. Oleh itu, kualiti air mani menjadi berkualiti dan lelaki menjadi lebih subur.
Dari aspek tenaga batin, zink selalu ditambah dalam “ubat seks” di pasaran. Ini kerana zink menjana keupayaan seks yang bertenaga bagi lelaki (dan juga wanita).

Selain daripada zink, pengambilan supplemen vitamin E juga dapat mempertingkat kemampuan reproduktif lelaki. Kajian pada 1924 menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E sebanyak 600 IU - 800 IU setiap hari akan meningkatkan kiraan sperma lelaki.

Satu kajian yang melibatkan 690 lelaki yang kurang subur telah dijalnkan bagi melihat kesan pengambilan vitamin E terhadap tahap kesuburan mereka. 52% daripada mereka mempunyai mutu sperma yang lebih baik dan 11% daripada mereka telah berjaya menjadikan pasangan mereka hamil. Tidak hairanlah, vitamin E selalu dikaitkan dengan pemulihan tahap kesuburan lelaki.

Seperti zink, vitamin E juga mampu menghangatkan "kisah bilik tidur" lelaki kerana ia mampu membangkitkan keinginan seks sejajar dengan peningkatan tenaga.

Kesimpulannya, bagi menjaga kesihatan kelakian, para suami perlu memastikan diet mereka cukup kandungan zink dan vitamin E.


Paling mudah ialah mengambil supplemen berkualiti dalam bentuk tablet atau kapsul. Dengan kemudahan ini, kita akan jadi lebih berdisiplin untuk makan dos yang lengkap untuk sehari.
Cubalah supplemen berikut :
Saya mencadangkan agar para suami seluruh Malaysia mengambil kedua-dua supplemen ini bagi memastikan kesihatan seksual mereka di tahap yang optimum

Berita gembira untuk wanita: Jom kurangkan risiko barah payudara.

Barah payudara memang sesuatu yang menakutkan dan menyerang wanita tanpa mereka sedar. Selain kerap melakukan ujian sendiri payudara, seorang wanita harus memastikan badan mereka terlindung daripada radikal bebas. Radikal bebas ialah bahan yang menggalakkan penghasilan sel-sel kanser di dalam badan. Ia boleh dikawal dengan memakan sumber makanan yang mempunyai kelebihan antioksida.

Salah satu cara untuk melindungi wanita daripada  barah payudara ialah dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin E setiap hari. Ini kerana vitamin E ialah antioksida yang kuat dan mampu melemahkan aktiviti radikal bebas di dalam badan. Disebabkan ini, vitamin E mampu mengurangkan risiko barah payudara (serta beberapa barah yang lain) dan memperkasakan sistem imun badan untuk menurunkan risiko kanser. Selain itu, vitamin E juga mampu menghalang atau  memperlahankan pertumbuhan tumor dan mengurangkan simptom katarak.

Kaum hawa digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E setiap hari bagi mencegah barah payudara.
Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari membekalkan antioksida yang kuat kepada badan kita untuk melawan kanser. Untuk mendapatkan 400 IU vitamin E, seseorang perlu makan makanan berikut untuk melawan radikal bebas: 
  • 1 kg gandum
  • 500 ml minyak safflower
  • 8 kg bayam
  • 500 g badam -
setiap hari!

Cara paling mudah untuk memastikan agar kita dapat dos vitamin E yang cukup ialah dengan mengambil supplemen kapsul. Pilihan saya ialah Vita-E Complex keluaran Shaklee.

Setiap kapsul supplemen vitamin E Shaklee ada d-alpha tocopheryl yang aktif, ia digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (aplha, beta, gamma dan delta) beserta dengan 10mg selenium. Selenium amat penting untuk membantu tubuh kita menyerap vitamin E. Tanpa selenium, supplemen vitamin E tak akan berkesan dengan efektif.


Satu peringatan bagi yang ingin menjalani pembedahan. Anda dicadangkan untuk berhenti seketika daripada makan supplemen vitamin E seminggu atau dua minggu sebelum pembedahan. Ini kerana vitamin E mempunyai khasiat mencairkan darah. Jika terdapat terlalu banyak vitamin E sewaktu pembedahan, anda mungkin akan mengalami pendarahan yang berterusan.
Vitamin E boleh diambil semula seminggu selepas pembedahan.

