Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Thursday 23 October 2014

Tahan lama, takde rasa tegang.


 "Eh, ni mesti sebulan guna dah habis sebotol" - lebih kurang macam tu lah yang saya rasa bila tengok botol pencuci muka ni.

Tapi, dah lebih 3 bulan pakai, kongsi dengan housemate saya si Usop. Kami pakai 2-3 kali sehari pun tahan lebih 3 bulan.
Kalau sorang-sorang pakai ni, mau 6 bulan tahan.


Kalau difikirkan, dulu saya beli pencuci muka ZA di farmasi. Satu botol lebih kurang RM38 sebotol dan pakai untuk sebulan. Kongsi dengan Usop tak sampai sebulan pun. 3 minggu dah habis. Bayangkan kalau 3 bulan berapa duit yang saya keluarkan untuk pencuci muka ZA? RM114.
Sebotol Enfuselle Cleansing Gel ni baru RM88.75. Kesannya pun bagus untuk lulit saya.

Masa nak beli dulu, sceptical jugak. Muka saya ni jenis kombinasi tapi lebih kepada berminyak. Pakar nutrisi kat branch Shaklee Johor Bahru cadangkan saya pakai Enfuselle Purifying Gel Cleanser sekali dengan toner dan losen muka.
Apa yang saya suka tentang pencuci muka ni ialah, muka saya kurang berminyak, tapi tak kering sampai tegang kulit muka. Selepas dekat tiga bulan pakai, muka saya kurang keluar jerawat (memang dah tak ada jerawat pun!), kurang berkilat dek minyak.
Kalau usap muka, takdelah rasa melekit minyak macam dulu. Pendek kata memang puas hati lah! :-)

Tuesday 21 October 2014

Muntah semasa kali pertama makan supplemen.

Text by Hafez Zahruddin.

Zaman moden ni senang. Macam-macam supplemen kesihatan tumbuh macam cendawan lepas hujan. 
Teringat kisah kali pertama saya makan supplemen dan reaksi automatik saya ialah muntah!

Balik daripada tadika, ayah cakap ada sesuatu untuk saya. Saya kena makan untuk jadi pandai. Tengok isi botol macam warna susu, tapi bila ayah suap je ke dalam mulut rasa nak luahkan semula. Ayah paksa telan jugak. Saya telan dan akhirnya menyembur muntah kat atas meja. 

Kanak-kanak mana tahan bau hanyir minyak hati ikan kod?
Ingat tak minyak ikan kod Scott's Emulsion? Itulah supplemen kesihatan pertama saya, seawal umur tadika!

Supplemen pertama saya ialah botol yang kiri tu. Yang warna putih.
Bukan yang ada perisa oren tu! Cuba bayangkan.

Zaman dulu, amat kurang supplemen kesihatan untuk si kecil. Terpaksalah anak-anak makan supplemen dewasa tapi ada dos yang rendah. Bukan saja rasa tak sedap, tapi bau dan rupanya pun menakutkan.

Menangis saya kalau disuruh makan minyak ikan ni.
Sekarang ni, supplemen untuk kanak-kanak dah banyak berkembang. Macam-macam perasa yang sedap, macam-macam warna yang menarik minat kanak-kanak untuk dapat nutrisi harian yang cukup.


Amat penting untuk kanak-kanak mendapat nutrisi secukupnya seawal usia muda. Shaklee ada beberapa supplemen yang sesuai untuk kanak-kanak dari jenis tablet ke jenis minuman. Tak perlu nak paksa anak anda makan, semuanya rasa sedap.


Monday 20 October 2014

Rutin hujung minggu saya - 3 aktiviti wajib!

Text by Hafez Zahruddin.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk isi masa hujung minggu. Bagi saya, hujung minggu ialah waktu untuk berehat, terutamanya pada mereka yang penat bekerja sepanjang minggu.

