Monday 18 August 2014

PERHATIAN: Lelaki pun nak chantek jugak!


Text By Hafez Zahruddin.

Minggu lepas, rumah saya kena serang dengan kawan-kawan yang datang berhari raya. Saya apa lagi, awal-awal dah susun botol-botol supplement Shaklee kat atas meja dengan harapan ada yang akan curious dan bertanya. Haaa, jangan memain, awal-awal saya dah pasang jerat. Jangan marah ye, gurau je. Saya sebenarnya suka berkongsi tentang benda-benda baik bersama kawan-kawan - resepi, lokasi mi rebus paling best, gossip artis... termasuklah jugak supplemen Shaklee yang saya dah guna berbulan bulan ni.

Takp perlu guna Photoshop untuk kelihatan menawan ye.
Korang jangan hairan tau, kawan-kawan lelaki saya lebih kecoh nak menjaga kecantikan kulit daripada yang perempuan. Lelaki zaman sekarang pun nak kelihatan chantek! Saya perhatikan, majoriti kawan-kawan saya amat prihatin dengan kesihatan kulit, lebih-lebih lagi kulit muka.
Lelaki ni kalau belek dan tilik muka kat cermin sebenarnya mengalahkan kaum wanita. Siap buat aksi muka senyum, kembang hidung, duck face, nak tengok mana gaya muka yang boleh buat saham naik kalau bersemuka dengan orang. Maka saya pun dengan bersemangat terangkan supplemen-supplemen Shaklee yang sesuai untuk mendapat kulit yang sihat dan menawan.

Bulan Ogos ni saya buat campaign "Let's Celebrate Women, dan ada set kesihatan kulit yang dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan menawan. Bolehlah rujuk poster kat bawah.
Kalau berminat, boleh la klik link di bawah ni untuk membeli secara online:
http://bit.ly/setkesihatankulit


Jangan tak tau, sesetengah supplemen ni bukan je untuk dimakan tapi boleh dijadikan masker! Bukan calang-calang, tau. Produk yang saya suka jadikan masker ialah Vivix, Sustained Released Vita C Plus, Shaklee Collagen Powder dan ESP. Haaa... Bukan saja untuk membekalkan nutrisi dari dalam, anda juga boleh berikan kulit anda nutrisi dari luar.

Entri kali ni saya ajar cara nak buat masker menggunakan Sustained Release Vita-C Plus. Kita ringkaskan dengan nama "SRVC Plus" je la ye.
SRVC Plus ni sangat best. Ia merupakan salah satu supplemen yang saya letak dalam "Set Kesihatan Kulit" untuk bulan Ogos ni.
Satu tablet SRVC Plus bersamaan dengan 7 setengah biji limau. Ko mampu nak telan 7 setengah biji limau sekali harung?
Apa yang best tentang SRVC Plus ialah setiap tablet mengandungi bioflavonoid  yang didapati dalam kulit buah. Bioflavonoid meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam badan kita, melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria (ada dalam jerawat!) dan juga melawan radikal bebas (penyebab kulit kedut dan kusam!).

Jom tengok video penyediaan masker daripada tablet Sustained Released Vita-C Plus oleh seorang model terkemuka dunia:





Hensem kan model tu? Hehehe. Maafkan saya, ni pertama kali saya cuba rakam video sendiri.

Vitamin C banyak manfaat untuk kulit kita. Antara khasiatnya untuk kulit ialah:
  1. Merangsang Pembentukan Kolagen. Anda pun tahu apa fungsi kolagen pada kulit kan? Kolagen asli dalam badan kita membantu kulit nampak muda dan anjal.
  2. Mengurangkan Simptom Pendarahan. Kalau anda kurang Vitamin C dalam gizi anda, anda senang untuk lebam-lebam di kulit, gusi senang berdarah, luka lambat sembuh, kulit nampak kering dan senang berlaku ruam. Maka, sedikit sebanyak, dengan mendapat bekalan Vitamin C yang cukup, penyakit berkaitan kulit dapat dielakkan.
  3. Mencantikkan Kulit. Vitamin C membantu memperbaiki masalah pigmentasi dengan menyekat pembentukan. Sebab itu lah ramai yang cakap ia dapat mencerahkan kulit! Sesuai sangat kalau dikadikan masker. Pigmen ni juga ialah salah satu sebab jeragat.
Untuk RM92.50 sebotol,
memang amat berbaloi.
Sebenarnya ada banyak lagi kepentingan vitamin C kepada badan kita. Tapi entry kali ni saya fokus kepada kepentingan untuk kulit. 
Tapi zaman serba canggih ni, tak perlu la nak susahkan diri, buang masa dan wang je nak telan 7 setengah biji oren dengan kulit-kulitnya sekali. Nak kulit sihat dan cantik, ambil Sustained Release Vita-C Plus sekurang-kurangnya sebiji sehari dan amalkan masker SRVC Plus dua atau tiga kali seminggu.

Sebotol ada 180 biji, boleh tahan sampai 3 bulan tau! 
Sebotol hanya RM 92.50. 

Kalau anda berminat nak beli Sustained Released Vita C Plus, jangan malu malu, call atau Whatsapp je saya di talian:
016-6651067 (Hafez Zahruddin)



Bukan pembunuh gila isim ya! Inilah rupanya kalau
Vivix dilumur menjadi masker. Sangat pekat. Saya hanya
oles jari di penutup Vivix.
Tapi... Kalau nak kulit yang flawless, saya pakai masker Vivix. Kaya dengan resveratrol, sangat kaya dengan anti oksida. Sangat berkhasiat, hingga mampu meningkatkan kualiti tubuh badan anda sehingga 20 tahun lebih muda.
Ye lah, kalau tak, takkan la ada pengguna Vivix yang melaporkan
  • uban dah tak tumbuh di kepalanya,
  • ibu yang lumpuh makan Vivix boleh bangun dan sapu sampah selepas sebulan,
  • kulit jadi awet muda, 
  • tenaga seperti waktu muda muda dulu
  • paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes menjadi paras normal
  • macam macam lagi lah!
Mungkin saya akan berceloteh tentang Vivix ni di entry yang akan datang! Jangan tak baca tau!

0 comments:

Post a Comment