Saturday 14 June 2014

Adakah anda menternak gergasi?

Teks: Hafez the Great.
Sejak kecil, saya memang seorang yang gempal (tapi comel). Mana taknya, kalau kanak-kanak lain makan sepinggan nasi, saya makan 2 pinggan. Pada umur 6 tahun, baju pun boleh kongsi dengan ayah. Waktu tu arwah ayah masih kurus, kebanyakan t-shirt lamanya diperturunkan kepada saya. Jimat. Tak payah beli baju baru untuk anak. Takde la Osh Kosh Bgosh atau Guess for Kids. Dan parents saya tak minat nak snap gambar anak memakai baju mahal. Life is simpler at that time.

Berjalan kaki demi aiskrim.

Saya seorang yang berdikari seawal umur tadika, berjalan kaki seorang diri selama 20 minit dari rumah ke McDonalds semata-mata untuk membeli aiskrim vanilla. Anak-anak korang mampu ke berjalan jauh semata-mata nak makan aiskrim? Ye lah waktu tu Malaysia ni aman lagi, budak kecik boleh merayau seorang diri tanpa penjaga. Sekarang ni kalau anak kita buat macam tu, meracau la mak bapak. 
Umur 6 tahun saya dah pandai menggoreng daging burger di dapur seawal pukul 6 pagi untuk dijadikan snek menonton pita video Mickey Mouse (dulu tak ada CD). Saya boleh membakar roti sendiri, menyapu susu pekat, menabur serbuk Milo, membuat sandwich Milo 5 tingkat. Budak sekarang ni, nak masak telur goreng pun tak tahu. 
Eh, kenapa pulak aku ni membebel tentang ni?
Sebenarnya nak mengisahkan yang saya dari kecil dah tentulah tak bersaiz model. Tabiat pemakanan yang buruk telah diterapkan sejak kecil lagi. Saya bukannya nak menyalahkan parents saya. Yang sudah berlaku tu jadikan lah pengajaran. Tapi kita yang dah tahu ni, kena la cegah sebelum terlambat. Ini ha, saya nak berceloteh tentang obesiti di kalangan kanak-kanak yang membawa kepada umur dewasa.

Ibu-bapa punca anak gemuk?

Subhanallah... Sabar je la.
Kanak-kanak montel mungkin nampak comel di mata sesetengah ibu bapa, tapi tahukah korang, kemontelan tu boleh berterusan sampai dewasa? Kita kadang-kadang cepat rasa kesian kalau anak nak makan junkfood atau fastfood; atau makan lebih daripada sepatutnya. Sampai 3 pinggan tambah. Alasannya, kesian... Alah, budak nak membesar. 
Sebagai orang dewasa, kita mampu mengawal tabiat pemakanan anak-anak agar tidak berkembang menjadi tabiat yang tidak sihat. Di sini, ingin diingatkan, saya tidak mengatakan kita kena buat anak berlapar. Saya cuba menyampaikan, kita sebagai orang dewasa sepatutnya arif dengan sukatan makanan yang cukup untuk anak kita. Janganlah sampai anak kita jadi obese. Tambahan lagi sekarang ni, penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dah tak kenal usia. Kanak-kanak pun boleh kena!
Saya masih ingat semasa saya berumur 7 tahun, ayah selalu membawa pulang ke rumah ayam panggang 2 ekor. Isi rumah kami 4 orang saja, tetapi kenapa sampai 2 ekor ayam? Alasannya, kesian nanti saya tak cukup makan. Memang, saya mengaku, walaupun masih dalam darjah 1, saya boleh menghabiskan seekor ayam seorang diri. Tetapi, bila difikir semula, tidakkah sekeping dua paha ayam sudah mencukupi untuk nutrisi seorang kanak-kanak berumur 7 tahun? Saya pasti di luar sana ramai lagi ibu-bapa yang suka tengok anak-anak makan banyak. Alahai... comelnya keletah anak aku sorang ni, makan lahap! Ala tomey, tomey...
Eh, kejap-kejap. Korang ni menternak gergasi ke?
Malaysia paling gemuk! Yippeee~! At least kita menang sesuatu lah kan?


Membentuk generasi gemuk dan berpenyakit.

Maka tak la laser sangat mulut saya ni kalau saya kata masyarakat kita sekarang sedang membentuk generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang. 
"Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga 2006 ke atas 21,000 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun menunjukkan 5.4 peratus alami masalah berlebihan berat badan."  
Kalau anak kesayangan korang termasuk dalam golongan montel, sila berasa takut ye sebab kajian terbaru oleh penyelidik Kanada mendapati:
"salur darah kanak-kanak obes lebih cepat mengalami penuaan berbanding kanak-kanak dengan berat badan normal." 
Seram tak? Kajian ni melibatkan 63 kanak-kanak obes dan 55 kanak-kanak normal dengan purata umur 13 tahun. Kajian ni dilakukan ke atas jantung dan salur darah mereka, dan bertujuan untuk mengukur kelajuan aliran darah dalam badan diorang.
Keputusannya? Kanak-kanak obes menunjukkan keputusan tak normal semasa ujian ini. 
So, kalau anak-anak korang gemuk atau obes, maknanya keputusan ujian mereka pun akan tidak normal.
Takut kan?
Maka mak ayah tolong bertindak agar anak anda tidak tergolong dalam kumpulan kanak-kanak obesiti. Mula-mula kena tengok diri sendiri, macam mana taibat pemakanan kita? Kalau buruk lantak, makan tak secara berhemah (maksudnya makanan tak seimbang, junkfood, banyak lemak), sudah tentu anak kita akan ikut cara yang sama. Bak kata orang tua, bagaimana acuan, begitulah kuihnya ye tak?
Hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram)
Bagi saya, langkah pertama yang kita, sebagai parents boleh buat ialah memastikan anak tidak memakan terlalu banyak jajan, atau cekedis, atau cekelat. Sebab apa? Bukan sahaja tak mengandungi zat-zat penting, malah tinggi pula lemak berbahaya, bahan pengawet dan pewarna yang tak sihat.
Tapi kanak-kanak, memang kebiasaannya suka makan snek. Macam mana nak buat ni?
Cadangan saya, korang boleh beri anak-anak minum Meal Shakes Shaklee. Meal Shakes Shaklee ialah supplemen yang sedap. Rasanya enak, dengan perisa "French Vanilla", mak bapak pun boleh teruja nak minum sama!
Meal Shakes Shaklee ialah alternatif bagi minuman milkshakes seperti di restoran-restoran barat. Yang baiknya, Meal Shakes Shaklee ni rendah lemak dan rendah glisemik. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang kurang nutrisi atau yang sedang mengawal berat badan. Apa yang anda perlu tahu sekali imbas tentang Meal Shakes Shaklee ialah:

  1. Ia memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Ia merupakan sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  3. Kaya dengan sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yang rendah.
Macam mana nak sediakan? Mudah! Bancuh air sahaja. Yang seronoknya, Meal Shakes Shaklee ni versatile. Kalau nak ada kelainan, boleh tambah buah-buahan atau rencah-rencah yang sihat. Harganya tak mahal. Baju dan mainan anak-anak kita kadang-kadang lebih mahal.
  • Harganya hanya RM113.75 untuk satu container (544 gram).
Kalau anda berminat nak beli, atau ingin bertanya berkenaan Mealshakes ni, sila telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

2 comments: