Friday, 31 January 2014

Kisah gajah nak jadi artis Korea

Teks: Hafez the Great


Memang la takkan boleh baca keratan majalah kat atas tu. Motifnya nak show off apa yang saya beli dari kawan saya - Shaklee Shape Up set. Best kan? Walaupun nan ado je, makan seminggu sekali kalau teringat. 

Saya tak percaya Shaklee boleh bantu turun berat badan.

Kalau badan dah tahap kena pakai bra cup B,
lelaki mana tak risau? (bukan gambar saya)

Pada hujung 2012, saya telah membuat keputusan berhenti kerja untuk start bisnes restoran di Kuala Lumpur. Sejak menguruskan restoran tersebut, saya selalu tidur lewat dan kurang rehat. Stress dan waktu makan yang tak menentu membuatkan badan saya macam dipam-pam! Dari 70kg mendadak naik hingga lebih 100kg. 100kg ke atas! Bayangkan! Seluar baju saya yang cantik-cantik berjenama gitu, semuanya dah tak muat! Terpaksa pakai baju dari kedai XXXXXL, hamek kau!
Kawan lama saya (sejak dari zaman matrikulasi) membaca kisah saya di Facebook dan suruh saya untuk makan set Shape-Up Shaklee. Saya ragu-ragu sangat. Tak kuasa aku! Masa tu memang saya tak percaya langsung tentang Shaklee ni. Hey, boleh ke senang-senang nak kurus dengan makan ubat je? Ni ubat ajaib ke? Ah, mengarut lah! Nak bazirkan duit aku je ni semua. Bukan saya tak pernah makan ubat kurus. Kesannya kejap saja, lepas naik berat semula.

Tak mampu kawal nafsu.

Ini bukan saya, tapi lagaknya
saya makan macam ni la.
Tapi dek kerana berat badan saya waktu tu semakin lama semakin naik. pipi pun dah macam pau terlebih ragi, saya akur juga untuk berbelanja demi menjaga kesihatan. Melalui Najihah, saya beli set Shape-Up Shaklee. Tapi dalam masa yang sama, saya tetap tak disiplin dalam menjaga pemakanan. Ditambah pula dengan stress, saya mencari ketenangan melalui makanan. Beli burger sampai 3 keping sekali hadap. Saya tahu ia habit yang tak sihat. Tapi saya tak mampu nak kawal. Bekerja sehingga 2 pagi saban hari, dan bangun seawal 5 pagi, saya sentiasa rasa lapar. Berat badan saya menurun, tapi sikit je.

Berita buruk untuk saya.

Awal 2014, saya dapati saya senang jatuh demam. Lawatan yang kerap ke klinik menyebabkan doktor periksa glukosa dalam darah saya. Masya Allah! Saya hampir-hampir kena penyakit diabetes. (Dan kolestrol saya tinggi, berisiko kena sakit jantung). Doktor kata antara tanda-tanda glukosa dalam darah tinggi ialah demam yang lambat baik, cepat haus, dan mati pucuk. Haaa, semua ni saya ada tapi simptom yang terakhir tu of course la tidak. Pedang saya masih berfungsi, terima kasih.
Berangan ko kan, Hafez, nak jadi macam artis Korea.
Walaupun muka kau macam tapak kasut. Feeeeeeling retis sangat!
Tapi... Tapi... borderline diabetes tu!
Tak boleh jadi ni... Apa nak dibuat? Meratap? Termenung kenangkan nasib? No such thing dalam kamus saya.
Hari ni, eh tak, esok... (hai... bertangguh?) Saya nak serius dalam menjaga dan mengawal berat badan. Produk Shaklee yang saya beli daripada Najihah dah ada, tapi saya tak pakai betul- betul. Tersadai je dalam almari. Kita tengok result nanti macam mana. Adakah saya akan menjadi seperti artis Korea? Bolehkah saya pakai semula baju dan seluar lama saya? Mampukah Hafez menggapai title bintang harapan? Gitu... Berangan kejap.
Kalau baca testimoni pengguna Shape Up Shaklee ni, semuanya memang akan jadi kurus. Tak sabarlah!
Dan saya berazam nak capai berat badan unggul. Sekarang ni tak tau lah berat badan saya berapa. Tapi yang saya tahu dah melangkaui 100kg. Haiyo.. 3 digit tu. Kalau duit takpe lah jugak.

Esok nak timbang berat badan kat Giant. Harap mesin penimbang tu tak meletup.

4 comments:

Post a Comment