Sunday 22 June 2014

Alkisahnya lidah melecur di bulan Ramadhan


Nak ayam panggang 10, nak roti john... 7, nak  air katira 6 bungkus,
popia 2 kilo... Ikan bakar...  nasik dagang...
Ramadhan dah dekat, beberapa hari je lagi. Boleh hitung dengan jari. Saya rasa ramai dah terbayang kat dalam kepala makanan-makanan daripada bazaar Ramadhan. Walau apa pun yang korang nak beli, pastikan makanan tu sihat, berkhasiat dan bersih. 
Jangan le korang membeli ikut serakah. Tauhu bakar nak beli, ABC nak beli, kambing golek nak beli, hei! Ni nak berbuka ke, nak membalas dendam tak makan seharian?

Tak perlulah bersusah payah tampal mata pelsu untuk
nampak segar bermaya di opis!
Bagi saya, amat penting untuk kita pastikan dapat tenaga, vitamin dan mineral yang cukup sepanjang menjalani ibadah puasa. Kalau tak cukup semua ni, badan akan kurang cergas, otak pun lembap nak fokus. Waktu di tempat kerja, monyok je. Lepas tu cari port nak lelapkan mata sekejap. Anak-anak korang macam mana pulak? Dapat tak diorang tumpukan perhatian di sekolah? Ataupun sama dua kali lima dengan anda. Lemau je sepanjang hari.
Wajarkah begini untuk bangun sahur?
Sebab itulah Islam menggalakkan umatnya bersahur di bukan Ramadhan. Selain dapat pahala, sahur yang berkualiti menjamin kita mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk menjalankan ibadah berpuasa pada hari berikutnya. 
Isunya sekarang, macam mana kalau terbangun lambat? Lagi 15 minit nak Subuh terkocoh-kocoh la korang nak makan, panaskan lauk bagai. Kalau terlupa masak nasi waktu malam sebelumnya? 
Penamatnya, tak bersahur ke?
Kalau dulu saya lagi sadis, cepat-cepat goreng nugget ayam dan tergesa-gesa makan - habis melecur lidah! Nak bancuh oat tak sempat, nak tunggu air masak. Makan oat kering-kering, ceduk dengan sudu dan kunyah gitu je, sampai tersedak! Sadis...

Ramadhan ni saya cadangkan korang beli la set "Mighty 3 Gems" Shaklee. Set ni mengandungi 3 produk asas iaitu:
  1. Energizing Soy Protein atau ESP.
  2. Meal Shake (perasa French Vanilla)
  3. Perfomance Drink (rasa oren asli)
Cara nak sediakan pun senang sangat. Tuang. Bancuh. Minum!
Pakai air biasa pun ok je. Tak semestinya perlukan air suam. Senang larut, pantas dan yang pastinya tak melecur lidah!

Ketiga-tiga produk bagus dibuat minuman bersahur sebab dapat bekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh supaya anda terus bertenaga dan kekal cerdas!

Berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems pun bagus. Dapat menggantikan semula tenaga supaya cergas semasa melakukan ibadah tarawikh atau tadarus al-Quran di malam hari. 


Kenapa saya beria-ia cadangkan "Minghty 3 Gems" Shaklee ni?
  1. Sesuai diambil ketika bersahur atau berbuka.
  2. Membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. kalau tak percaya, cubalah dulu!
  3. Sesuai diambil oleh seisi keluarga.
  4. Meningkatkan tumpuan dan kecerdasan. (Bagi yang bekerja, akan kekal produktif di tempat kerja. Anak-anak di sekolah kurang mengantuk dan boleh fokus dengan baik).
  5. Untuk ibu yang menyusukan anak, akan mengekalkan kuantiti dan kualiti susu.
  6. Sangat versatil. Boleh dicampur dengan buah-buahan seperti mangga, kurma, pisang, strawberry dan lain-lain.
Harga set Mighty 3 Gems ni amat berpatutan. Kalau nak beli satu satu pun boleh, tak de salahnya.

  1. Energizing Soy Protein. (850gram)  RM150
  2. Meal Shake (544 gram) RM113.75
  3. Perfomance Drink (539 gram)  RM82.50
Kalau korang berminat untuk membeli atau ada soalan nak bertanya, bolehlah telefon, hantar mesej atau Whatsapp je number saya:

Hafez Zahruddin
016-6651 067

0 comments:

Post a Comment