Sunday 21 December 2014

8 tabiat buruk yang mesti buang jauh-jauh jika anda ingin hamil

Gaya hidup boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang. Ada beberapa tabiat buruk yang perlu dihindari jika anda ingin subur dan hamil.
8 tabiat buruk tersebut ialah:

1. Tak cukup tidur akibat berjaga malam.
Kajian telah menunjukkan kekurangan tidur boleh menyebabkan haid tidak teratur. Haid yang tidak teratur pula salah satu simptom kurang subur. Terdapat beberapa kajian di negara-negara barat yang mendapati peningkatan keguguran di kalangan wanita yang bekerja shift malam dalam satu jangka yang panjang tanpa rehat yang mencukupi.
Kurang tidur juga menyumbang kepada masalah berat badan yang berlebihan. Hanya sedikit gemuk sahaja sudah boleh menggangu kesuburan wanita. Lelaki yang terlalu gemuk pula menghadapi masalah masalah penghasilan sperma yang tidak sihat.

2. Minum terlalu banyak minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman bergas.
Secawan dua, tak mengapa lah. Tapi kalau terlalu banyak kafein, memang tahap kesuburan anda boleh jadi kacau bilau. Kajian menunjukkan pengambilan melebihi 300mg kafein dalam sehari boleh menurunkan tahap kesuburan wanita dan menyebabkan keguguran bagi yang hamil.


3. Bersenam terlalu sedikit atau terlalu banyak.
Semua orang tahu bersenam baik untuk hati, paru-paru dan sistem imun. Ia juga membantu kita mengawal berat badan. Jika badan sihat, sistem reproduktif pun akan sihat.
Akan tetapi, kalau terlalu banyak bersenam pun tak elok untuk kesuburan seseorang wanita. Gaya hidup yang terlalu aktif tanpa rehat yang cukup akan mengganggu keseimbangan hormon badan. Disebabkan ini, ramai atlet-atlet wanita yang mengalami masalah sukar untuk mendapat zuriat ketika musim pertandingan.
Bagi mereka yang ingin hamil, bersenam selama 20 minit setiap hari sudah memadai.

4. Terlalu banyak makan, dan sukakan makanan ringan.
Lebih berat badan atau obesiti menurunkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. Tambahan lagi, terlalu banyak makan makanan ringan akan menyebabkan paras gula dalam darah naik. Terdapat kaitan di antara paras insulin dalam badan dan kesuburan. Memakan banyak snek mungkin akan mengganggu peluang untuk hamil.


5. Suka bertangguh.
Semakin lama anda bertangguh untuk dapatkan anak, semakin sukar peluang untuk hamil. Tahap kesuburan wanita mula menurun bermula umur 27 dan bagi lelaki, tahap kesuburan mula goyah bila mencecah 40 tahun.

6. Terlalu banyak minuman beralkohol.
Satu kajian di barat mendapati lelaki alkoholik mempunyai kualiti air mani yang sangat rendah, manakala wanita alkoholik pula mengambil masa yang panjang untuk hamil. Paras alkohol yang tinggi di dalam darah menggangu kesihatan sel-sel badan seterusnya mengganggu penghasilan sel sperma dan ovum yang sihat.


7. Merokok
Tabiat merokok mengganggu kesuburan kedua-dua lelaki dan wanita.
Wanita perokok biasanya mengalami masalah pada tiub falopio. Risiko untuk "kelahiran ektopik" adalah tinggi. Merokok juga meningkatkan risiko kanser serviks dan kerosakan ovum.
Bagi lelaki, merokok, merosakkan kualiti air mani. Sperma yang dihasilkan adalah kurang, cacat atau lemah dan ini sudah tentu menurunkan peluang untuk isteri hamil.

8. Seks bebas.
Seks bebas meningkatkan risiko penyakit kelamin, yang merupakan punca utama seseorang itu tidak subur. Chlamydia dan Gonorrhea menyebabkan tiub fallopio tersumbat. Syphilis dan herpes pula boleh menyebabkan keguguran.








Saturday 20 December 2014

4 manfaat vitamin E yang buat cik abang kuat macam Superman

Bagi lelaki, amat memalukan kalau mereka mengalami apa saja masalah seks tak kiralah masalah tiada tenaga, nafsu seks rendah atau tidak subur. 
Isu seperti ini boleh menyebabkan ego lelaki, terutamanya suami, tercalar.

Lelaki mana yang tak kecewa kalau ada masalah terhadap tahap kesuburan lebih-lebih lagi jika dah bertahun menyimpan cita-cita hendak cahaya mata.


Jika anda ada masalah ini, dicadangkan agar segera berjumpa doktor atau lakukan pemeriksaan air mani. Anda juga boleh tukar cara makan anda, ubah dengan menambah banyak vitamin E dalam diet anda.

4 kebaikan vitamin E untuk kehidupan seksual lelaki ialah:

1. 
Mempertingkatkan kemampuan reproduktif lelaki:
Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E boleh memulihkan kemampuan reproduktif lelaki. Mereka yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari akan meningkatkan kiraan sperma mereka. Selain itu, pergerakan sperma juga menjadi semakin cergas.

