Monday 11 August 2014

Kenapa Perempuan Senggugut lagak Macam Singa?

Hamboi... Dah lama blog saya ni senyap. Siap bersawang lagi, ada bunyi cengkerik, krik krik krik... Maaf ye kawan-kawan, sebenarnya saya kelam kabut menyusun jadual kerja yang agak penuh.

"Hafez... Dah siapkan laporan bulanan yang I minta tadi?"
Kali ni masuk-masuk blog ni je terus nak bercerita tentang kisah di pejabat lama saya. Waktu tu, pekerja lelaki tak ramai. Dalam jabatan saya, lelaki ada dalam 5 orang je, nak dibandingkan dengan belasan wanita.
Bekerja di dalam pejabat yang majoritinya perempuan ni kena sensitif sikit dengan keadaan wanita. Kadang-kadang bos perempuan kita melenting tak pasal-pasal walaupun isunya ialah toner printer dah abis. Kadang-kadang ada yang cepat tersentuh, kita bergurau macam biasa tapi melentingnya macam dah lakukan jenayah pembunuhan. Ada yang moody, tak mahu bercakap, peluk kusyen sorang sorang kat pantri. Waktu-waktu macam ni lah pekerja lelaki kena faham yang kawan-kawan mereka sedang 'datang bulan' dan alami senggugut. (Doktor panggil gejala ni sebagai dismenoria.)

Aku saspek si Kiki ni tengah PMS waktu ni...
Kata mak, saya kalau nak tahu macam mana sakitnya nak bersalin, senggugut adalah gambarannya. Masa senggugut ni nak bernafas pun kena jaga. Tertahan-tahan, badan rasa tak kena je - mengiring sakit belakang, nak terlentang sakit pangkal ari-ari, pendek kata tak senang duduk. Maka, tak hairanlah kalau sesetengah wanita yang senggugut ni lagaknya macam singa!
Kalau tengok adik perempuan saya yang dua orang tu, time senggugut mesti bergulung badan atas katil menahan sakit, di perut ada seterika panas yang dibalut kain.
Senggugut (atau dismenoria) merujuk kepada kesakitan wanita alami semasa permulaan haid. Tapi bukannya setiap haid. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak. Lain orang lain keadaannya - ada perempuan kena senggugut teruk manakala ada yang alami kesakitan yang ringan. 

"Apa? Nak tau sakit macam mana? Meh sini aku tunjuk"
Nak tanya kaum Adam, sakit tak sewaktu bersunat?
Bayangkan ada kaum Hawa merasa sakit senggugut hampir setiap bulan datang haid. 
Mak saya seorang bekas jururawat terlatih. Dia kata lelaki memang manja. Baru bersunat, sakitnya macam dah nak nazak. Tak boleh nak berjalan langsung. Merengek macam baru lepas kena tembak dengan senapang patah.
Perempuan kena haid dan senggugut setiap bulan, rilek je. Lepas beranak pun rilek je boleh jalan-jalan. Siap dukung dukung anak lagi.

Cuba kaum lelaki tanya perempuan yang sedang senggugut teruk - "Sakit tak? Betul ke sakit sampai macam tu sekali? Apa yang sakitnya?" 
Gerenti korang kena pelempang.

Cuba fahami apa sebenarnya yang terjadi dalam badan mereka. Kaum Hawa ni, sistem badan mereka agak complicated sikit. Sebenarnya waktu haid, berlaku penguncupan yang sangat kuat kat dinding rahim yang disebabkan oleh hormon prostaglandin. Semakin banyak hormon ni dalam badan, semakin kuatlah senggugut mereka. Prostaglandin yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala.

Antara simptom-simptom yang dialami ialah:
  1. Murung
  2. Perut kembung
  3. Kejang perut
  4. Payu dara bengkak atau sensitif
  5. ketegangan atau bimbang (anxiety)
  6. Masalah tidur (insomnia)
  7. Sakit sendi atau otot
  8. Pening kepala
  9. Lesu
  10. masalah jerawat.
  11. Mood swings - cepat melenting, emosi tak tentu dan tak stabil.
  12. Peningkatan masaalah kulit yang sedia ada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata.
Bagi kaum Hawa yang mencari alternatif kepada ubat-ubatan hospital untuk mengatasi masalah senggugut, bolehlah cuba supplemen GLA Complex Shaklee. Setiap kapsul lembut mengandungi minyak daripada biji bunga Borage, minyak daripada bunga matahari dan vitamin E.


GLA Complex Shaklee membantu mengawal selia hormon estrogen dalam badan wanita. Ia mengatasi simptom PMS seperti senggugut, mood swing, bengkak air (water retention) dan sakit di bahagian payudara.

Jom baca testimoni!


Ia juga membantu melambatkan menopause, di samping mengatasi keadaan menopause seperti hot flashes (sensasi rasa panas), insomnia, ketidakhadaman dan kemurungan di kalangan wanita yang putus haid.
Pengambilan GLA Complex jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan memperbaiki struktur uterus.

Berapa harganya? Berpatutan - RM91.25 sebotol.
Sebotol ada 60 kapsul.
Memang lah lebih murah daripada harga sesetengah tudung yang kadang kadang harga ratus ratus ringgit.

Kalau anda berminat, boleh terus hubungi saya.
SMS atau Whatsapp Hafez Zahruddin di talian 016-6651067.


0 comments:

Post a Comment