Tuesday 17 June 2014

Alfalfa boleh buat ulam dan urap. Hebat tak?

Hoi, gemuknya aku waktu ni!
Bersama Zizan Nin dan Shaharuddin Tamby shooting
drama di restoran lama saya Cupcake Chapter.
Sekarang bukan milik saya lagi. Sorry.
Teks: Hafez the Great.
Sebelum saya join Shaklee, saya pernah mengusahakan sebuah restoran makanan barat di Kuala Lumpur. Kalau korang nak check sahih ke tak, restoran tu namanya Cupcake Chapter, terletak di Taman Melawati, berdekatan dengan Zoo Negara. Tapi sedihnya, restoran telah bertukar pemilik sebelum saya berhijrah ke Johor Bahru. Takpe lah, mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Apa yang saya nak kongsi di sini bukanlah kisah suka duka menjadi tuan punya restoran tetapi saya nak bercerita tentang rencah-rencah masakan di dapur chef. Majoriti makanan dalam menu Cupcake Chapter adalah makanan kegemaran saya - daripada pasta, steak, sandwich, hinggalah ke pemanis mulut. (Maaf, tak ada jual roti canai dan nasi ye, ini kedai orang putih). Semuanya mengikut acuan kreativiti saya, hinggakan garnishing (atau bahasa kampungnya, hiasan) pun ikut kepala saya. Salah satu sayuran yang menjadi kegemaran saya untuk dijadikan solekan sajian ialah alfalfa. Jangan memain. Sayur orang putih ni.
Walaupun nampak macam lalang dikepit dengan roti,
rasanya amat sedap, ok?
Sayur istimewa ni senang untuk didapati di pusat membeli belah, senang disediakan dan rasanya tidak menggangu rasa asli rencah masakan. Cekup, basuh, campak. 
Bila ayam dah empuk, angkat masakan, hidang atas pinggan, letak sejemput alfalfa di atasnya. Ah, senang dan pantas bukan? Alfalfa ni juga digunakan di dalam sajian sandwich dan amat diminati oleh pelanggan. Sedap kalau digandingkan dengan hirisan avokado dan tomato.

Ulam dan urap alfalfa.

Sebenarnya, cambahan alfalfa (sprouts) ni boleh jugak dibuat ulam makan dengan nasi. Makan dengan sambal belacan atau buat urap alfalfa letak udang kering tumbuk, amboi, terangkat! Sedap sangat sampai boleh rosak program diet sebab makan nasi bertambah. Dah bertahun-tahun saya mencekik sayur alfalfa, baru lah tahu Shaklee ada supplemen berasaskan alfalfa. Selama ni tak tahu pulak alfalfa ni banyak manfaat. 
Ini namanya alfalfa sprouts. Sedap dibuat salad! Tapi ia
tak le sehebat Alfalfa Complex Shaklee!

Senarai faedah alfalfa ni panjang, tak kuasa aku nak tulis semua sekali dalam ni. Pitam korang baca nanti. Hehehe.
Sebab masing-masing nak jaga berat badan, apa kata kita berbual tentang kebaikan alfalfa dalam program menurunkan berat badan? Kebaikan yang lain, biar saya bebel dalam posting blog yang lain. Kalau semua nak tulis hari ni, nanti jadi novel pulak. 
Sebenarnya alfalfa ni ada banyak gred. Gred alfalfa ditentukan oleh waktu alfalfa dituai, cara pengeringan dan teknologi pemprosesan. (Alfalfa Shaklee berkualiti tinggi).  Nasib baik la Shaklee dah buat Alfalfa Complex ni. Daun-daun alfalfa dikeringkan dalam udara semulajadi supaya nutrisi yang ada tak rosak. Lepas tu dikompres jadi tablet. Korang telan je. Jadi tak perlu la nak cincang daun alfalfa, nak blend kasi hancur, mengotorkan dapur korang je.
Ringkas, padat dengan khasiat terbaik dalam tablet-tablet alfalfa yang kiut miut.

Alfalfa untuk penurunan berat badan.

Alfalfa Complex Shaklee ni salah satu komponen supplemen yang patut disertakan dalam set Shape Up. Kebanyakan pengedar Shaklee kata tak payah alfalfa, tapi saya menegaskan alfalfa itu perlu. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa pengambilan alfalfa dalam jangka masa panjang akan merendahkan kolestrol dan menghapuskan lemak. Ini sekaligus akan membantu mencegah sakit jantung, strok dan darah tinggi. Hebat ke tak hebat alfalfa ni? Ini kerana alfalfa secara eksklusifnya ada "saponin", sejenis serat yang tugasnya macam span untuk serap kolestrol.

Bertungkus-lumus tau saya buat poster ni demi anda.. Betapa ambil beratnya saya tentang ada semua. :-)

Sebenarnya, banyak lagi manfaat Alfalfa Complex selain daripada untuk penurunan berat badan. Antaranya ialah untuk detoks badan. Kalau nak tahu lebih banyak tentang proses detoks atau buang toksin badan, boleh la singgah blog kawan saya, Najihah Sudi. Dia banyak cerita tentang isu detoks ni. (Najihah, aku promote blog kau, baik tak baik aku ni?)

Comel je botol alfalfa ni.
Saiz kecil RM53.75
Saiz besar RM97.50
Maka dengan kelebihan memakan alfalfa seperti yang saya senaraikan di atas, amat berbaloi lah dengan harga yang diberikan oleh Shaklee.
Ada dua saiz botol. Botol kecil untuk kegunaan individu, botol besar boleh pakai seisi keluarga.
  • Botol kecil, 330 tablet alfalfa berharga RM53.75
  • Botol besar, 700 tablet alfalfa RM97.50
Kalau anda berminat nak beli Alfalfa Complex Shaklee, atau sekadar nak bertanya soalan, jangan segan dan jangan malu, silalah hubungi saya. Whatsapp atau hantar mesej. Call pun boleh, di talian:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067
Saya menanti panggilan anda.

2 comments:

  1. Salam..en hafez...seronok membaca dan timba pengetahuan melalui blog en...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mamaraja, saya harap Mamaraja terhibur sambil membaca informasi yang saya sediakan... :-)

      Delete