Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!.

Saturday, 27 December 2014

Segar dengan buah-buahan: 4 kebaikan "Infused Water"

Setiap hari kita kena minum lebih kurang 2-3 liter air. Tapi, terus terang cakap, saya pun susah nak minum sampai 3 liter air kosong setiap hari. Oleh sebab dah terbiasa minum air manis saja, minum air kosong rasa macam tak sedap. Nasib baik sekarang ni dah jumpa cara untuk buat rutin minum air kosong lebih mengujakan. Saya sudah mulakan minum infused water. Apa sebenarnya infused water?  Pemahaman saya, infused water ialah air kosong...

Tuesday, 23 December 2014

Suka minum kopi dan teh? Awasi kesan sampingan akibat terlalu banyak kafein dalam badan.

Siapa yang tak pernah minum kopi atau teh? Cuba tanya pengusaha kedai kopi, sehari berapa ribu cawan kopi dan teh yang terjual. Majoriti pelanggan akan memesan kopi atau teh berbanding minuman lain. Samada sejuk atau panas, ditambah susu atau tidak, kedua-dua minuman ini tetap ada kafein. Sejak dahulu lagi, kafein digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Kopi dan teh memang selalu jadi peneman para pelajar yang menyiapkan tugasan lewat malam,...

Monday, 22 December 2014

Khas untuk si suami: kualiti air mani, masalah prostat dan mati pucuk.

Alahai cik abang, ada masalah dalam kelambu ke? Jangan risau, kerana ada 2 nutrien penting yang dapat membantu menyesaikan masalah seksual yang biasa dialami oleh kaum Adam pada zaman moden ni - kualiti air mani yang rendah yang menyebabkan kurang subur, masalah prostat dan yang paling hangat ialah masalah "senjata malu-malu dan layu". Jawapannya ada pada 2 nutrien penting bagi perkembangan seks lelaki iaitu zink dan vitamin E. Tahukah anda,...

Berita gembira untuk wanita: Jom kurangkan risiko barah payudara.

Barah payudara memang sesuatu yang menakutkan dan menyerang wanita tanpa mereka sedar. Selain kerap melakukan ujian sendiri payudara, seorang wanita harus memastikan badan mereka terlindung daripada radikal bebas. Radikal bebas ialah bahan yang menggalakkan penghasilan sel-sel kanser di dalam badan. Ia boleh dikawal dengan memakan sumber makanan yang mempunyai kelebihan antioksida. Salah satu cara untuk melindungi wanita daripada  barah...

Sunday, 21 December 2014

8 tabiat buruk yang mesti buang jauh-jauh jika anda ingin hamil

Gaya hidup boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang. Ada beberapa tabiat buruk yang perlu dihindari jika anda ingin subur dan hamil. 8 tabiat buruk tersebut ialah: 1. Tak cukup tidur akibat berjaga malam. Kajian telah menunjukkan kekurangan tidur boleh menyebabkan haid tidak teratur. Haid yang tidak teratur pula salah satu simptom kurang subur. Terdapat beberapa kajian di negara-negara barat yang mendapati peningkatan keguguran di kalangan...

Saturday, 20 December 2014

4 manfaat vitamin E yang buat cik abang kuat macam Superman

Bagi lelaki, amat memalukan kalau mereka mengalami apa saja masalah seks tak kiralah masalah tiada tenaga, nafsu seks rendah atau tidak subur.  Isu seperti ini boleh menyebabkan ego lelaki, terutamanya suami, tercalar. Lelaki mana yang tak kecewa kalau ada masalah terhadap tahap kesuburan lebih-lebih lagi jika dah bertahun menyimpan cita-cita hendak cahaya mata. Jika anda ada masalah ini, dicadangkan agar segera berjumpa doktor atau...

Lelaki juga mandul! 5 PUNCA mengapa lelaki kurang subur.

Selalunya, apabila pasangan suami isteri belum dapat zuriat, yang akan risau mencari penyelesaian selalunya pihak isteri. Ketidak suburan selalu saja dikaitkan dengan kaum hawa. Tahukan anda, lelaki juga menghadapi masalah kesuburan dan menyumbang kepada kegagalan sesebuah rumah tangga untuk mendapatkan anak disebabkan oleh faktor kurang subur. Masalah kurang subur bukan benda yang pelik, malah pasangan muda yang baru berkahwin juga mengalami...

Sunday, 7 December 2014

Wahai Perokok, anda perlukan vitamin C yang lebih banyak daripada biasa.

