Zaman sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang ada haiwan peliharaan di rumah. Saya ada seekor kucing warna putih. Bulunya panjang dan sangat manja. Ke mana saja saya pergi, dia akan ikut. Nak mandi pun dia sibuk nak masuk ke dalam bilik mandi.
Tak kira lah kucing, anjing, ikan, arnab, ular - memelihara haiwan kesayangan mampu jadikan kita lebih sihat. Bahkan hal ni dah diterima pakai dalam dunia kesihatan.
Fenomena "Pet Therapy" atau "Animal Assisted Therapy (AAT) bukan lagi sesuatu yang baru. Kajian saintis Barat mendapati para pesakit yang memiliki
haiwan peliharaan lebih positif dan optimistik ketika berhadapan dengan stress (tekanan
perasaan atau bebanan kerja) berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan
peliharaan
Ada beberapa hospital di New York telah menggunakan khidmat haiwan peliharaan untuk mengurangkan stress pesakit-pesakit mereka. Beberapa pesakit diberi peluang untuk berinteraksi dengan haiwan peliharaan kesukaan mereka sepanjang mereka duduk di hospital.
Pihak hospital mendapati para
pesakit jantung yang beinteraksi dengan haiwan peliharaan lebih cepat sembuh, bersemangat dan ceria
setelah keluar daripada hospital.
Kita mungkin tak sedar ada banyak faedah menjaga haiwan kesayangan terhadap kesihatan. Jom check it out!
1. Menjadikan kita gembira dan tenang.
Selalunya berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu
memperbaiki mood kita. Sebagai contoh, kucing saya selalu buat saya tersenyum dengan perangai dan aksinya yang comel dan lucu. Terlupa sekejap masalah yang ada.
2. Kurang sikit rasa sunyi.
Hubungan persahabatan antara manusia dan haiwan peliharaan memang unik. Haiwan peliharaan yang jinak memang akan "melekat" dengan tuannya. Kucing saya selalu ikut saya kemana saja saya pergi - berkebun, tengok TV, bahkan nak mandi pun dia nak ikut masuk dalam bilik air! Pendek kata, hidup kita tak keseorangan. Haiwan peliharaan juga memberikan kita satu rasa tanggungjawab, maka kita tak akan rasa kekosongan.
3. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung.
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai haiwan kesayangan adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk maut akibat penyakit kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai haiwan kesayangan. Menurut mereka, memelihara haiwan kesayangan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Merendahkan Kolestrol.
Berdasarkan kajian, mereka yang ada haiwan kesayangan mempunyai bacaan kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tak ada haiwan peliharaan.
Berdasarkan kajian, mereka yang ada haiwan kesayangan mempunyai bacaan kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tak ada haiwan peliharaan.
Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki
kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada
memakan ubat-ubatan kimia. Hmmm... apa kata anda?
5. Mengurangkan stress.
Memiliki haiwan kesayangan di rumah boleh membantu mengurangkan stress dalam
hidup anda. Sebagai contoh, banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing. Kucing boleh jadi teman berbual, teman bergomol, dan sudi dengar luahan perasaan walaupun tak faham sepatah apa pun. Aktiviti mengusap badan kucing boleh menenangkan perasaan.
6. Dapat membantu pesakit-pesakit Autistik.
Pesakit autistik ada masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial. Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dapat memberi satu titik fokus, di mana pesakit berlatih berinteraksi dan menerima rangsangan komunikasi daripada haiwan kesayangan.

Jom tengok video rumah seorang pesakit autistik yang telah diubah-suai untuk kucing-kucing kesayangannya. Sayang betul dia dangan kucing-kucing ni!
0 comments:
Post a Comment