Sejak saya menumpukan sepenuh perhatian dengan bisnes Shaklee, boleh dikatakan hari-hari rasa seperti hujung minggu. Saya buat kerja di rumah - tak kisahlah, depat TV atau sambil baring, atau di kafe berdekatan. Tak kisahlah di mana, asalkan ada internet connection.

Tapi kalau nak bercerita tentang hari Sabtu dan Ahad, saya memang ada rutin saya yang tersendiri. Lazimnya ada 3 aktiviti wajib yang saya akan buat.

1. Memasak
Tak kisahlah masak apapun, janji saya duduk kat dapur. Saya mula memasak sejak darjah 4. Itupun dipaksa oleh arwah ayah. Saya anak sulung dan apabila mak dengan ayah bekerja, kadang-kadang saya perlu sediakan sendiri makanan yang ringkas. Kalau hujung minggu, arwah ayah memang suka makan besar, dan saya jugalah yang akan membantu di dapur. Lama-kelamaan, saya jatuh minat dengan memasak dan melekat la minat tu sampai sekarang.
Hujung minggu lepas saya masak simple je - soto bihun.

Sedap tau - memang rasa ayam tu kaw-kaw. Tak macam yang korang beli di kedai.

Ayam tu saya bakar dalam magic pan. Lepas tu racik racik. Tulangnya saya guna untuk buat sup ayam. Soto saya ni agak moden sikit sebab saya tambah macam macam sayur, tak macam soto tradisional.
Tak kisahlah, janji sedap. Hehehe, masuk bakul angkat sendiri. Mungkin nanti saya kongsikan resepinya. Tunggu tau!

2. Berkebun.
Arwah atuk saya seorang petani sara diri. Selain tanam sayuran untuk sara keluarga, atuk suka sangat tanam pokok bunga. Minat ni turun ke emak saya. Mak pun suka menanam bunga. Dan saya pun dapat jugak penyakit gilakan berkebun ni hehehe.

Saya beli biji bernih ni di website Seed Heirloom.
Saya tak memilih tumbuhan. Sayuran atau bungaan - semuanya saya suka.
Dek fanatik berkebun, saya pernah order biji benih dan kaktus secara online daripada luar negara. Melampau tak? :-)

3. Melukis
Ini pun minat saya sejak kecil. Boleh membantu saya asah kreativiti dan menajamkan fokus.


Dulu selepas graduate saya pernah jual lukisan-lukisan saya. Harga tak la tinggi sangat, tapi boleh la... Dapat la lepas duit sewa rumah dan bil.

Itulah sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti saya hujung minggu.
Bagaimana dengan hujung minggu anda?

Jalan-jalan di Pulau Pinang - model amatur di Muzium 3D

Text by Hafez Zahruddin.
Minggu lepas saya, Yusof dan mak pergi ke Pulau Pinang ambil adik bongsu yang tamat pengajian di UITM. Terlanjur ke sana, apa lagi, bersiar-siar la. Lama tak luangkan masa macam ni dengan mak sejak ayah meninggal dunia tahun lepas.

2 hari di Penang, sempat melawat Bukit Bendera dan Muzium 3D saja. Tapi tu pun dah cukup puas hati. Malam hari di sana penuh dengan aktiviti makan-makan. Hadoi, rosak... rosak. habis bercuti nanti kena kawal balik kalori. Kalau tak, mau tembam balik.

Muzium 3D di Penang memang unik. Sesiapa yang sukakan fotografi akan jatuh cinta dengan backdrop yang disediakan. Ada lebih 10 backdrop yang membuatkan korang ketawa tak kering gusi sambil-sambil luang masa dengan keluarga.








Hahaha, sabar je lah ye tengok model-model amatur beraksi. Yang tak tahan tu, mak tetap nak jugak berposing. Baguslah. Gembira hati saya tengok mak dah ceria dan badan dah tak sakit-sakit lagi. Berkesan jugaklah beri mak makan Vivix, Collagen Powder, Ostematrix dan Vitalea. Aktif je walaupun dah hampir 60 tahun.
Oklah, kisah Bukit Bendera dan makan-makan kita sambung lain hari ya.

