Sunday 22 June 2014

Dapur Sihat Hafez: Chocolate Banana Oatsie

Wah! Tengok la tajuk posting kali ni. Berangan la encik Hafez kita. Feeling feeling tukang masak tersohor gitu, siap ada rancangan masak-masak.
Pedulik apa kan? Yang penting saya gembira dan selesa.
Nak beritahu ni, saya memang suka memasak. Orang yang suka memasak ni tak boleh duduk diam kalau tengok dapur. Ada je yang dia nak masak. lepas masak, makan. Mana tak menggajah? Stop kejap masak.

Lepas sebulan guna Cinch Shake dan Cinch Energy Tea Mix, saya dapati yang saya boleh guna supplemen ni untuk melayan jeri-jari saya yang gatal godek godek barang kat dapur.

Set Cinch ni versatil. Pelbagai guna. Saya dah try macam macam pakai supplemen ni.

Bagi pelanggan saya yang menggunakan set Cinch, boleh lah cuba resepi mudah yang saya kongsi kat sini. Sekurang-kurangnya, ada variasi untuk minum supplemen ni!


Chocolate Banana Oatsie sesuai dimakan untuk sarapan (atau sahur).
Senang je nak menyediakan, benda ni:
  1. Dalam mangkuk, kaup rata oatmeal dan Cinch Shake perisa Chocolate. 
  2. Tuang air suam dan gaul rata. Boleh tambah lagi air suam kalau nak lebih cair.
  3. Sangai badam cincang dalam kuali tanpa minyak sampai keperangan. Masukkan ke dalam campuran tadi.
  4. Potong dadu sebiji pisang. Buang kulit dulu tau! Takkan ko nak mamah dengan kulit sekali!
  5. Susun potongan pisang atas campuran oat. Sedia dihidang.
Kalau korang perasan, saya tak letak susu atau gula. Ini kerana Cinch Shake sudah ada protein dan cukup untuk memberikan tekstur susu coklat kepada sajian.

Saya juga tak campur gula sebab pisang itu sudah manis. Kalau saudara nak tambah manis (dan kalori), boleh lah tambah satu sudu kecil madu.
Kalau nak manis tanpa kalori, boleh guna Stevia.


Buah pisang yang ada dalam resepi kali ni amat baik untuk melegakan penyakit sembelit. Di samping itu, penghidap darah tinggi digalakkan makan buah pisang. Orang darah tinggi perlu kurangkan penggunaan garam. Pisang tinggi dengan potassium yang amat berguna bagi menggantikan garam dalam diet pesakit darah tinggi.

Badam yang saya tambah boleh membantu kurangkan paras kolesterol, rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung. Badam mengandungi magnesium yang dapat lembutkan saluran darah kita, sekaligus pengaliran darah, oksigen dan nutrien dalam badan berjalan lancar.
Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh tinggikan risiko serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan pada jantung.

34.5gm badam (segenggam) ada 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian). Nak lengkapkan keperluan harian? Makan 4 genggam badam sehari. Mampu? (Kalau nak senang, ambil je lah Set Jantung Shaklee).

Selain rendah indeks glisemik, Cinch Shake Shaklee ialah minuman yang sedap dan berkhasiat untuk membantu korang memelihara otot penting dan membuat korang rasa sentiasa kenyang dan puas semasa proses kurangkan berat badan. Korang boleh baca tentang Cinch Shake dalam posting saya yang lepas.

Cinch Shake Shaklee memang hebat. Kalau berminat untuk beli Cinch Shake Shaklee, atau bertanyakan soalan jangan malu-malu tau! Satu bekas Cinch Shake Mix hanya berharga RM173

Telefon, SMS atau Whatsapp saya di:
  • Hafez Zahruddin 016-6651 067

0 comments:

Post a Comment