Sunday 19 October 2014

Sushi - Baik atau tak baik untuk kesihatan?

Text: Hafez Zahruddin.

Korang pernah makan makanan Jepun? Pernah makan sushi?
Pertama kali saya makan sushi, memang tak serasi. Rasa nak terkeluar balik. Kawan saya cadangkan saya calit wasabi untuk hilangkan bau ikan. Caya cuba, tapi mungkin terlebih banyak. Berair mata saya menahan sengitnya wasabi menusuk hidung.

Bagi saya, sushi tetap ada kalori, dan kadang kadang mencecah 300 kalori per set, menggunakan beras Jepun yang mengandungi karbohidrat. Sup 'miso' Jepun dan kicap pencicah pula kadang-kadang tinggi kandungan garam.

Satu set macam ni mampu cecah 280 kalori.

Tetapi apa yang membuatkan sushi lebih sihat berbanding makanan yang lain ialah ia rendah lemak dan sangat rendah kolestrol. Sayur-sayuran yang digunakan segar dan masih terpelihara khasiatnya. Dan satu sajian adalah seimbang, portion makanan memang dijaga. Cukup sumber karbohidrat, protein dan sayurannya.

Setiap sushi mesti ada sumber sayurang atau serat, sekurang-kurangnya nori (rumpai laut). 

Di Kuala Lumpur, memang banyak restoran yang menghidangkan sushi atau makanan Jepun yang halal. Kita kena pandai cari.
Kalau tengah banyak duit, memang seronok pergi ke restoran buffet Jogoya di Starhill. Bar sushinya memang banyak pilihan makanan Jepun. Rambang mata saya. Suasana menarik. Selesa. Harga memang sedikit mahal, sekitar RM120 sekali masuk. Tapi korang boleh makan sebanyak mana yang korang nak. Tambahan lagi, dalam Jogoya bukan hanya ada pilihan masakan Jepun, tapi juga masakan China, Barat, dan bermacam pilihan dessert.

Pelbagai pilihan sushi di Jogoya

Bahagian makan di Jogoya
Kalau duit tak berapa banyak, saya ke Sushi King je. Pilihan sushi di sini pun oke jugak. Harga pun berpatutan. Cuma di Sushi King, bayaran mengikut banyak mana yang kita ambil, jadi tak boleh makan banyak-banyak. Boleh rabak dompet.

Conveyor belt bergerak di Sushi King menggoda korang untuk ambil, ambil dan ambil.
Tapi kalau dah pokai habis, makan sushi Jaya Jusco je la. Harga murah, dan rasanya pun boleh diterima oleh tekak. Cuma tak berapa fresh je. Ok la daripada takde.

Sushi di Jaya Jusco dah bungkus dalam bentuk set. Senang nak disambar.

0 comments:

Post a Comment