2.
Keghairahan seksual:
Vitamin E membantu membekalkan oksigen yang lebih di dalam darah. Oleh itu, tenaga ditingkatkan sejajar dengan peningkatan kehendak seksual.

3.
Perlindungan daripada kanser prostat:
Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Tetapi bukan sebarangan supplemen vitamin E, ya! Pastikan anda ambil supplemen vitamin E yang mengandungi selenium
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Vita-E Complex Shaklee ialah supplemen vitamin E yang lengkap dengan 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dengan berkesan.

4.
Melindungi jantung:
Jantung yang lemah, menurunkan prestasi seksual lelaki. Mana taknya, sekejap saja dah semput!
Pengambilan 800IU vitamin E stiap hari dapat membantu sang arjuna untuk mendapat jantung yang sihat, melindungi sel darah merah, menghalang platlet darah daripada menyumbat arteri, menghalang penyakit jantung dan lain lain penyakit berkaitan.

Pengambilan makanan harian yang kaya dengan sumber vitamin E boleh meningkatkan kualiti aktiviti reproduktif dan seksual lelaki.  Pastikan anda makan lebih banyak badam, kuaci, lobak, tomato, bayam dan sayur sayuran yang kaya dengan vitamin E. 

Akan tetapi, untuk mendapatkan jumlah vitamin E harian yang lengkap bukannya mudah. Anda perlu makan 8kg bayam atau 500g badam setiap hari untuk dapat jumlah vitamin E yang cukup!

Jangan susahkan diri sendiri. Jika anda inginkan cara yang mudah, ambil saja supplemen vitamin E daripada Shaklee.

Lelaki juga mandul! 5 PUNCA mengapa lelaki kurang subur.

Selalunya, apabila pasangan suami isteri belum dapat zuriat, yang akan risau mencari penyelesaian selalunya pihak isteri. Ketidak suburan selalu saja dikaitkan dengan kaum hawa. Tahukan anda, lelaki juga menghadapi masalah kesuburan dan menyumbang kepada kegagalan sesebuah rumah tangga untuk mendapatkan anak disebabkan oleh faktor kurang subur.

Masalah kurang subur bukan benda yang pelik, malah pasangan muda yang baru berkahwin juga mengalami masalah yang sama.
Terdapat 5 punca mengapa lelaki kurang subur:

1. Bilangan sperma tidak mencukupi.
Semakin tinggi bilangan sperma yang dibebaskan semasa bersama isteri, semakin tinggi peluang persenyawaan diantara sperma dan ovum. Bilangan sperma suami yang kurang merendahkan isteri untuk hamil.



2. Struktur sperma tidak sihat.
Rupa bentuk sperma yang cacat atau tidak normal juga menyukarkan persenyawaan di antara ovum berlaku. Sperma yang abnormal mempunyai masalah untuk berenang dengan pantas, tidak berenang lurus, atau sukar menembusi dinding ovum.


3. Jangkitan kuman dan bakteria.
Jangkitan kuman seperti gonoccal, chlamydia, gram negative enterococci ialah antara penyebab kemandulan. Jangkitan ini akan menyebabkan kesakitan semasa proses ejakulasi bersama isteri. Jangkitan juga boleh diperolehi melalui saluran persenyawaan isteri.

4. Faktor kongetinal.
Kecacatan juga boleh menyebabkan lelaki kurang subur. Penyakit kecacatan genetik seperti klinefelter dan crytochordism juga boleh mengganggu kesuburan lelaki.


5. Pengambilan dadah atau ubat-ubatan.
Jika si suami seorang penagih dadah, tahap kesuburan memang akan jatuh mendadak. Kanabis atau ganja sebagai contohnya didapati mampu menyebabkan kemandulan kepada seseorang lelaki. Pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit juga boleh menyebabkan lelaki kurang subur. Antibiotik Tetracycline akan menurunkan hormon testosteron sebanyak 20%. Nitrofurantoin pula akan menyekat dan membantutkan proses spermatogenesis (penghasilan sperma). Sulfasalazine pula akan mengurankan bilangan serta melambatkan pergerakan sperma semasa proses persenyawaan.
Lelaki Memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak. Namun kebanyakan daripada mereka dikategorikan sebagai kurang subuh dan bukannya kemandulan penuh. - See more at: http://info.sukacuka.com/2014/05/5-punca-kemandulan-lelaki/#sthash.wgYhM3uO.dpuf
Lelaki Memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak. Namun kebanyakan daripada mereka dikategorikan sebagai kurang subuh dan bukannya kemandulan penuh. - See more at: http://info.sukacuka.com/2014/05/5-punca-kemandulan-lelaki/#sthash.wgYhM3uO.dpuf
Lelaki Memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak. Namun kebanyakan daripada mereka dikategorikan sebagai kurang subuh dan bukannya kemandulan penuh. - See more at: http://info.sukacuka.com/2014/05/5-punca-kemandulan-lelaki/#sthash.wgYhM3uO.dpuf

Sunday 7 December 2014

Wahai Perokok, anda perlukan vitamin C yang lebih banyak daripada biasa.

