Wednesday, 3 December 2014

Kita tertipu! Oren BUKAN sumber vitamin C yang terbaik.


Vitamin C bukan saja mampu tingkatkan sistem imun badan. Ia merupakan antioksidan yang sangat baik untuk badan kita. Vitamin C membantu membina kolagen untuk kulit, otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Ia juga dapat memperbaiki mood anda dengan meningkatkan norepinephrine dalam badan, serta membantu pengangkutan sel lemak untuk proses metabolisma dalam mitokondria sel.

Disebabkan badan kita tak dapat menyimpan atau menghasilkan vitamin C sendiri, kita mesti ambil vitamin C setiap hari.
Buah oren selalu digembar-gemburkan oleh media massa sebagai sumber vitamin C yang terbaik. Disebabkan ini, ramai yang mula mengunyah buah oren untuk mendapatkan vitamin C. Dengan harapan dapat dos vitamin C yang lengkap. Hmmm... ada beberapa isu yang nak diketengahkan:
  1. Nak dapat vitamin C yang maksimum daripada oren, mesti makan dengan kulitnya sekali.
  2. Orang selalu pilih limau manis. Semakin manis oren, semakin kurang vitamin C.
  3. Oren bukan sumber vitamin C yang unggul.
Betul. Buah oren bukannya sumber vitamin C tertinggi. Walaupun oren lebih famous, ia bukan sumber vitamin C yang terbaik. Ada beberapa buah yang mempunyai kandungan vitamin C lebih tinggi daripada oren. 

Sebiji oren saiz sederhana ada lebih kurang 69.7mg vitamin C. Jom lihat sumber-sumber vitamin C yang lain:
  • satu cawan cili mengandungi 215.6mg vitamin C. Tapi anda kena makan mentah-mentah.
  • brokoli ada 132mg vitamin C dalam secawan hidangan. Kalau dimasak, kandungan vitamin C menjunam jatuh.
  • secawan betik ada 88.3mg vitamin C. Sedikit tinggi daripada buah oren.
  • secawan strawberry ada 84.7mg vitamin C.
  • Kiwi pun ada lebih vitamin C daripada oren. Secawan kiwi ada 137.2mg vitamin C.

Akan tetapi, semakin lama buah dan sayur ni dipetik, vitamin C tersebut semakin menurun. Ini kerana vitamin C sangat tak stabil dan biasanya akan rosak kalau terdedah terlalu lama. Kalau beli di pasar atau supermarket, agaknya dah berapa lama dipetik?

0 comments:

Post a Comment