Tuesday 23 December 2014

Suka minum kopi dan teh? Awasi kesan sampingan akibat terlalu banyak kafein dalam badan.

Siapa yang tak pernah minum kopi atau teh? Cuba tanya pengusaha kedai kopi, sehari berapa ribu cawan kopi dan teh yang terjual. Majoriti pelanggan akan memesan kopi atau teh berbanding minuman lain. Samada sejuk atau panas, ditambah susu atau tidak, kedua-dua minuman ini tetap ada kafein. Sejak dahulu lagi, kafein digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Kopi dan teh memang selalu jadi peneman para pelajar yang menyiapkan tugasan lewat malam, atau para jururawat yang kerja shift malam - pendek kata memang dah jadi sinonim kopi jadi penawar mengantuk.

Kafein yang terdapat dalam kopi, teh atau minuman bergas bertindak sebagai perangsang yang mampu mempercepatkan masa minda bertindak. Terdapat beberapa kajian yang mendapati kafein boleh memperbaiki fungsi kognitif dan menenangkan perasaan.
Akan tetapi, tetalu banyak kafein di dalam tubuh boleh meberi kesan yang buruk kepada kita. Sebab itulah wanita yang mengandung tidak digalakkan meminum minuman berkafein terlalu banyak.

Penyelidik daripada Denmark mendapati kafein yang berlebihan menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Kajian dilakukan ke atas wanita yang menjalani prosedur IVF (in virtro fertilisation, permanian beradas) dan mendapati peluang untuk hamil bagi wanita yang berlebihan kafein turun secara drastik sebanyak 50%.

Minum kopi atau teh terlalu banyak memberi kesan terhadap kesihatan kita. Mengambil kafein lebih daripada 300mg sehari akan membuatkan anda resah dan cepat panik. Ia boleh mebuatkan anda tidak cukup rehat, perasaan tidak selesa, resah dan cirit-birit.



Jadi, apa tindakan yang perlu kita ambil? Perlukah kita terus berhenti meminum kopi dan teh?

Jangan terburu-buru untuk berhenti minum kopi dan teh. Kalau anda berhenti mendadak, ketagihan kafein akan membuat anda sakit kepala, cepat marah, sakit-sakit sendi dan otot selama seminggu. Anda akan rasa malas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Apa yang perlu anda buat ialah mengurangkan pengambilan minuman berkafein secara berperingkat. Turunkan jumlah perlahan lahan sehingga anda kepada secawan sahaja sehari.

(Rujukan: Pakar nutrisi Shereen Lehman, About Health)

0 comments:

Post a Comment