Tabiat merokok memusnahkan vitamin dan zat mineral di dalam badan. Kekurangan vitamin dan mineral ini menjadikan perokok sangat mudah diserang penyakit.
Kalau anda seorang perokok, badan anda memang kekurangan vitamin C.
Tanda yang paling mudah dilihat ialah kulit seorang perokok kusam dan tiada seri. Tanda kedua yang mungkin ialah penurunan berat badan yang tidak sihat.

Hasil kajian University of Maryland Medical Center merumuskan bahawa perokok memerlukan vitamin C yang lebih banyak daripada orang biasa kerana semakin banyak rokok yang dihisap, semakin banyak vitamin C yang dimusnahkan oleh nikotin. 1 batang rokok sahaja dapat memusnahkan 25mg vitamin C yang sepatutnya diterima oleh badan kita.  (Keperluan minima harian vitamin C ialah sebanyak 500mg). Perokok biasanya akan hisap lebih daripada sebatang. Bayangkan berapa banyak vitamin C yang tak cukup akibat tabiat merokok?

Tahukah anda kekurangan vitamin C meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung, strok dan penyakit saluran darah? Patut la ramai perokok selalu kena serangan jantung, walaupun perokok tu tak gemuk.

Perokok tak akan dapat vitamin C yang cukup dengan hanya makan banyak buah-buahan. Mereka perlukan tambahan vitamin C melalui supplemen. Tambahan vitamin C diperlukan untuk untuk melawan kerosakan sel dan mencegah timbulnya pelbagai penyakit akibat merokok seperti serangan jantung, jangkitan paru-paru, kanser, strok dan lain-lain.

Bagaimana pula dengan perokok pasif? Kalau anda tak merokok tapi sedut asap hembusan perokok, anda pun berisiko menerima nasib yang sama seperti perokok. Anda juga memerlukan tambahan vitamin C seperti mereka.

Cadangan saya, berhentilah merokok. Kalau bukan untuk diri sendiri, buatlah untuk orang yang tersayang yang hidup bersama anda. Fikirkan kesihatan orang sekeliling anda.

Smoothie Pisang dan Mangga - kaya khasiat, rasa tropika.

Smoothie enak rasa tropika ni salah satu kegemaran saya. Setiap sajian smoothie ni kaya dengan kalsium, fiber, protein, vitamin C dan B untuk anda.

  • 1/2 manga yang ranum.
  • 1 biji pisang montel yang ranum.
  • 150 ml susu segar.
  • 120 ml jus oren.
  • 2 sudu kecil jus limau nipis.
  • 1 tablet SR Vita-C Plus.
  • 1 sudu besar gula.
  • daun selasih untuk hiasan (tak mahu pun tak apa.)



  1. Kupas kulit mangga dan pisang. Ambil isi sahaja.
  2. Kisar semua bahan.
  3. Hidangkan. Ah, senang saja!
Inginkan smoothie yang sejuk? Tambah je 1 cawan ais.

Saya tambah 1 tablet SR Vita-C Plus untuk meningkatkan khasiat vitamin C dalam smoothie. Susah sebenarnya nak dapatkan vitamin C yang cukup hanya daripada buah-buahan segar sebab vitamin C senang termusnah, bermula dari waktu buah dipetik.
Jika anda tak suka susu, anda boleh gantikan dengan susu soya.
Energising Soy Protein ialah protein soya enak berkhasiat yang kelihatan seperti susu tepung. Anda boleh gantikan susu dengannya, dengan menambahkan 150ml air mineral.

Bagi mereka yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, anda boleh gantikan susu dengan Cinch Shake perisa vanilla. Tambahkan 150ml air.

Friday 5 December 2014

Tak perlu nak suntik! Ini cara nak tingkatkan penghasilan kolagen semulajadi badan.

Selalu tak baca dan tonton kisah selebriti yang suntik kolagen untuk cantikkan kulit? Lepas tu kulit nampak tegang.
 
Sebenarnya, kalau tak nak suntik pun anda boleh tingkatkan paras kolagen dalam badan.

Badan kita menghasilkan kolagen sendiri sebagai sebatian asa untuk otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Akan tetapi, semakin meningkat usia, semakin kurang kolagen dihasilkan. Selain daripada mengambil supplemen kolagen, pengambilan vitamin C juga amat penting untuk menggalakkan sistesis kolagen semulajadi dalam badan kita.

Sebenarnya, Vitamin C ni ada 3 fungsi utama terhadap kulit:
  1. untuk penghasilan kolagen.
  2. perlindungan terhadap sinar UV (A atau B)
  3. melawan radikal bebas.
 Penting untuk penghasilan kolagen.
Vitamin C merangsang penghasilan kolagen. Ini kerana vitamin C menghasilkan enzim yang penting untuk menyokong kolagen dan elastin pada lapisan kulit. Ia jugak menghasilkan kolagen semulajadi yang stabil dan bertindak sebagai antioksida yang membantu melawan radikal bebas.

Perlindungan terhadap sinar UV.
Vitamin C yang disapu pada kulit boleh memberikan perlindungan terhadap sinar UV. Walaupun kesannya lemah, tapi kalau disapu hari-hari, ia boleh melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari. Vitamin C juga ada kesan menggelupas yang lembut, menjadikan kulit nampak bersih dan cerah. Perlukan 2 hingga 4 minggu kalau nak tengok keberkesanannya.Tapi kalau nak nampak kesan maksimum, konsisten selama 6 bulan.
(Jika anda inginkan supplemen vitamin C yang boleh dimakan dan digunakan sebagai masker, saya cadangkan Sustained release Vita-C Plus daripada Shaklee. Sebiji tablet bersamaan dengan vitamin C daripada 7.5 biji buah oren bersama dengan kulit-kulitnya sekali.)

Melawan radikal bebas.
Kulit yang diserang radikal bebas akan rosak, berkedut, kusam, dan banyak sel mati.
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan menjadi perlindungan untuk badan melawan radikal bebas. Tugas utamanya adalah untuk menangkap radikal bebas dan meneutralkannya sebelum radikal bebas tu rosakkan sel dalam tubuh kita.

Pendapat saya, kalau nak kulit cantik, kita perlu pastikan badan kita dapat nutrien yang cukup dan bebas toksin. Badan kalau sihat, kulit pun nampak sihat.

Jangan lupa untuk ambil dos vitamin C anda hari ni!

Kenapa saya sayang kucing saya - Haiwan Peliharaan Mampu Tingkatkan Kualiti Kesihatan

Zaman sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang ada haiwan peliharaan di rumah. Saya ada seekor kucing warna putih. Bulunya panjang dan sangat manja. Ke mana saja saya pergi, dia akan ikut. Nak mandi pun dia sibuk nak masuk ke dalam bilik mandi.

Tak kira lah kucing, anjing, ikan, arnab, ular -  memelihara haiwan kesayangan mampu jadikan kita lebih sihat. Bahkan hal ni dah diterima pakai dalam dunia kesihatan.

Fenomena "Pet Therapy" atau "Animal Assisted Therapy (AAT) bukan lagi sesuatu yang baru. Kajian saintis Barat mendapati para pesakit yang memiliki haiwan peliharaan lebih positif dan optimistik ketika berhadapan dengan stress (tekanan perasaan atau bebanan kerja) berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan

Ada beberapa hospital di New York telah menggunakan khidmat haiwan peliharaan untuk mengurangkan stress pesakit-pesakit mereka. Beberapa pesakit diberi peluang untuk berinteraksi dengan haiwan peliharaan kesukaan mereka sepanjang mereka duduk di hospital.

Pihak hospital mendapati para pesakit jantung yang beinteraksi dengan haiwan peliharaan lebih cepat sembuh, bersemangat dan ceria setelah keluar daripada hospital.


Kita mungkin tak sedar ada banyak faedah menjaga haiwan kesayangan terhadap kesihatan. Jom check it out! 

1. Menjadikan kita gembira dan tenang.
Selalunya berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood kita. Sebagai contoh, kucing saya selalu buat saya tersenyum dengan perangai dan aksinya yang comel dan lucu. Terlupa sekejap masalah yang ada.

2. Kurang sikit rasa sunyi.
Hubungan persahabatan antara manusia dan haiwan peliharaan memang unik. Haiwan peliharaan yang jinak memang akan "melekat" dengan tuannya. Kucing saya selalu ikut saya kemana saja saya pergi - berkebun, tengok TV, bahkan nak mandi pun dia nak ikut masuk dalam bilik air! Pendek kata, hidup kita tak keseorangan. Haiwan peliharaan juga memberikan kita satu rasa tanggungjawab, maka kita tak akan rasa kekosongan.

3. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung.
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai haiwan kesayangan adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk maut akibat penyakit kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai haiwan kesayangan. Menurut mereka, memelihara haiwan kesayangan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Merendahkan Kolestrol.
Berdasarkan kajian, mereka yang ada haiwan kesayangan mempunyai bacaan kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tak ada haiwan peliharaan.
Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia. Hmmm... apa kata anda?

5. Mengurangkan stress.
Memiliki haiwan kesayangan di rumah boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Sebagai contoh, banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing. Kucing boleh jadi teman berbual, teman bergomol, dan sudi dengar luahan perasaan walaupun tak faham sepatah apa pun. Aktiviti mengusap badan kucing boleh menenangkan perasaan.


6. Dapat membantu pesakit-pesakit Autistik.
Pesakit autistik ada masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial. Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dapat memberi satu titik fokus, di mana pesakit berlatih berinteraksi dan menerima rangsangan komunikasi daripada haiwan kesayangan.

Jom tengok video rumah seorang pesakit autistik yang telah diubah-suai untuk kucing-kucing kesayangannya. Sayang betul dia dangan kucing-kucing ni!


Thursday 4 December 2014

Ini Serius! Mengambil pil dan supplemen glutathione tak akan memutihkan kulit.

Sebelum tu, tahu tak glutathione tu apa?

Glutathione ialah antioksidan yang dihasilkan oleh tubuh kita, berfungsi untuk kerja-kerja detoks dan menentang radikal bebas dalam badan kita.  

Glutathione berubah menjadi enzim yang menghalang kerosakan oksidasi daripada radikal bebas.


Antara kesan oksidasi terhadap kulit ni ialah kulit jadi kedut, kusam, parut lambat baik dan lambat sembuh. 

Pendek kata, enzim daripada glutathione membantu menentang oksidasi.

Sekarang ni banyak pil dan supplemen glutathione yang dijual untuk memutihkan kulit. Sebenarnya agak membazir je makan sebab ia tak akan meningkatkan paras glutathione dalam badan.
Glutathion ni senang termusnah. Waktu masuk mulut je terus jadi tak berfungsi, oleh itu boleh dikatakan bukan glutathione tu yang memutihkan kulit.

Habis tu? Kenapa jadi putih lepas makan glutathione?

Jawapannya, ada vitamin C yang terlibat.
Sebab tu lah selalu dapati ada tambahan vitamin C dalam pakej glutathione yang dijual, sebagai back up.

Tapi, anda tau tak? Badan kita boleh menghasilkan glutathione sendiri dengan pengambilan vitamin C yang tinggi.

Vitamin C dan glutathione ada hubungan yang sangat unik.
  1. Pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan glutathione dalam badan. 
  2. Glutathione pulak akan meningkatkan paras phelomelanin badan. (Phelomelanin ni pigmen cerah badan).
  3. Semakin tinggi dos vitamin C yang kita ambil, semakin tinggi glutathione, semakin banyak pigmen cerah dihasilkan.
  4. Hasilnya kulit pun jadi cerah!
Selain tu, Vitamin C juga merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Amalkan mengambil vitamin C untuk kulit yang cantik dan menawan.

Jadi, apa pengajarannya di sini?
Pastikan dos vitamin C harian kita tinggi. Jangan kejap makan-kejap tak makan.

Anda Sering Lupa? Rangsang Memori dengan Vitamin C.

Selalu terlupa di mana letak kunci kereta?
Terlupa nak beli apa sewaktu tiba di supermarket?
Nama anak sendiri pun tak ingat?
Makan Vitamin C!
(buat-buat lupa ada hutang, tu kes lain)

Vitamin C mampu memperbaiki IQ, memori dan fungsi otak yang berkaitan dengan mental. Ini kerana vitamin C terlibat dalam penghasilan "neurotransmitter", sejenis bahan yang dihasilkan oleh badan yang mempengaruhi minda dan mood kita.

