Saturday 14 June 2014

Susahnya nak pantau cara anak makan

Saya boleh jamin lah, zaman moden ni majoriti ibu-bapa susah nak jaga pemakanan anak-beranak. Saya ambik contoh senang lah - waktu sarapan pagi. Saya pasti ramai mak bapak yang goreng makanan sejuk beku untuk anak-anak yang nak ke sekolah. Hujung minggu bawak anak-anak keluar berjalan, makan la fastfood - Kentucky Fried Ayam, Mek Donalds, Pizza Hak dan macam macam lagi makanan yang tinggi lemak, tinggi bahan pengawet.
Tak usah berasa malu andai kita tak cukup masa melayan rumahtangga dan karier. Itu norma masyarakat moden. Saya ni nak menjaga kucing kat rumah tu pun kadang-kadang stress. Sehari 4 kali makan.
Makanan sejuk beku atau makanan segera yang kita hidangkan untuk anak-beranak ni sebenarnya tak seimbang. Korang pasti ke makanan ni cukup zat dan nutrisi? Lemak yang menimbun tu macam mana pulak? Saya pernah terbaca artikel tentang penyediaan makanan sejuk beku (macam kentang goreng, pau goreng, etc), makanan ni digoreng terlebih dahulu sebelum dibekukan. Di rumah, didapur, korang goreng semula. Wau! Berkhasiat?
Isu seterusnya ialah anak-anak yang memilih makanan. Kita dah masak makanan berkhasiat dan lengkap, tapi bila diorang tengok sayur tu terus tak selera. Tapi kalau nampak jajan, cekelat, cekedis, terus terkam. Mak bapak pun join sekali. Macam mana nak buat ni?

Semai tabiat makan yang sihat.

Ni kalau mak bapak pon sama perangai
dengan anak, susah le...
Sebagai mak ayah, apa yang boleh kita buat untuk pastikan pemakanan anak sihat? Biar anak berlapar? Paksa anak makan sayur 24 jam? Buat buku log?
Sebagai parents, banyak yang korang boleh buat untuk mengajar anak makan secara sihat. Apa yang kita masak kat rumah akan mempengaruhi tabiat makan anak. Tak perlu lah nak masak bombastik sangat ala ala restoran Itali (lepas tu tangkap gambar, Instagram dan perasan chef antarabangsa). Cukuplah memasak makanan yang sihat dan seimbang.
Kiah, Jemah, Cik Pora oiii, korang lah yang perlu tentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga korang. Kalau tak pandai masak, maid yang masakkan, korang pantau apa yang dia masak. Kalau keluar berjalan-jalan dengan keluarga, pilihlah restoran yang banyak pilihan makanan yang sihat. Kalau nak beri anak jajan, pilihlah  buah-buahan atau biskut. Bukan tak boleh makan cekedis atau cekelat, tapi kurang-kurangkan lah kuantiti dalam seminggu.
Anda yang kena tentukan semua ni sebab andalah yang paling kuat pengaruh dalam kehidupan anak-anak, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.  Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut.
Semua ni akan mempengaruhi anak-anak semasa mereka memilih makanan apabila mereka semakin dewasa. 

Didik anak bijak memilih makanan.

Susun setiap keropok kat setiap jari ala-ala cincin.
Masih ingatkah anda saat itu?
Sangat penting untuk didik anak-anak jadi bijak pilih makanan. Kalau anak kita bijak pilih makanan, takkan ada masalah kalau anak-anak bercampur dengan kawan-kawan kat sekolah. Di sekolah, pemilihan makanan adalah terhad. Ye la, kita mana tau kat sekolah diorang mencekik makan yang bukan-bukan, makanan kantin belum tentu seimbang, ada vending machine lagi. Minuman begini, kandungan gula, pewarna dan pengawet tinggi gila. Aku masih ingat zaman sekolah rendah dulu, makan cikedis SuperRing berbungkus bungkus. Rasanya 6 bungkus sekali hadap. Sedap... Tapi tak tau yang benda tu penuh dengan toksin daripada pewarna dan pengawet. Janji sedap kan? 
Apabila anak kita bijak memilih makanan, mereka akan tahu apa yang baik untuk diri mereka, makanan mana yang tak sihat, makanan mana yang boleh makan banyak dan makanan mana yang perlu dimakan berpada-pada.
Keimpulannya, kita sebagai ibu dan bapa patut terapkan amalan pemakanan yang sihat di rumah. Usaha ini adalah sebagai mencegah obesiti daripada berlaku dalam keluarga. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Bukan sahaja memantau makanan anak-anak, tetapi mak bapak pun sepatutnya makan secara sihat jugak. Bukannya, anak kita beri makan sayur dan buah bagai tapi kita melantak pizza, cekelat dan burger tiap hari. Kalau anda buat macam ni, anda sangat hampeh.
Tapi sebenarnya, dalam zaman moden ni, agak susah nak memastikan anak anda menerima makanan yang seimbang. Tambahan pula, ibu-bapa agak sibuk untuk memilih makanan yang sihat untuk anak-anak kesayangan mereka. 

Makanan segera tanpa rasa curiga.

RM113.75 untuk satu bekas Shaklee Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee merupakan formula makanan segera yang baik untuk anak anda dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik. Dengan Meal Shakes Shaklee, anda dah tak perlu risau samada anak anda ni cukup makan ke tidak, atau makanan seimbang atau tak. Antara kebaikan Meal Shakes ialah:
  1. Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  2. Sumber pemakanan serat dan protein terbaik.
  3. Kaya dengan sumber kalsium.
  4. Glisemik indeks yang rendah.
Kalau korang nak tau, Meal Shakes sangat versatile. Maknanya boleh dicampur dalam pelbagai makanan atau diolah menjadi snek snek yang lazat dan penuh khasiat untuk anak-anak. Sebagai contoh, campur je dengan buah strawberry. masuk dalam blender. Dah jadi strawberry milkshake! Sedap kan? Silap-silap korang pun join minum sekali. 
Dengan Meal Shakes ni, diharap dapat menudahkan ibu-bapa untuk memantau pemakanan anak-anak demi mencegah masalah pemakanan - bukan sahaja obesiti tetapi masalah tak cukup zat.

Jika berminat nak beli Meal Shakes Shaklee, atau sekadar bertanya atau konsultasi, jangan malu-malu, hubungi saya:
  • SMS atau Whatsapp di 016-6651 067
Insya Allah saya akan sedaya upaya membantu.

0 comments:

Post a Comment