Sunday 7 December 2014

Wahai Perokok, anda perlukan vitamin C yang lebih banyak daripada biasa.

Tabiat merokok memusnahkan vitamin dan zat mineral di dalam badan. Kekurangan vitamin dan mineral ini menjadikan perokok sangat mudah diserang penyakit.
Kalau anda seorang perokok, badan anda memang kekurangan vitamin C.
Tanda yang paling mudah dilihat ialah kulit seorang perokok kusam dan tiada seri. Tanda kedua yang mungkin ialah penurunan berat badan yang tidak sihat.

Hasil kajian University of Maryland Medical Center merumuskan bahawa perokok memerlukan vitamin C yang lebih banyak daripada orang biasa kerana semakin banyak rokok yang dihisap, semakin banyak vitamin C yang dimusnahkan oleh nikotin. 1 batang rokok sahaja dapat memusnahkan 25mg vitamin C yang sepatutnya diterima oleh badan kita.  (Keperluan minima harian vitamin C ialah sebanyak 500mg). Perokok biasanya akan hisap lebih daripada sebatang. Bayangkan berapa banyak vitamin C yang tak cukup akibat tabiat merokok?

Tahukah anda kekurangan vitamin C meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung, strok dan penyakit saluran darah? Patut la ramai perokok selalu kena serangan jantung, walaupun perokok tu tak gemuk.

Perokok tak akan dapat vitamin C yang cukup dengan hanya makan banyak buah-buahan. Mereka perlukan tambahan vitamin C melalui supplemen. Tambahan vitamin C diperlukan untuk untuk melawan kerosakan sel dan mencegah timbulnya pelbagai penyakit akibat merokok seperti serangan jantung, jangkitan paru-paru, kanser, strok dan lain-lain.

Bagaimana pula dengan perokok pasif? Kalau anda tak merokok tapi sedut asap hembusan perokok, anda pun berisiko menerima nasib yang sama seperti perokok. Anda juga memerlukan tambahan vitamin C seperti mereka.

Cadangan saya, berhentilah merokok. Kalau bukan untuk diri sendiri, buatlah untuk orang yang tersayang yang hidup bersama anda. Fikirkan kesihatan orang sekeliling anda.

0 comments:

Post a Comment