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan kaitan di antara vitamin C dan fungsi otak:
  • Researcher di University of Sydney Australia membuat kajian terhadap 117 orang tua dan mendapati subjek yang makan vitamin C adalah 40% lebih rendah untuk mengalami masalah fungsi otak, berbanding yang tak cukup vitamin C harian. Mereka yang makan vitamin C juga tak ada masalah kemerosotan otak.
  • Jean Carper (journalis perubatan), mengatakan vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko kemerosotan otak, nyanyuk dan strok. Vitamin C dapat mencegah daripada penyakit Alzheimer. Seperti yang kita tahu, antara simptom penyakit Alzheimer ialah kehilangan memori hingga tak boleh kenal anak sendiri.
  • Kajian yang dibuat oleh para saintis di Switzerland ke atas subjek berumur 65-94 tahun mendapati mereka yang tinggi kandungan vitamin C dalam darah dapat markah yang tinggi dalam ujian memori. Subjek yang kurang vitamin C dalam darah dapat markah rendah.
Adalah penting untuk kita dapatkan vitamin C yang mencukupi kerana kekurangan vitamin C boleh menyebabkan badan tidak berfungsi dengan baik atau masalah kesihatan.
Ramai rakyat Malaysia yang mengalami kekurangan vitamin C terutamanya:
perokok (aktif atau pasif),
mereka yang kurang makan sayur atau buah dan
wanita yang mengambil pil perancang.

Malangnya, badan kita tak boleh hasilkan vitamin C dengan sendirinya. Kita kena ambil makanan dan minuman yang ada vitamin C setiap hari. Cabarannya ialah untuk mencapai kuantiti harian yang dicadangkan iaitu sebanyak 500mg vitamin C.
500mg vitamin C bersamaan lebih kurang-
  • 7 biji oren bersama dengan kulitnya.
  • 1 biji besar betik.
  • 10 biji lemon saiz sederhana.
  • 5 cawan strawberi.
  • 1 biji nanas besar.
Sanggup tak nak makan banyak ni sehari?
Cukup tak jumlah vitamin C harian kita?

Cara yang mudah ialah makan supplemen vitamin C. Tak perlu nak paksa diri makan berkilo-kilo buah. Mudah, sebab tak perlu kupas buah. Senang nak berdisiplin.

Saya syorkan supplemen Sustained Release Vita-C Plus daripada Shaklee. (klik untuk tahu lebih lanjut)

Wednesday 3 December 2014

Sperma pun ada yang cacat!

Ilmu bagi yang nak kawen bulan Disember ni.
Cuba tengok gambar deretan sperma ni.
Daripada nombor 1 hingga 9, yang mana satu sperma normal?
Hahaha. Soalan ni nampak macam lawak tapi kenormalan sperma amat penting bagi kesuburan lelaki.

Sperma yang cacat tidak bermakna lelaki tu mandul, tetapi ia boleh melambatkan (atau membantutkan) peluang pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Ini bermakna usaha untuk mendapatkan anak agak mencabar.

Kalau bentuk (morfologi) sperma tak normal, sukar untuknya berfungsi dengan betul. Ekor yang lebih daripada satu menyukarkan sperma untuk berenang dengan tepat. Sperma mungkin berpusing-pusing di satu tempat. 
Kadang-kadang tenaga yang ada pada sperma tu tak cukup untuknya berenang sampai ke ovum isteri.
Kepala sperma yang tak normal pula menyukarkannya untuk menembusi ovum untuk persenyawaan.


Sebenarnya bukan bentuk atau morfologi sperma sahaja yang penting untuk menentukan kesuburan lelaki. Kiraan sperma dan motiliti pun penting.
Kalau bilangan sperma kurang, peluang untuk persenyawaan pun rendah.
Kalau motiliti sperma tak normal, sperma akan berenang tak tentu hala dan mati sebelum sampai ke ovum.


Bagi saya, untuk menjaga kesuburan dan kemampuan reproduktif lelaki, kita perlu pastikan badan menerima nutrisi yang cukup. Bagi kes ni, ramai pakar mencadangkan yang berikut:
  • zink
  • vitamin E dan
  • asid lemak Omega-3
Lelaki yang mengalami masalah kesuburan digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien tersebut. kalau nak senang, ambil je supplemen. Senang, telan je setiap hari. Apa yang penting, mesti konsisten dan berdisiplin.




Seramnya! 5 Rawatan resdung yang buat saya ketap gigi.

Pertama sekali, saya nak beritau yang saya bukannya memperkecilkan kaedah atau rawatan yang bakal saya tunjukkan. Saya cuma berkongsi rasa takut saya dan kerisauan yang saya alami. 
Sekitar 2008, saya pernah alami resdung sebab tempat kerja saya terlalu berhabuk dan air-cond bertahun tak pernah servis. Muka gatal-gatal dan hidung asyik tersumbat dan bersin. Saya pernah cuba dua kaedah rawatan resdung, tapi tak ada apa apa kesan. Akhirnya saya pergi buat rawatan di hospital dan syukur, resdung tu berhenti. Lepas tu kena semula sebab hari-hari masuk dalam pejabat yang berdebu.
 
