Setiap hari kita kena minum lebih kurang 2-3 liter air. Tapi, terus terang cakap, saya pun susah nak minum sampai 3 liter air kosong setiap hari. Oleh sebab dah terbiasa minum air manis saja, minum air kosong rasa macam tak sedap.
Nasib baik sekarang ni dah jumpa cara untuk buat rutin minum air kosong lebih mengujakan. Saya sudah mulakan minum infused water.
Nasib baik sekarang ni dah jumpa cara untuk buat rutin minum air kosong lebih mengujakan. Saya sudah mulakan minum infused water.
Apa sebenarnya infused water?
Pemahaman saya, infused water ialah air kosong yang ada potongan buah-buahan atau daun herba yang dibiarkan terendam beberapa jam sebelum diminum. Tiada gula yang ditambahkan ke dalam air ni. Tapi kalau terasa nak sedikit manis, anda boleh tambahkan sedikit madu. Ada yang menggunakan ais dan membiarkannya cair perlahan lahan bersama potongan buah-buahan.
Ada beberapa kebaikan infused water kepada kesihatan kita. 3 kebaikannya ialah:
1. Memastikan kekal terhidrasi.
Dengan menjadikan air kosong lebih menyelerakan untuk diminum, sudah tentu kita akan lebih berdisiplin untuk memastikan 3 liter air diminum setiap hari. Badan yang cukup kandungan air akan berfungsi dengan lebih efektif. Segala nutrien dapat diagihkan dengan berkesan ke seluruh badan dan segala toksin dapat dibuang keluar dengan lebih pantas.
2. Membantu menaikkan metabolisma.
Badan kita memerlukan air yang cukup untuk memproses kalori. Semakin tinggi kalori dibakar, semakin mudah kita nak turunkan saiz dan berat badan. Apabila kita
kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun dan kalori akan dibakar sedikit sahaja. Oleh itu, pastikan badan sentiasa terhidrat untuk memastikan metabolisma badan pada kadar yang tinggi.
3. Detox badan.
Badan kita menyahtoksin melalui air kencing, tahi dan melalui kulit. Air yang cukup akan memastikan proses perjalanan toksin ke luar badan menjadi lancar. Mereka yang tak cukup air selalu mengalami masalah sembelit atau kulit yang tidak sihat. Sembelit menghalang toksin dsingkirkan melalui najis dan membiarkan toksin berada dalam badan untuk tempoh yang panjang. Toksin yang perlu disingkar melalui kulit pula akan tersekat tanpa air dan cukup. ini menyebabkan kulit menjadi tak sihat.
4. Kebaikan nutrisi.
Setiap buah-buahan ada khasiatnya tersendiri. Ini kerana ia penuh dengan vitamin yang baik untuk tubuh anda. Selain itu, buah-buahan juga ada serat yang baik untuk sistem penghadaman ada.
Ada banyak cadangan resepi untuk infused water. Kegemaran saya ialah:
- lemon, strawberry dan pudina.
- tembikai, oren dan pudina.
- timun, anggur dan strawberry.
Saya cabar anda untuk cuba buat infused water sendiri hari ini. Amat mudah!
masalahnya says lagi suka minum air losing.so senang tak payah buat infused water.haha..
ReplyDeleteto tulah makan byk..no kena diet balik!huhu