Apa ada dalam beg saya?

Text by: Hafez Zahruddin.

Hari ni nak menyahut cabaran kawan-kawan blogger yang nak sangat tahu apa yang ada dalam beg saya -


Takde la luar biasa sangat. Semuanya barang-barang keperluan:
  1. Buku nota untuk catat benda-benda penting, especially order supplemen daripada customers.
  2. Buku panduan set nustrisi Shaklee.
  3. Beberapa batang pen.
  4. Minyak wangi KokoRico kegemaran saya.
  5. Wax rambut Gatsby kaler pink.
  6. Wallet untuk isi kad pengenalan, kad ATM, lesen, duit.
  7. Tali skipping.
  8. Ipod nano dan earphone untuk digunakan semasa senaman.
  9. Lecithin, untuk dimakan 3-4 biji selepas setiap meal.
  10. Herbal Blend® Multi-Purpose Cream sebagai losen.
Gitu lah sedikit sebanyak barang-barang kat dalam beg saya ni. Saya cabar mana-mana blogger yang baca entri ni untuk ceritakan tentang isi beg anda sekarang!


Sunday 19 October 2014

Sushi - Baik atau tak baik untuk kesihatan?

Text: Hafez Zahruddin.

Korang pernah makan makanan Jepun? Pernah makan sushi?
Pertama kali saya makan sushi, memang tak serasi. Rasa nak terkeluar balik. Kawan saya cadangkan saya calit wasabi untuk hilangkan bau ikan. Caya cuba, tapi mungkin terlebih banyak. Berair mata saya menahan sengitnya wasabi menusuk hidung.

Bagi saya, sushi tetap ada kalori, dan kadang kadang mencecah 300 kalori per set, menggunakan beras Jepun yang mengandungi karbohidrat. Sup 'miso' Jepun dan kicap pencicah pula kadang-kadang tinggi kandungan garam.

Satu set macam ni mampu cecah 280 kalori.

Tetapi apa yang membuatkan sushi lebih sihat berbanding makanan yang lain ialah ia rendah lemak dan sangat rendah kolestrol. Sayur-sayuran yang digunakan segar dan masih terpelihara khasiatnya. Dan satu sajian adalah seimbang, portion makanan memang dijaga. Cukup sumber karbohidrat, protein dan sayurannya.

Setiap sushi mesti ada sumber sayurang atau serat, sekurang-kurangnya nori (rumpai laut). 

Di Kuala Lumpur, memang banyak restoran yang menghidangkan sushi atau makanan Jepun yang halal. Kita kena pandai cari.
Kalau tengah banyak duit, memang seronok pergi ke restoran buffet Jogoya di Starhill. Bar sushinya memang banyak pilihan makanan Jepun. Rambang mata saya. Suasana menarik. Selesa. Harga memang sedikit mahal, sekitar RM120 sekali masuk. Tapi korang boleh makan sebanyak mana yang korang nak. Tambahan lagi, dalam Jogoya bukan hanya ada pilihan masakan Jepun, tapi juga masakan China, Barat, dan bermacam pilihan dessert.

Pelbagai pilihan sushi di Jogoya

Bahagian makan di Jogoya
Kalau duit tak berapa banyak, saya ke Sushi King je. Pilihan sushi di sini pun oke jugak. Harga pun berpatutan. Cuma di Sushi King, bayaran mengikut banyak mana yang kita ambil, jadi tak boleh makan banyak-banyak. Boleh rabak dompet.

Conveyor belt bergerak di Sushi King menggoda korang untuk ambil, ambil dan ambil.
Tapi kalau dah pokai habis, makan sushi Jaya Jusco je la. Harga murah, dan rasanya pun boleh diterima oleh tekak. Cuma tak berapa fresh je. Ok la daripada takde.

Sushi di Jaya Jusco dah bungkus dalam bentuk set. Senang nak disambar.