Sepanjang hidup ni, saya dah banyak tengok kaedah-kaedah rawatan resdung. Ada yang ok dan ada yang menakutkan. Ada 5 terapi resdung yang membuatkan bulu roma saya berdiri.
 
#5 - Rawatan Asap.
Rawatan ni saya pernah buat kat sebuah spa di Ampang, Selangor. Gulungan kain berlilin dibakar atas muka. Katanya untuk bunuh ulat resdung. Tobat saya tak nak buat lagi sebab pedih mata, tekak dan rongga hidung. Nak terbersin tapi saya tahankan saja. Terus terang, saya memang tak tahan bau asap. Orang merokok depan saya pun saya rasa nak mengamuk, inikan pula asap dihala ke muka.

Lepas rawatan tu, terkumpul debu putih. Orang yang buat rawatan tu kata hama resdung. Entahlah. Saya pun tak dapat pastikan. Sepanjang rawatan tu saya tahan je nafas sebab nak termuntah kalau tersedut.

#4 - Rawatan Akupuntur.
Amboi! Seramnya tengok jarum-jarum tu cucuk kat muka. Kaedah ni memerlukan keberanian. Saya memang penakut. Tengok gambar pun dah rasa ngilu je kat muka. Rawatan akupuntur menggunakan jarum-jarum khas yang halus  dan dicucuk pada titik-titik "resdung" pada muka pesakit. Jarum-jarum tersebut sepatutnya disterilkan terlebih dulu untuk bunuh bakteria dan kuman. Risikonya ialah, macam mana nak tahu jarum tersebut benar-benar disteril?

Ada pusat akupuntur yang menggunakan jarum pakai buang untuk jamin penyakit berjangkit tak merebak. Zaman sekarang ni banyak dah penyakit yang boleh berjangkit melalui darah seperti AIDS dan Hepatitis. Apa-apa pun, terpulang kepada empunya diri.

#3 - Rawatan Bekam.
Rawatan bekam dikatakan dapat menyedut darah kotor, toksin, kuman-kuman dan angin yang ada pada kawasan resdung. Rawatan ni memerlukan kawasan tu ditoreh dengan pisau halus atau dicucuk menggunakan jarum khas. Kulit mesti dilukakan untuk laluan darah keluar daripada badan. Kemudiaanya mangkuk kecik khas yang lutsinar diletakkan atas torehan, dan udara dalam mangkuk dipam keluar untuk menyedut darah keluar. Lama-kelamaan darah akan terkumpul dan beku dalam mangkuk tu.
Berbekam ni dikatakan amalan nabi. Saya teringin sangat nak try bekam tapi malangnya saya ni penakut tengok darah. Nanti pitam. Hahaha.

 #2 - Rawatan Lintah
Hmm, nak terkencing saya tengok gambar rawatan resdung guna lintah ni. Macam mana kakak ni rilek je biarkan lintah tu tergantung kat muka dia?
Agaknya konsep lintah ni sama dengan berbekam. Secara teorinya lintah akan menghisap darah termasuklah toksin dalam darah. Persoalan yang bermain dalam kepala saya, bila haiwan gigit kita, sudah tentu ada pertukaran bendalir kan? Sudah tentu air liur lintah ni akan masuk dalam luka kita kan? Kalau nyamuk pun boleh pindahkan kuman, bagaimana pulak dengan lintah? Secara logiknya, mesti ada mikroorganisma daripada lintah yang masuk dalam luka kita tu kan?
Hee, teringat drama televisyen tentang lintah ni. Lintah tu masuk dalam rahim wanita pesawah, lepas tu lintah beranak pinak beribu-ribu kat dalam tu. Meremang bulu roma.

#1 - Rawatan Gurah
Rawatan ni yang paling dahsyat pernah saya tengok. Tak tau la korang, tapi saya tak sanggup tengok lendir yang keluar dari hidung tu. 
Kaedah rawatan dilakukan dengan menitiskan air herba dan madu kedalam lubang hidung. Pesakit menyedut air herba tersebut dan memuntahkannya kembali. Lendiran kotor dan kahak dari hidung serta kerongkong akan keluar berterusan selama 30minit.
Ada keadaan dimana pesakit mengeluarkan lendir coklat yang kotor. Ada juga yang keluar lendiran darah daripada luka dalam rongga hidung.
Bagi saya rawatan ni yang paling horror pernah saya tengok. 
Kaedah gurah ni katanya disyorkan untuk penyanyi jugak! Boleh menyedapkan suara. Jangan main-main.

Aduh, pendapat peribadi saya, 5 kaedah ni adalah yang paling seram pernah saya tengok. Tak boleh tengok lama-lama, boleh mimpi ngeri.