Thursday 5 June 2014

Merokok buat anu lelaki jadi lembik

Kalau anak saya ni, dah lama kena karate.
Teks: Hafez the Great

Berdebar-debar tak baca tajuk entri kali ni?
Malam-malam ni tiba-tiba nak membebel. Mulut ni ha dah ada aura mesingan. Berdas-das la leteran lepas ni.
Panas betul hati saya.
Ceritanya macam ni, tadi lepas Maghrib, saya singgah di warung untuk makan malam. Warung jenis berbumbung, bukan yang nampak langit. Tengah sedap-sedap makan (dan bergossip) dengan kawan tiba-tiba saya terus terhenti, terbatuk-batuk. Bukan tersedak, sebab saya memang bersopan waktu makan. Saya batuk dengan ganasnya sebab ada beberapa bujang (terlajak?) dengan eksyen menghisap rokok. 

Pantang dengan perokok.

Adoi, ini memang pantang saya kalau makan, orang sekitar hisap rokok. Terus takde mood. Bagi saya, perokok yang merokok di tempat ramai orang adalah sangat selfish. Sekitar dia ada wanita, kanak-kanak, tapi dia tak kisah pun kesihatan orang lain. Walaupun tak hisap rokok, asap hembusan tetap memberi kesan negatif kepada perokok pasif di sekeliling perokok. 
"Pendedahan kepada asap terpakai (second-hand smoke) hari ini, didapati boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 hingga 91% di kalangan bukan-perokok." (Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
Nak je aku kentut ke muka korang.
Come on lah bro. Cuba hormati orang sekeliling sikit. Apa kata kalau saya kentut kat muka bro waktu bro makan. Atau nak best lagi saya anginkan ketiak saya dekat bro. Geli pulak kan? Walaupun korang kata rokok tu lebih sedap baunya, tapi percayalah, ramai orang yang benci rokok akan kata lebih rela cium bau kentut dan ketiak daripada berkongsi bau rokok.

Merokok antara sebab mati pucuk.

Agaknya diorang tak tau yang merokok ni membahayakan kesihatan DAN membahayakan rumahtangga diorang. Ramai orang selalu kata merokok meninggikan risiko sakit jantung dan strok, tapi tak ramai yang kisah bahawa tabiat merokok ni akan boleh membawa masalah impotency kepada lelaki. 
Tau tak apa impotency tu? Direct to the point lah, maknanya ialah anu lelaki tak boleh nak naik sewaktu hubungan seks. Mati pucuk.
Agaknya kalau selama ni saya bebel rokok boleh mengundang sakit jantung, ramai lelaki yang tak ambil endah, TETAPI kalau disebut merokok boleh ganggu kesihatan 'adik' dalam seluar mereka, maka ramailah yang menyesal hisap rokok.
"Merokok boleh memandulkan seseorang lelaki kerana ia mengurangkan bekalan darah yang mengalir ke kemaluannya dan mengurangkan ketumpatan air mani (sperma) dan pergerakannya." (Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
Betul, tabiat merokok walaupun nampak cool (di mata mereka), tetapi antara kesan buruknya ialah pedang kaum Adam ni nanti susah nak naik. Ini kerana merokok menyumbang kepada aliran darah yang tidak lancar ke seluruh badan. Aliran darah yang terganggu menyebabkan darah tak boleh masuk ke dalam zakar dan ini menyebabkan berlakunya masalah susah mendapat ereksi. Fungsi paru-paru pun terjejas, maka badan tak mendapat bekalan oksigen yang cukup. Tak percaya? Tunggu la bila sudah berumah-tangga nanti. Kalau tak mati pucuk, sperma korang akan jadi tak sihat, bermakna masalah kesuburan telah berlaku.

Merokok antara punca ketidak-suburan lelaki.

Selalunya perokok tegar yang sudah berkahwin akan mengalami masalah kesuburan. Bukan saya yang pandai pandai cakap, tapi ia berdasarkan kajian. Bahan kimia berbahaya dalam rokok secara langsung akan mengganggu kesihatan sperma. Merokok menyebabkan bilangan sperma dalam air mani berkurangan, kualiti menurun dan sperma pun akan jadi tak sihat - tak kuat nak berenang ke ovum. Maka persenyawaan tidak berlaku. Maka jadilah permasalahan susah nak dapat baby.

Ni nak mampos cepat ke apa ni?
Walaupun saya belum berkahwin, dan mungkin saya belum lagi faham keadaan pasangan yang berumah tangga, saya masih ada rasa kasihan dengan brader-brader yang sudah berkahwin tetapi tabiat merokok menjadi asbab kenapa belum berzuriat. Kadang-kadang ada yang mengeluh sewaktu duduk minum di warung, cerita bagaimana sunyinya tak ada baby. Itu belum lagi bab menanggung malu kawan-kawan dan saudara mara asyik bertanya bila nak dapat anak. Kalau ada yang berkongsi masalah di kedai kopi dan tanya pendapat saya, biasanya saya akan nasihatkan berhenti merokok, ambil supplemen kesihatan, dan jadikan senaman satu rutin. Merokok ni tak ada faedahnya lah!

Kombinasi supplemen Shaklee khas untuk kaum Adam.

 Shaklee ada jawapan yang boleh membantu masalah seperti ini. Kalau cik abang nak jaga tahap kepahlawanan kejantanan adiwira cik abang, (atau akak nak suami akak jadi Badang semula), kombinasi berikut sangat sesuai:

Set Kesihatan Lelaki terdiri daripada:
  • OmegaGuard (RM136 / 90 kapsul)
  • Vita-E (RM149 / 120 kapsul)
  • Zinc Complex (RM33.75 / 120 tablet)
Set ini dapat membantu warga lelaki dengan:
  1. memelihara kesihatan prostat.
  2. meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan.
  3. membantu mengekalkan tekanan darah normal.
  4. menambah jumlah sperma.
  5. merendahkan risiko mati pucuk.
  6. mengelakkan kekurangan hormon testosteron.
Satu Set Kesihatan Lelaki berharga RM318.75 (tidak termasuk CoQ Health Plus).
CoQ Health Plus berharga RM124 untuk 30 kapsul

Tambah CoQHealth Plus untuk Ekstra Manfaat.

Jikalau ada budget lebih, saya memang galakkan untuk menambah CoQHealth Plus. Ini kerana CoQHealth Plus Shaklee dapat membantu kesihatan seksual lelaki dari segi:
  1. meningkatkan keinginan seksual suami.
  2. meningkatkan stamina dan kemampuan suami.
  3. menigkatkan kualiti dan kuantiti sperma.
  4. Sperma tahan lebih lama untuk bergerak ke ovum.
Kombinasi supplemen manfaatnya lebih daripada sekadar membantu seksualiti lelaki. Saya tulis kebaikan seperti di atas kerana kita sedang berbual mengenai kesihatan kaum lelaki. Perempuan pun boleh makan.

Saya ada menulis tentang Vita-E, OmegaGuard, Zinc Complex dan CoQHealth Plus di dalam posting yang lain. Kalau berminat nak baca, bolehlah klik di bawah. Panjang lebar saya terangkan.

  • Mengenai Vita-E Complex
  • Mengenai OmegaGuard
  • Mengenai Zinc Complex
  • Mengenai CoQHealth Plus
Kalau berminat nak beli atau sekadar bertanya atau konsultasi, jangan malu malu, hubungi saya:
  • SMS atau Whatsapp di 016-6651 067
Insya Allah saya akan sedaya upaya membantu.

0 comments:

Post a Comment