Tabiat merokok memusnahkan vitamin dan zat mineral di dalam badan. Kekurangan vitamin dan mineral ini menjadikan perokok sangat mudah diserang penyakit. Kalau anda seorang perokok, badan anda memang kekurangan vitamin C. Tanda yang paling mudah dilihat ialah kulit seorang perokok kusam dan tiada seri. Tanda kedua yang mungkin ialah penurunan berat badan yang tidak sihat. Hasil kajian University of Maryland Medical Center merumuskan bahawa...

Smoothie Pisang dan Mangga - kaya khasiat, rasa tropika.

Smoothie enak rasa tropika ni salah satu kegemaran saya. Setiap sajian smoothie ni kaya dengan kalsium, fiber, protein, vitamin C dan B untuk anda. 1/2 manga yang ranum. 1 biji pisang montel yang ranum. 150 ml susu segar. 120 ml jus oren. 2 sudu kecil jus limau nipis. 1 tablet SR Vita-C Plus. 1 sudu besar gula. daun selasih untuk hiasan (tak mahu pun tak apa.) Kupas kulit mangga dan pisang. Ambil isi sahaja. Kisar semua bahan. Hidangkan....

Friday, 5 December 2014

Tak perlu nak suntik! Ini cara nak tingkatkan penghasilan kolagen semulajadi badan.

Selalu tak baca dan tonton kisah selebriti yang suntik kolagen untuk cantikkan kulit? Lepas tu kulit nampak tegang.   Sebenarnya, kalau tak nak suntik pun anda boleh tingkatkan paras kolagen dalam badan. Badan kita menghasilkan kolagen sendiri sebagai sebatian asa untuk otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Akan tetapi, semakin meningkat usia, semakin kurang kolagen dihasilkan. Selain daripada mengambil supplemen kolagen, pengambilan...

Kenapa saya sayang kucing saya - Haiwan Peliharaan Mampu Tingkatkan Kualiti Kesihatan

Zaman sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang ada haiwan peliharaan di rumah. Saya ada seekor kucing warna putih. Bulunya panjang dan sangat manja. Ke mana saja saya pergi, dia akan ikut. Nak mandi pun dia sibuk nak masuk ke dalam bilik mandi. Tak kira lah kucing, anjing, ikan, arnab, ular -  memelihara haiwan kesayangan mampu jadikan kita lebih sihat. Bahkan hal ni dah diterima pakai dalam dunia kesihatan. Fenomena "Pet Therapy" atau...

Thursday, 4 December 2014

Ini Serius! Mengambil pil dan supplemen glutathione tak akan memutihkan kulit.

Sebelum tu, tahu tak glutathione tu apa? Glutathione ialah antioksidan yang dihasilkan oleh tubuh kita, berfungsi untuk kerja-kerja detoks dan menentang radikal bebas dalam badan kita.   Glutathione berubah menjadi enzim yang menghalang kerosakan oksidasi daripada radikal bebas. Antara kesan oksidasi terhadap kulit ni ialah kulit jadi kedut, kusam, parut lambat baik dan lambat sembuh.  Pendek kata, enzim daripada glutathione...

Anda Sering Lupa? Rangsang Memori dengan Vitamin C.

Selalu terlupa di mana letak kunci kereta? Terlupa nak beli apa sewaktu tiba di supermarket? Nama anak sendiri pun tak ingat? Makan Vitamin C! (buat-buat lupa ada hutang, tu kes lain) Vitamin C mampu memperbaiki IQ, memori dan fungsi otak yang berkaitan dengan mental. Ini kerana vitamin C terlibat dalam penghasilan "neurotransmitter", sejenis bahan yang dihasilkan oleh badan yang mempengaruhi minda dan mood kita. Beberapa kajian yang dijalankan...

Wednesday, 3 December 2014

Sperma pun ada yang cacat!

Ilmu bagi yang nak kawen bulan Disember ni. Cuba tengok gambar deretan sperma ni. Daripada nombor 1 hingga 9, yang mana satu sperma normal? Hahaha. Soalan ni nampak macam lawak tapi kenormalan sperma amat penting bagi kesuburan lelaki. Sperma yang cacat tidak bermakna lelaki tu mandul, tetapi ia boleh melambatkan (atau membantutkan) peluang pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Ini bermakna usaha untuk mendapatkan anak agak mencabar. Kalau...

Seramnya! 5 Rawatan resdung yang buat saya ketap gigi.

Pertama sekali, saya nak beritau yang saya bukannya memperkecilkan kaedah atau rawatan yang bakal saya tunjukkan. Saya cuma berkongsi rasa takut saya dan kerisauan yang saya alami.  Sekitar 2008, saya pernah alami resdung sebab tempat kerja saya terlalu berhabuk dan air-cond bertahun tak pernah servis. Muka gatal-gatal dan hidung asyik tersumbat dan bersin. Saya pernah cuba dua kaedah rawatan resdung, tapi tak ada apa apa kesan. Akhirnya...